Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 rawatan jeragat, boleh juga guna bahan semula jadi

    7 rawatan jeragat, boleh juga guna bahan semula jadi

    By November 13, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    JERAGAT terhasil daripada kelompok sel kulit yang mengandungi pigmen melanin dan terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari secara terus tanpa perlindungan.- Foto Chermiti Mohamed/ Unsplash

    JERAGAT ialah bintik sawo matang atau coklat muda pada kulit. Ia terhasil daripada kelompok sel kulit yang mengandungi pigmen melanin dan terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari secara terus tanpa perlindungan.

    Pendedahan matahari menggalakkan melanosit menghasilkan lebih banyak melanin. Jeragat ialah timbunan melanin pada lapisan luar kulit anda.

    Walaupun tidak menyakitkan atau berbahaya, tetapi kemunculan jeragat meresahkan hati kerana ia ‘mengganggu’ kecantikan pada wajah. Lantas pelbagai rawatan disediakan untuk menghilangkannya.

    Memetik healthline, Relevan kongsikan 7 rawatan untuk menyelesaikan masalah jeragat.

    1. Pelindung matahari

    Pelindung matahari (sunscreen) tidak akan menghilangkan jeragat yang sedia ada, tetapi ia membantu mencegah kemunculan jeragat yang baharu. Anda harus sentiasa memakainya walaupun ketika cuaca mendung.

    Akademi Dermatologi Amerika Syarikat kongsikan tip ini:

    •   Pelindung matahari harus mempunyai SPF 30 atau lebih tinggi.
    •   Sapukan pelindung matahari pada kulit yang terdedah sekurang-kurangnya 15 minit sebelum keluar.
    •   Sapukan semula pelindung matahari setiap dua jam dan sejurus selepas berenang atau berpeluh berlebihan.
    1. Rawatan laser

    Rawatan laser menggunakan cahaya yang terfokus dan terang untuk menyasarkan kawasan kulit yang rosak. Terdapat pelbagai jenis laser.

    Mengikut kajian 2015, laser 1064 Q-Switched Nd YAG berkesan untuk merawat jeragat. Hasil kajian menunjukkan rawatan dengan laser ini mencerahkan lebih 50 peratus jeragat dalam kalangan 62 peratus peserta.

    Rawatan laser secara amnya selamat. Risiko parut adalah rendah. Walau bagaimanapun, kesan sampingan lain mungkin berlaku, termasuk:

    •   Gatal-gatal
    •   Bengkak
    •   Kemerahan
    •   Kekeringan
    •   Mengelupas
    •   Jangkitan
    1. Cryosurgery

    Cryosurgery menggunakan suhu sejuk melampau dalam bentuk nitrogen cecair untuk membekukan dan memusnahkan sel-sel kulit yang tidak normal.

    Rawatan ini secara amnya selamat dan ia tidak memerlukan anestesia serta masa pemulihan lebih cepat. Beberapa kesan sampingan yang berpotensi adalah hipopigmentasi, pendarahan dan lepuh. Cryosurgery jarang menyebabkan parut.

    1. Krim pudar topikal

    Krim pudar, juga dipanggil krim peluntur, boleh didapati di kaunter dan dengan preskripsi. Banyak krim pudar mengandungi hidrokuinon, bahan yang digunakan untuk menyekat pengeluaran melanin dan mencerahkan kawasan kulit yang gelap.

    Krim yang mengandungi hidrokuinon topikal boleh menyebabkan:

    •   Keradangan
    •   Kekeringan
    •   Terbakar
    •   Melepuh
    •   Perubahan warna kulit
    1. Krim retinoid topical

    Krim retinoid adalah sebatian vitamin A. Ia digunakan untuk memperbaiki kulit yang rosak akibat matahari dan mencerahkan jeragat.

    Menurut ulasan 2014, retinoid mungkin menawarkan perlindungan foto dengan menyerap sinaran ultraviolet B. Ini boleh membantu mengelakkan jeragat baru daripada terbentuk.

    Krim retinoid boleh didapati dengan atau tanpa preskripsi. Kesan sampingan biasa ialah:

    •   Kemerahan
    •   Kekeringan
    •   Iritasi kulit
    •   Mengelupas
    •   Sensitiviti
    1. Pengelupasan kimia

    Pengelupasan kimia (chemical peel) menggunakan larutan kimia untuk mengelupas kawasan kulit yang rosak. Untuk menghilangkan jeragat, pengelupasan sederhana mengandungi asid glikolik atau asid trichloroacetic akan menembusi lapisan tengah kulit. Setelah kulit yang rosak dibuang, kulit baru terhasil.

    Pengelupasan kimia boleh menyebabkan:

    •   Rasa menyengat
    •   Mengelupas
    •   Kemerahan
    •   Kerengsaan
    •   Bengkak

    Menurut American Society for Dermatologic Surgery, pengelupasan kulit sederhana mengambil masa sehingga dua minggu untuk sembuh. Anda juga perlu mengambil antiviral preskripsi sehingga dua minggu dan elakkan matahari sehingga kulit anda sembuh.

    1. Rawatan semula jadi

    Terdapat beberapa rawatan dengan menggunakan ramuan semula jadi yang boleh diamalkan seperti berikut:

    Jus lemon: Sapukan jus lemon terus ke kulit anda dengan bola kapas dan kemudian basuh. Jus lemon dikatakan dapat mencerahkan kulit.

    Madu: Campurkan madu dengan garam atau gula untuk membuat skrub. Madu boleh membantu meringankan pigmentasi.

    Susu mentega: Sapukan susu mentega terus ke kulit anda. Biarkannya selama 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam. Anda juga boleh membuat topeng dengan menggabungkan susu mentega dengan oatmeal. Susu mentega mempunyai asid laktik yang berpotensi membantu memudarkan jeragat anda.

    Yogurt: Sapukan yogurt terus ke kulit anda dan biarkan selama beberapa minit. Yogurt juga mengandungi asid laktik.

    Bawang merah: Gosokkan bawang pada kulit anda dan kemudian bilas kulit anda dengan air suam. Bawang merah boleh bertindak sebagai pengelupasan dan boleh membantu mencerahkan bintik-bintik.

    Pun begitu, ingin diingatkan, jika anda mengalami sebarang kerengsaan, hentikan penggunaan bahan tersebut.- RELEVAN

    cantik featured jeragat kesihatan
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.