Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Merungkai mitos diabetes dan salah faham masyarakat

    Merungkai mitos diabetes dan salah faham masyarakat

    By November 15, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DIANGGARKAN tujuh juta rakyat Malaysia dewasa akan menghidap diabetes menjelang 2025.

    KIRA-KIRA 422 juta orang di seluruh dunia menghidap diabetes, yang mana kebanyakan mereka tinggal di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

    Setiap tahun, sekitar 1.5 juta kematian dicatatkan secara langsung dengan penyakit ini. Namun, dengan kemajuan pesat dalam industri perubatan berupaya meningkatkan peluang pesakit dengan ketara dari segi diagnosis dan rawatan.

    Menurut Pakar Perunding Endokrinologi dari Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr. Teoh Wei Leng, diabetes ialah penyakit yang kronik apabila pankreas seseorang individu itu tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau apabila pankreas tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan.

    WEI LENG

    “Insulin ialah hormon yang membantu glukosa diserap ke dalam sel-sel tubuh badan anda untuk digunakan sebagai tenaga.

    “Apabila proses ini gagal, paras glukosa dalam badan akan bertambah dan dalam jangka masa panjang boleh meningkatkan risiko seseorang itu mengalami kerosakan organ seperti mata, buah pinggang, saraf atau jantung,” jelas Wei Leng.

    ARTIKEL BERKAITAN: 8 kudapan sihat untuk kurus dan pesakit diabetes

    Dianggarkan tujuh juta rakyat Malaysia dewasa akan menghidap diabetes menjelang 2025.

    Terang beliau, jenis diabetes yang paling biasa dihidapi bagi penyakit ini ialah diabetes Jenis 2 dan sejak kebelakangan ini turut menjejaskan ramai golongan muda.

    “Baru-baru ini saya telah mendiagnosis seorang remaja berumur 17 tahun yang mempunyai sejarah obesiti sejak kanak-kanak serta sejarah keluarga dengan diabetes.

    “Pakar endokrinologi pediatrik kami juga menerima lebih ramai pesakit kanak-kanak Jenis 2 yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

    Punca diabetes bukan sekadar gula berlebihan

    Tegas beliau, walaupun kecenderungan genetik memang memainkan peranan, pilihan gaya hidup juga turut menyumbang kepada diabetes secara signifikan. 

    “Tabiat pemakanan yang buruk, gaya hidup tidak aktif dan obesiti adalah penyebab utama diabetes. 

    “Kita perlu mendidik amalan memilih makanan yang sihat sejak kecil agar dapat membentuk tabiat pemakanan yang baik sepanjang hayat sekali gus, mengurangkan peningkatan obesity,” ujarnya.

    Antara tanda-tanda diabetes ialah kerap membuang air kecil, dahaga yang berlebihan, penurunan berat badan secara tiba-tiba dan kelesuan.

    Merungkai mitos dan menggalakkan tabiat sihat 

    Salah satu cabaran dalam menguruskan diabetes ialah penyebaran mitos dan tanggapan yang salah.

    “Tanggapan salah yang biasa kita dengar ialah ubat diabetes boleh memudaratkan buah pinggang.

    “Hakikatnya, diabetes yang tidak terkawal itulah yang membawa kepada kerosakan buah pinggang, bukannya ubat preskripsi.

    “Kerana itulah penting untuk pesakit mematuhi jadual janji temu dengan doktor diabetes mereka,” katanya.

    Tambah beliau, perubahan kecil dalam tabiat harian boleh membawa kepada peningkatan yang ketara untuk kesihatan keseluruhannya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Diabetes bukan penamat hidup kanak-kanak

    Diet seimbang yang merangkumi bijirin penuh, protein tanpa lemak, buah-buahan, dan sayur-sayuran adalah penting.

    Gabungkan pemakanan sihat ini dengan senaman yang kerap walaupun dengan berjalan pantas setiap hari, ini boleh membawa kepada perubahan besar.

    “Satu lagi mitos ialah jika anda tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes maka anda tidak akan mendapat diabetes.

    “Walaupun tiada sejarah keluarga yang menghidap diabetes, pilihan gaya hidup yang tidak sihat dan tabiat pemakanan yang buruk boleh meningkatkan risiko diabetes Jenis 2. Tiada siapa yang terlepas daripada risiko mendapat diabetes,” terangnya.

    Sehubungan itu, diabetes sememangnya merupakan satu cabaran, namun ia boleh diatasi dengan kesedaran, pendidikan dan usaha bersama.

    Dengan ilmu pengetahuan dan sokongan yang betul, individu yang menghidap diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal. – RELEVAN

    diabetes featured kesihatan mitos
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.