Facebook Twitter
    Trending
    • Guru bukan pembantu peribadi anak
    • Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia
    • Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh
    • Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?
    • ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    • Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya
    • Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

      May 12, 2025

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025

      Apa nak buat dengan duit raya?

      April 3, 2025

      Berbaloikah iftar di bufet hotel? 

      March 20, 2025
    • Pendidikan

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa itu zon selesa dan zon ‘perkembangan’? Cara untuk mencapainya

    Apa itu zon selesa dan zon ‘perkembangan’? Cara untuk mencapainya

    By January 16, 2024Updated:January 17, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KELUAR dari zon selesa penting untuk perkembangan kehidupan.- Gambar hiasan Jcomp/Freepik

    PELUANG terbentang luas di hadapan kita, tetapi sanggupkah kita untuk keluar dari zon selesa dan mengambil risiko?

    Ada yang merasakan sudah selesa dengan kehidupan dan tidak mahu mengambil sebarang risiko. Bagi dirinya cukuplah segala keperluan asas dipenuhi.

    Namun, ada juga yang mahu mencipta kejayaan tetapi takut untuk keluar dari zon selesa kerana khuatir kehidupan akan jadi lebih kacau dan akhirnya, tahun berganti tahun, dia tidak membuat sebarang perubahan.

    Oleh itu, merujuk kepada PositivePsychology.com, Relevan mahu mengajak anda untuk melangkah keluar dari zon selesa dan mula mencapai perkembangan diri.

    Apakah zon selesa dalam psikologi?

    Metafora ‘meninggalkan zon selesa’ menjadi popular pada 1990-an. Ungkapan ‘zon selesa’ dicipta oleh pemikir pengurusan Judith Bardwick dalam karyanya 1991 Danger in the Comfort Zone:

    “Zon selesa ialah keadaan tingkah laku di mana seseorang beroperasi dalam keadaan neutral kebimbangan, menggunakan set tingkah laku yang terhad untuk menyampaikan tahap prestasi yang stabil, biasanya tanpa rasa risiko,”.

    Dalam zon selesa, tidak ada banyak insentif untuk seseorang mencapai tahap prestasi baharu. Oleh itu, mereka melakukan rutin tanpa risiko yang menyebabkan kemajuan tersekat.

    Pada tahun 1907, Robert Yerkes dan John Dodson menjalankan satu eksperimen pertama yang mengkaji kaitan antara kebimbangan dan prestasi.

    Mereka melihat bahawa tikus menjadi lebih bermotivasi untuk menyelesaikan pagar sesat (maze) apabila diberi kejutan elektrik dengan intensiti yang semakin meningkat. Walau seketika tikus itu cuba bersembunyi.

    Tingkah laku yang sepadan telah dilihat pada manusia. Ini masuk akal kerana sebagai tindak balas kepada rangsangan yang mencetuskan kebimbangan, pilihannya adalah sama ada melawan (menyahut cabaran), lari, sembunyi atau beku (menjadi lumpuh).

    Idea terasnya ialah sistem saraf kita mempunyai zon rangsangan Goldilocks. Jika terlalu sedikit rangsangan maka anda kekal dalam zon selesa, di mana kebosanan bermula. Tetapi jika terlalu banyak, anda akan memasuki zon ‘panik’ yang juga menghalang kemajuan:

    Dari zon selesa ke zon perkembangan

    Apabila meninggalkan zon selesa, ketakutan tidak selalu sama ketika berada dalam zon panik. Seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah, ketakutan boleh menjadi langkah yang perlu dalam perjalanan ke zon pembelajaran dan perkembangan:

    Sumber: PositivePsychology.com Toolkit

    Kita memerlukan keberanian untuk melangkah dari zon selesa ke zon ketakutan. Tanpa pelan hala tuju yang jelas, tiada cara untuk membina pengalaman lepas.

    Ketika anda memasuki zon pembelajaran, anda akan memperoleh kemahiran baharu dan menangani cabaran dengan bijak.

    Selepas tempoh pembelajaran, zon selesa baharu dicipta, mengembangkan keupayaan seseorang untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Inilah yang dimaksudkan dengan berada dalam zon perkembangan.

    Adalah penting untuk menyatakan bahawa seperti kebanyakan percubaan perubahan tingkah laku, bergerak ke zon perkembangan menjadi lebih sukar tanpa tahap kesedaran diri.

    Oleh itu, untuk melangkah keluar dari zon selesa cuba pertimbangkan perkara berikut:

    Berapa besar zon anda?

    Merentasi setiap domain kehidupan, zon setiap orang berbeza dari segi saiz. Untuk meninggalkan zon selesa, anda mesti menghargai had luarnya.

    Anda juga mesti membangunkan rasa intuitif di mana zon panik anda berada. Menghadapi cabaran yang ada di antaranya akan meregangkan anda, membawa kepada pertumbuhan dan pembelajaran.

    Apakah kekuatan anda?

    Memahami dan memanfaatkan kekuatan peribadi boleh menjadi sangat berguna. Kebanyakan orang pernah meninggalkan zon selesa sekurang-kurangnya sekali, dan biasanya terdapat banyak cerapan untuk ditemui daripada pengalaman ini.

    Pada hakikatnya, proses bergerak dari zon selesa ke zon perkembangan mungkin tidak linear. Puncak, gelombang dan dataran tinggi sering menyukarkan perjalanan.

    Kadang-kadang, kita juga perlu berundur ke zon selesa secara seketika sebelum mengumpulkan kekuatan untuk pergi semula.

    Namun begitu, menghargai langkah-langkah tersebut boleh membantu dalam bertolak ansur dengan ketidakpastian.

    Semasa menduduki zon selesa, kita tergoda untuk berasa selamat, terkawal dan persekitaran berada pada tahap yang sama rata. Ia berjalan lancar.

    Sungguhpun begitu, kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha dan mengharungi cabaran yang sekali gus, memaksa kita untuk keluar dari zon selesa.

    Keputusan di tangan anda sama ada mahu terus berada di zon selesa tanpa sebarang kemajuan dalam hidup ataupun berada di zon perkembangan. Tepuk dada tanya selera!- RELEVAN

    featured pendidikan perkembangan risiko selesa zon
    Artikel Terkini

    Guru bukan pembantu peribadi anak

    May 16, 2025

    Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

    May 14, 2025

    Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

    May 13, 2025

    Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

    May 12, 2025

    ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

    May 12, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.