Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kehendak vs keperluan, setiap orang tidak sama

    Kehendak vs keperluan, setiap orang tidak sama

    By Zubaidah IbrahimNovember 16, 2023Updated:November 16, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BELANJAWAN yang terbaik ialah dengan mengasingkan perbelanjaan keperluan dan kehendak supaya tidak membazirkan wang kepada sesuatu yang kurang penting.- Gambar hiasan Freestocks /Unsplash

    TERKADANG agak sukar untuk kita membezakan kehendak dan keperluan kerana dunia sekarang segalanya berubah begitu juga dengan keperluan. Jika dahulu, internet bukanlah satu perkara penting. Kini, tanpa internet kita umpama kehilangan oksigen.

    Oleh itu, tidak hairanlah kita menjadi keliru ketika menentukan keperluan dan kehendak ketika membuat belanjawan bulanan.

    Belanjawan yang terbaik ialah dengan mengasingkan perbelanjaan keperluan dan kehendak supaya tidak membazirkan wang kepada sesuatu yang kurang penting. Akhirnya, kita tidak mampu membuat simpanan.

    Walaupun begitu, harus diingat, keperluan dan kehendak untuk setiap orang adalah berbeza, maka ia menjadi sangat mencabar untuk memperhalusi kedua-dua kategori tersebut.

    Merujuk kepada thebalancemoney, Relevan kupaskan perbezaan keperluan dan kehendak seperti berikut:

    Apa itu keperluan dan kehendak

    Keperluan adalah perkara asas dan anda sangat perlukan untuk kelangsungan hidup. Berbeza dengan kehendak ia adalah sokongan sampingan, walaupun tanpanya anda masih boleh hidup.

    Contoh keperluan:

    •   Sewa
    •   Bil utiliti
    •   Penjagaan dan terapi kesihatan
    •   Ubat
    •   Makanan
    •   Pakaian seragam kerja
    •   Pengangkutan

    Contoh kehendak:

    •   Hiburan
    •   Makan di luar
    •   Pembelian rumah
    •   Melancong
    •   Alat elektronik
    •   Langganan atau keahlian bulanan
    •   Akaun penstriman televisyen atau muzik
    •   Pakaian baru

    Kemahuan tidak semestinya buruk. Ia menyenangkan dan selalunya boleh membantu anda mencapai matlamat penting seperti berhubung dengan orang tersayang, berseronok atau kekal sihat.

    ‘Keperluan’ yang sebenarnya ‘kehendak’

    Garis antara kehendak dan keperluan kadangkala kabur dan mungkin sukar untuk memisahkan perbelanjaan mana yang tergolong dalam kategori keperluan atau kehendak. Terdapat sebab yang berbeza untuk ini:

    • Cara hidup

    Sama ada perbelanjaan adalah keperluan atau kehendak selalunya bergantung kepada cara dan sebab anda menggunakannya.

    Internet di rumah mungkin menjadi keperluan anda jika bekerja dari rumah. Walau bagaimanapun, jika anda hanya menggunakan internet rumah untuk hiburan seperti melayari media sosial atau bermain permainan video, ia sebenarnya adalah satu kehendak atau kemahuan.

    • Pecahan perbelanjaan

    Sebahagian daripada perbelanjaan boleh dikategorikan sebagai keperluan manakala sebahagian lagi adalah kehendak. Barangan dapur adalah keperluan kerana anda perlu makan. Tetapi jika, bersama-sama dengannya anda juga membeli kerepek dan soda, maka beberapa perkara itu adalah kehendak dan bukannya keperluan.

    Peraturan Belanjawan 50/30/20

    Jika anda menggunakan sistem belanjawan 50/30/20, perbelanjaan anda akan dibahagikan kepada:

    •   50% untuk keperluan
    •   30% dibelanjakan untuk kemahuan
    •   20% dibelanjakan untuk simpanan dan pengurangan hutang

    Pembahagian perbelanjaan ini bermakna tiada salahnya membeli roti dan susu mewah atau melanggan Netflix.

    Peraturan praktikal belanjawan 50-30-20 ini membolehkan anda membelanjakan 30% daripada gaji untuk perkara yang anda inginkan.

    Dengan memberikan nilai konkrit kepada kehendak, anda mengelakkan diri daripada berbelanja berlebihan dan akhirnya terjerumus dalam hutang.

    Kunci kepada belanjawan adalah untuk menjadi lebih sedar tentang cara anda membelanjakan wang. Ini membolehkan anda berbelanja mengikut kemampuan dan juga memastikan perbelanjaan anda sejajar dengan nilai dan keutamaan anda.- RELEVAN

    Previous ArticleManfaat perubatan estetik terhadap kesihatan mental
    Next Article Peluang penggiat industri kreatif bina kerjaya bersama airasia academy

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.