Facebook Twitter
    Trending
    • 8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan
    • 5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama
    • Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya
    • 5 album yang berusia 10 tahun pada 2023
    • 7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’
    • 7 cara memperkuat ingatan 
    • Malas bekerja? 7 tip ini untuk anda, nombor 5 paling menarik
    • Alergi makanan boleh bawa maut, kenali punca dan gejala  
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’

      November 27, 2023

      Alergi makanan boleh bawa maut, kenali punca dan gejala  

      November 23, 2023

      8 petanda stres pada kulit muka selain jerawat

      November 21, 2023

      Populariti merkuri dalam kecantikan, sebab dan kesan buruknya

      November 20, 2023

      7 fakta mengejutkan tentang senyuman, rugi tak senyum  

      November 17, 2023
    • Kewangan

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      1 daripada 3 rakyat Malaysia tidak celik kewangan

      November 22, 2023

      6.3 juta bersara dengan RM42 sebulan, ini kelemahan lain perlindungan sosial warga emas di Malaysia

      November 21, 2023

      5 cara terbaik selesaikan bayaran hutang

      November 21, 2023

      Ekonomi Malaysia berkembang 3.3% pada suku ketiga, dijangka capai 4% sepanjang tahun

      November 17, 2023
    • Pendidikan

      8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

      November 28, 2023

      5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

      November 27, 2023

      7 cara memperkuat ingatan 

      November 24, 2023

      Kes perceraian meningkat 43.1% pada 2022, paling banyak libatkan pasangan berumur 30-39 tahun

      November 23, 2023

      5 cara untuk menjadi lebih bijak

      November 16, 2023
    • Kerjaya

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

      November 28, 2023

      Malas bekerja? 7 tip ini untuk anda, nombor 5 paling menarik

      November 24, 2023

      5 sebab penting meraikan kejayaan pekerja

      November 22, 2023

      Jumlah siswazah menganggur berkurang, peningkatan tinggi dalam kategori majikan dan bekerja sendiri

      November 20, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Buang stigma, kad OKU penting untuk anak autisme

    Buang stigma, kad OKU penting untuk anak autisme

    By Zubaidah IbrahimNovember 8, 2023Updated:November 9, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    HARYATI (tengah) bersama-sama anaknya, Hayyan pada program Superkids Sharing Session anjuran DXN di DXN Cyberville, Cyberjaya.- FOTO FAIZ ALIF

    “JANGAN malu untuk mendapatkan kad Orang Kurang Upaya (OKU) untuk anak autisme”, demikian pesanan Haryati Karim.

    Hayati,38, adalah salah seorang ibu yang dikurniakan dengan seorang anak mild autism (autisme tahap terkawal).

    Ada segelintir ibu bapa enggan mendaftarkan anak autisme sebagai OKU disebabkan stigma dicop sebagai cacat dan sebagainya.

    “Kad OKU banyak memberi faedah untuk anak-anak autisme, kenapa malu untuk mohon? Bukan perlu dipakai atas dahi sebaliknya hanya dikeluarkan jika perlu sahaja.

    “Seperti anak saya, Hayyan pada usianya 18 tahun dia akan menjalani semula pemeriksaan oleh doktor.

    “Jika dia okey, kad OKU akan ditarik balik dan dia akan menjalani kehidupan seperti individu normal yang lain,” kongsi Haryati pada acara Superkids Sharing Session anjuran DXN di DXN Cyberville, Cyberjaya baru-baru ini.

    Hayati mengakui dunianya terasa gelap apabila doktor mengesahkan anak bongsu daripada dua adik-beradik, Muhammad Hayyan Hazrel Ezriq,6, disahkan mempunyai masalah mild autism (autisme tahap terkawal) ketika berusia tiga tahun.

    HAYYAN sudah boleh berkomunikasi dua hala seperti kanak-kanak lain dan juga boleh membaca serta mengira.- FOTO FAIZ ALIF

    Walaupun hatinya remuk mendengarkan perkhabaran itu, Haryati sedar dia perlu mengambil langkah segera untuk memastikan anaknya mendapat kehidupan berkualiti pada masa depan.

    “Tipulah saya dan suami tidak bersedih, tetapi seminggu sahaja. Selepas itu kami terus mengatur apakah tindakan yang harus diambil.

    “Mengikut saranan doktor, saya terus melakukan terapi pertuturan dan terapi cara kerja kerana ketika Hayyan berusia tiga tahun dia langsung tidak bercakap sebaliknya hanya menunjuk dengan jari jika inginkan sesuatu.

    “Hayyan juga tidak mempunya eye contact jika kita bercakap dengannya, tetapi dia boleh bergaul dengan rakan sebaya dengan baik,” terang pekerja swasta itu.

    Korban masa dan wang

    Selain menghantar ke pusat terapi swasta dan kerajaan, Haryati juga menghantar anaknya ke sekolah sejak berusia tiga tahun dan kelas renang pada usia lima tahun.

    “Memang apabila kita ada anak autisme atau anak istimewa tidak kiralah apa masalah sekalipun, perlu banyak berkorban daripada segi masa dan juga wang ringgit.

    “Saya tahu bukan murah untuk menghantar anak ke pusat terapi swasta, sekolah dan aktiviti tambahan yang lain, tetapi memikirkan semua itu membantu perkembangannya saya usahakan juga.

    “Tidak hanya itu, saya juga banyak mengikuti persatuan dan kumpulan sokongan anak-anak autism di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan ilmu terutama cara-cara melakukan terapi di rumah,” katanya.

    Usaha Haryati membuahkan hasil apabila ketika anaknya berusia empat tahun, Hayyan sudah mula bercakap dan kini pada usia enam tahun Hayyan sudah boleh berkomunikasi dua hala seperti kanak-kanak lain. Dia juga boleh membaca dan mengira.

    Fasa penafian

    Di samping rawatan terapi di hospital swasta dan kerajaan, Haryati juga mencuba pelbagai rawatan alternatif seperti urutan dan pengambilan suplemen.

    “Urutan khas untuk kanak-kanak seperti Hayyan membantu untuk dia lebih bertenang dan mudah untuk bertutur,” ujarnya.

    Sebagai ibu yang memiliki anak mild autism, Haryati mengesa ibu bapa segera membawa anak berjumpa doktor jika anak mereka mempunyai perkembangan yang lewat seperti pertuturan.

    “Para ibu bapa tolong jangan berada difasa indenial atau penafian terlalu lama kerana jika anak benar-benar mempunyai masalah, kelewatan mendapatkan rawatan dan terapi akan memusnahkan masa depan anak anda sendiri.

    “Lagi cepat mendapat rawatan dan terapi, lebih banyak potensi anak akan berkembang. Jangan berputus ada, sebolehnya usahakan agar anak boleh berdikari dan hidup dengan masyarakat sebab kita tidak selamanya ada bersama mereka,” tuturnya.- RELEVAN

    autisme featured kad malu oku
    Artikel Terkini

    8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

    November 28, 2023

    5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

    November 28, 2023

    Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

    November 28, 2023

    5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

    November 27, 2023

    7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’

    November 27, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.