BAGAIMANA kalau sistem pertahanan tubuh (antibodi) menyerang badan kita? Salah satu penyakit yang disebabkan oleh keadaan itu dikenali sebagai Autoimmune Encephalitis (AE). AE boleh didefinisikan sebagai kumpulan penyakit di mana sistem antibodi menyerang otak dan menyebabkan simptom progresif atau bertambah teruk dan boleh berlaku dalam pelbagai sub-jenis. Jika dibiarkan tidak dirawat, penyakit ini boleh menyebabkan kecederaan otak kekal dan dalam kes yang lebih teruk boleh menyebabkan kematian. Menurut Pakar Perunding Neurologi dan Pakar Perubatan Dalaman, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr. Ellie Kok Huey Tean, AE merupakan satu spektrum penyakit yang boleh menjejaskan fungsi kognitif individu dan seterusnya menyebabkan gangguan…
Zubaidah Ibrahim
HIDUP berpasangan ada manis dan pahitnya. Itu adalah lumrah kerana setiap orang membawa pemikiran yang berbeza dan jika tidak ditangani dengan baik akan mencetuskan pergaduhan besar. Oleh itu, sering kita dengar sebab berpisah adalah ‘tidak lagi mempunyai persefahaman’. Sebelum memilih untuk berpisah, cuba anda lakukan enam langkah ini bagi memulihkan kembali hubungan seperti disarankan oleh ahli psikologi klinikal berlesen, Dr. Elana Hoffman. Kenal pasti pencetus emosi anda Setiap orang mempunyai butang ‘jangan tekan’ yang boleh mencetuskan emosi marah. Ia mungkin boleh berkaitan dengan trauma masa lalu yang pernah dialaminya. Contohnya, anda dibesarkan oleh ibu bapa yang suka mengambil kesempatan, maka…
TUBUH kita memerlukan pelbagai vitamin untuk kekal sihat dan cergas. Salah satu vitamin penting ialah B12. Vitamin B12 juga dikenali sebagai kobalamin iaitu vitamin larut air yang penting kepada tubuh. Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, vitamin B12 memainkan peranan penting dalam menghasilkan sel darah merah, asid deoksiribonukleik (DNA) dan memastikan sistem saraf berfungsi dengan betul. “Vitamin ini secara semula jadinya boleh diperoleh daripada sumber makanan seperti daging, ikan, telur dan produk tenusu. “Bagaimanapun, masalah kekurangan vitamin B12 adalah perkara biasa terutama dalam kalangan warga emas. “Golongan muda juga berisiko mengalami masalah ini, sekiranya tidak mendapatkan khasiat vitamin itu…
PERKARA yang paling sakit dan menakutkan dalam sesebuah hubungan adalah curang! Musnah semua kebahagiaan dan kemanisan yang dibina apabila pasangan anda didapati curang. Kes curang ini tidak mengira status dan rupa paras. Meskipun sudah mempunyai pasangan sempurna yang cukup pakej di mata Masyarakat, tetapi ia bukan jaminan tidak akan berlaku curang. Bahkan, isu curang ini bukanlah sesuatu yang baharu. Selagi bergelar manusia yang punya kemahuan dan nafsu, maka di situ akan berlakunya curang. Ada yang mengatakan ia adalah takdir. Pun begitu, kita dikurniakan akal untuk berfikir baik dan buruknya. Adakah kita sanggup menghancurkan istana yang lama terbina semata-mata mahu membina…
HUBUNGAN toksik boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti sahabat, keluarga, suami dan isteri mahupun rakan sekerja. Tanpa kita sedar, kita telah lama terperangkap di dalam hubungan toksik ini. Mungkin kita menganggap pergaduhan kecil atau tidak mempunyai kesefahaman sebagai perkara normal dan asam garam dalam sesebuah hubungan tetapi bagaimana jika ia adalah petanda anda dalam hubungan toksik? Perhubungan yang sihat dibina di atas sifat asas seperti rasa hormat, kejujuran dan kepercayaan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa hubungan toksik boleh menjejaskan kesihatan mental seperti kemurungan atau kebimbangan. Oleh itu, jom bersama Relevan kita semak tujuh tanda hubungan toksik sebagai panduan. Keperluan anda tidak…
KALAULAH wang boleh dapat dengan mudah tanpa perlu membuat apa-apa pasti seronok, tetapi hakikatnya hidup ini memerlukan kita bekerja keras siang dan malam untuk mencari duit. Sebagai pekerja, pasti ada masanya membuatkan anda berasa malas hendak mengerjakan sesuatu tugasan disebabkan pelbagai faktor seperti tekanan dan toksik di tempat kerja. Jika anda sedang bergelut dengan kemalasan, artikel ini untuk anda. Relevan kongsikan 7 tip untuk mengatasi rasa malas dan pastinya membuat anda kembali semangat bekerja! Utamakan tugas paling penting Dalam sehari banyak kerja yang hendak disiapkan, maka anda perlu kenal pasti mana yang lebih penting untuk disiapkan dahulu seperti tarikh akhir…
PERNAHKAH anda mengalami gatal-gatal dan bengkak pada bibir selepas makan? Ini adalah simptom-simptom alahan kepada makanan. Boleh dikatakan kebanyakan orang pernah mengalami alergi makanan sehingga mereka terpaksa mengelak daripada daripada mengambil makanan yang mencetuskan alahan itu. Walaupun pada pandangan umum ia hanyalah sakit ringan, tetapi sebenarnya alahan makanan boleh menyebabkan maut jika tidak dirawat dengan segera. Apakah alahan makanan? Menurut healthline, alergi makanan ialah keadaan di mana makanan tertentu mencetuskan tindak balas imun yang tidak normal. Ia disebabkan oleh sistem imun anda tersalah mengenal pasti beberapa protein dalam makanan sebagai berbahaya. Badan anda kemudian melancarkan pelbagai langkah perlindungan termasuk membebaskan…
CELIK kewangan adalah isu besar di Malaysia. Bukan sahaja 71 peratus (%) rakyat Malaysia menyimpan kurang daripada RM500 sebulan, malah kebankrapan belia berada pada 13.5% pada 2022. Menurut Strategi Celik Kewangan Kebangsaan 2019-2023, satu daripada tiga rakyat Malaysia menilai diri mereka sebagai rendah dalam pengetahuan kewangan. Berdasarkan dapatan tersebut, jelas sekali kita memerlukan dorongan besar dalam hal berkaitan celik kewangan. Justeru, Akademi Jopez dan Little Tauke iaitu dua platform celik kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura melangkah masuk untuk membantu Masyarakat memahami lebih lanjut mengenai kewangan. Kerjasama di antara Akademi Jopez dan Little Tauke itu bertujuan untuk menyediakan pendidikan kewangan…
HUTANG sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan, mahu atau tidak kita tidak boleh terlepas daripada berhutang untuk mencapai matlamat masing-masing.Tidak semua hutang itu buruk tetapi perkara yang paling penting ialah cara kita menguruskannya. Dunia semakin moden, cara berhutang juga berubah dengan nama pelbagai nama dan sistem yang berbeza antaranya Beli Dahulu Bayar Kemudian atau Buy Now Pay Later (BNPL). Justeru, penting untuk kita semua menguruskan hutang-hutang ini dengan baik supaya hidup tidak dibebani hutang yang akhirnya menyebabkan stres, kemurungan dan pelbagai lagi penyakit kesihatan mental. Oleh itu, anda boleh amalkan 5 tip penting ini untuk menguruskan hutang-hutang tersebut dengan lancar, tersusun…
KETAKSUBAN untuk kulit putih dan awet muda menjerumuskan ramai orang kepada produk kecantikan yang mengandungi merkuri. Peniaga mengaut keuntungan berlipat ganda, tetapi anda yang merana menanggung akibatnya! Sehubungan itu, penting untuk kita semua menjadi pengguna yang bijak dengan memilih produk selamat dan bukannya terikut-ikut dengan produk viral atau diiklankan oleh selebriti mahupun pempengaruh di media sosial. Dalam kosmetik, paras merkuri yang tinggi biasanya terdapat dalam produk pemutih dan antipenuaan kerana ia membantu memudarkan bintik-bintik gelap, jeragat, kedutan dan garis-garis halus. Oleh itu, tidak hairanlah saiz pasaran produk antipenuaan global hampir empat kali ganda saiz produk pencerah kulit. Ia juga membantu…