Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 fakta mengejutkan tentang senyuman, rugi tak senyum  

    7 fakta mengejutkan tentang senyuman, rugi tak senyum  

    By Zubaidah IbrahimNovember 17, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BANYAK manfaat senyuman kepada kesihatan fizikal dan mental serta kesejahteraan hidup kita.- Gambar hiasan/ Halayalex/Freepik

    SENYUM, ekspresi muka yang sangat mudah, tetapi hakikatnya sangat besar impaknya kepada keseluruhan kehidupan. 

    Kita menunjukkan kegembiraan dengan senyuman dan begitu juga berkomunikasi dengan menggunakan riak wajah yang manis ini.

    Relevan mahu kongsikan kepada anda betapa pentingnya senyuman dengan memetik ulasan daripada Pakar Ortodontik, Dr. Nathan Hawley. Jom lihat 7 fakta menarik ini.

    1. Senyuman boleh menipu otak untuk berasa lebih gembira dan meningkatkan kesihatan

    Kajian menunjukkan senyuman memulakan tindak balas kimia dalam otak menyebabkan ia mengeluarkan hormon baik seperti dopamin dan serotonin.

    Hormon ini membuatkan kita berasa lebih gembira dan mengurangkan kemurungan dan agresif. Walaupun anda kecewa, dengan memaksa diri anda tersenyum akan menipu otak untuk berfikir sesuatu yang positif sedang berlaku dan meningkatkan mood anda.

    Malah, satu kajian oleh Universiti Cardiff di Wales melihat orang yang tidak boleh mengerutkan dahi kerana suntikan botox dan mendapati mereka lebih gembira daripada mereka yang boleh mengerutkan dahi.

    Oleh itu, teruskan tersenyum walaupun anda tidak mahu.

    2. Senyuman memang ‘berjangkit’

    Satu lagi fakta menarik ialah apabila seseorang tersenyum kepada kita atau mengerutkan kening, penyelidikan mendedahkan bahawa perkara yang dipanggil “simulasi sensorimotor” dalam otak kita menyebabkan kita meniru tanpa menyedarinya.

    Ia membantu kita memahami perasaan orang lain dan mencetuskan keadaan emosi yang sama. Memandangkan senyuman menimbulkan perasaan positif adalah bagus untuk meniru senyuman berbanding dengan muka berkerut.

    3. Senyuman membantu meredakan tekanan dan meningkatkan kesihatan

    Salah satu faedah terbesar senyuman ialah ia dapat meredakan tekanan. Satu kajian memberi peserta aktiviti mendorong tekanan dengan menyuruh mereka memegang penyepit menggunakan mulut.

    Aktiviti itu melibatkan otot muka dalam ekspresi neutral, senyuman standard dan senyuman duchenne (senyuman sebenar yang turut melibatkan otot di sekeliling mata).

    Mereka yang mempunyai ekspresi senyuman, terutamanya senyuman duchenne mempunyai kadar denyutan jantung yang lebih rendah dan pulih dengan lebih cepat daripada aktiviti yang menimbulkan tekanan.

    Dengan mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood, hormon kortisol anda juga berkurangan yang mana boleh meningkatkan kesihatan serta sistem imun anda.

    4. Senyuman adalah salah satu ekspresi muka pertama bayi

    Pengimbasan 4D telah menunjukkan beberapa bayi tersenyum ketika mereka berada dalam kandungan. 

    Doktor berpendapat ia mungkin refleksi sebagai persediaan untuk bersalin. Walaupun bayi tidak mula tersenyum sebagai tindak balas kepada rangsangan sehingga berumur antara enam hingga 12 minggu, mereka sering tersenyum semasa tidur.

    5. Senyuman boleh dikaitkan dengan umur panjang

    Terdapat kajian yang melihat senyuman pemain besbol dari musim Besbol Liga Utama 1952.

    Darjah senyuman setiap pemain telah dikodkan, daripada tanpa senyuman kepada senyuman separa dan senyuman senyuman penuh serta  tulen yang melibatkan mata (duchenne).

    Pemain yang tidak tersenyum didapati umur  mereka purata 72.9 tahun, mereka yang mempunyai senyuman separa pula, hidup purata 75 tahun dan pemain dengan senyuman penuh duchenne mempunyai jangka hayat purata 79.9 tahun.

    6. Terdapat 19 jenis senyuman

    Penyelidikan mencadangkan terdapat 19 jenis senyuman. Senyuman ini mencerminkan pelbagai emosi. Kategori senyuman termasuklah menggoda, senyuman Duchenne, senyuman malu dan juga senyuman palsu.

    7. Senyuman membantu anda kelihatan lebih bijak

    Penyelidik menunjukkan kepada peserta gambar wajah orang dan meminta mereka menilai untuk kecerdasan. Wajah “kecerdasan tinggi” lebih kerap tersenyum daripada wajah “kecerdasan rendah”.

    Jadi, jika anda ingin menjadikan diri anda lebih bijak, yang boleh membantu anda maju di tempat kerja, cuba tersenyum. 

    – RELEVAN

    Previous ArticlePeluang penggiat industri kreatif bina kerjaya bersama airasia academy
    Next Article Ekonomi Malaysia berkembang 3.3% pada suku ketiga, dijangka capai 4% sepanjang tahun

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.