SENYUM, ekspresi muka yang sangat mudah, tetapi hakikatnya sangat besar impaknya kepada keseluruhan kehidupan. Kita menunjukkan kegembiraan dengan senyuman dan begitu juga berkomunikasi dengan menggunakan riak wajah yang manis ini. Relevan mahu kongsikan kepada anda betapa pentingnya senyuman dengan memetik ulasan daripada Pakar Ortodontik, Dr. Nathan Hawley. Jom lihat 7 fakta menarik ini. 1. Senyuman boleh menipu otak untuk berasa lebih gembira dan meningkatkan kesihatan Kajian menunjukkan senyuman memulakan tindak balas kimia dalam otak menyebabkan ia mengeluarkan hormon baik seperti dopamin dan serotonin. Hormon ini membuatkan kita berasa lebih gembira dan mengurangkan kemurungan dan agresif. Walaupun anda kecewa, dengan memaksa…
Zubaidah Ibrahim
TERKADANG agak sukar untuk kita membezakan kehendak dan keperluan kerana dunia sekarang segalanya berubah begitu juga dengan keperluan. Jika dahulu, internet bukanlah satu perkara penting. Kini, tanpa internet kita umpama kehilangan oksigen. Oleh itu, tidak hairanlah kita menjadi keliru ketika menentukan keperluan dan kehendak ketika membuat belanjawan bulanan. Belanjawan yang terbaik ialah dengan mengasingkan perbelanjaan keperluan dan kehendak supaya tidak membazirkan wang kepada sesuatu yang kurang penting. Akhirnya, kita tidak mampu membuat simpanan. Walaupun begitu, harus diingat, keperluan dan kehendak untuk setiap orang adalah berbeza, maka ia menjadi sangat mencabar untuk memperhalusi kedua-dua kategori tersebut. Merujuk kepada thebalancemoney, Relevan kupaskan…
SUDAH menjadi lumrah manusia ingin kelihatan cantik dan menawan. Sejak zaman-berzaman, pelbagai petua dan produk kecantikan diperkenalkan untuk merealisasikan impian tersebut. Rasa tidak puas hati dengan rupa paras sendiri, cemburu dengan kecantikan orang lain, ingin dipuja dan dipuji serta pelbagai lagi faktor lain membuatkan manusia rakus mengejar cantik sehingga sanggup mengubah ciptaan Ilahi. Ada juga sanggup menolak larangan dalam agama semata-mata mahu mencapai standard kecantikan yang diingini dengan melakukan prosedur rawatan tertentu untuk mengubah wajah dan tubuh badan. Seiring perubahan zaman, perubatan estetik, teknologi kecantikan dan begitu juga pembuatan produk kecantikan semakin berkembang. Orang ramai boleh memilih apa sahaja…
LAPORAN Digital Horizons Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) menggambarkan bagaimana akauntan melihat peranan teknologi yang akan dimainkan pada masa hadapan. Profesional kewangan berkongsi rasa optimistik tentang transformasi digital termasuk teknologi kecerdasan buatan (AI). Tinjauan dalam kalangan ahli ACCA melihat pelbagai manfaat organisasi utama dalam menerima pakai teknologi digital, termasuk fleksibiliti/kebolehsuaian dan kualiti produk dan perkhidmatan sebanyak 78 peratus (%) manakala prestasi kemampanan, ketelusan dan pematuhan peraturan sebanyak 72%. Sebanyak 1,074 maklum balas daripada ahli ACCA di seluruh dunia menyatakan bahawa profesional kewangan masih melihat manfaat utama teknologi sebagai menawarkan peningkatan kecekapan atau proses sebanyak 52% dengan kedudukan kecekapan, mengoptimumkan proses…
KIRA-KIRA 422 juta orang di seluruh dunia menghidap diabetes, yang mana kebanyakan mereka tinggal di negara berpendapatan rendah dan sederhana. Setiap tahun, sekitar 1.5 juta kematian dicatatkan secara langsung dengan penyakit ini. Namun, dengan kemajuan pesat dalam industri perubatan berupaya meningkatkan peluang pesakit dengan ketara dari segi diagnosis dan rawatan. Menurut Pakar Perunding Endokrinologi dari Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr. Teoh Wei Leng, diabetes ialah penyakit yang kronik apabila pankreas seseorang individu itu tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau apabila pankreas tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan. “Insulin ialah hormon yang membantu glukosa diserap ke dalam sel-sel…
JERAGAT ialah bintik sawo matang atau coklat muda pada kulit. Ia terhasil daripada kelompok sel kulit yang mengandungi pigmen melanin dan terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari secara terus tanpa perlindungan. Pendedahan matahari menggalakkan melanosit menghasilkan lebih banyak melanin. Jeragat ialah timbunan melanin pada lapisan luar kulit anda. Walaupun tidak menyakitkan atau berbahaya, tetapi kemunculan jeragat meresahkan hati kerana ia ‘mengganggu’ kecantikan pada wajah. Lantas pelbagai rawatan disediakan untuk menghilangkannya. Memetik healthline, Relevan kongsikan 7 rawatan untuk menyelesaikan masalah jeragat. Pelindung matahari Pelindung matahari (sunscreen) tidak akan menghilangkan jeragat yang sedia ada, tetapi ia membantu mencegah kemunculan jeragat yang…
AUTISME atau Autistic Spectrum Disorder (ASD) merujuk kepada pelbagai keadaan perkembangan yang mempengaruhi cara seseorang individu melihat dunia dan berinteraksi dengan orang lain. Bagi kanak-kanak ASD, aktiviti seni dan kraf yang menggabungkan deria boleh menjadi cara yang berkesan untuk meningkatkan perhatian mereka, ekspresi diri dan mengurangkan sebarang anxiety berkaitan kebimbangan. Aktiviti deria ini boleh dilakukan dengan mudah di rumah tanpa memerlukan kos yang besar. Merujuk kepada Kids Konnect, Relevan kongsikan 7 aktiviti deria yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama anak-anak ASD di rumah. Buat botol deria Isikan botol plastik dengan campuran air, kilauan dan beberapa titis pewarna makanan untuk mencipta mainan…
BAHAN plastik seperti beg plastik, pembalut dan pembungkus plastik adalah item wajib yang digunakan dalam kehidupan seharian. Tanpa kita sedar, penggunaan plastik yang berterusan tanpa kawalan menyebabkan alam semakin tercemar dan sekali gus memberi kesan kepada keseluruhan hidupan di bumi. Menyedari perkara tersebut, Kelab Mahasiswa Kimia (KMK), Jabatan Kimia, Fakulti Sains (FS), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan program kesedaran mengurangkan penggunaan bahan plastik yang menyumbang kepada penghasilan mikroplastik dan nanoplastik kepada pengunjung di Pantai Morib, baru-baru ini. Penasihat program, Prof. Madya Dr. Yusran Sulaiman berkata, program We Protect We Survive (WPWS) ini memberi pendidikan kepada komuniti di Pantai Morib bahawa…
“JANGAN malu untuk mendapatkan kad Orang Kurang Upaya (OKU) untuk anak autisme”, demikian pesanan Haryati Karim. Hayati,38, adalah salah seorang ibu yang dikurniakan dengan seorang anak mild autism (autisme tahap terkawal). Ada segelintir ibu bapa enggan mendaftarkan anak autisme sebagai OKU disebabkan stigma dicop sebagai cacat dan sebagainya. “Kad OKU banyak memberi faedah untuk anak-anak autisme, kenapa malu untuk mohon? Bukan perlu dipakai atas dahi sebaliknya hanya dikeluarkan jika perlu sahaja. “Seperti anak saya, Hayyan pada usianya 18 tahun dia akan menjalani semula pemeriksaan oleh doktor. “Jika dia okey, kad OKU akan ditarik balik dan dia akan menjalani kehidupan seperti…
KUKU bukan sekadar menjadi lambang keperibadian,kebersihan dan penampilan seseorang, tetapi ia juga boleh menjadi petunjuk kepada kesihatan. Penting untuk kita mengetahui tanda-tanda awal sebelum ia menjadi lebih teruk. Pun begitu, ingin diingatkan bahwa tanda-tanda yang kami kongsikan ini hanyalah secara umum. Jika anda merasakan kesakitan atau mengalami perubahan tahap kesihatan, berjumpa doktor dengan segera. Memetik daripada webmd, Relevan kongsikan 9 keadaan kuku yang menjadi petanda penyakit berbahaya seperti berikut: Kuku pucat Keadaan kuku ini juga dikenali sebagai leukonychia, menggambarkan kuku yang sebahagian atau sepenuhnya berwarna putih. Warna putih mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti trauma, anemia, kekurangan diet, penyakit jantung…