Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Malas bekerja? 7 tip ini untuk anda, nombor 5 paling menarik

    Malas bekerja? 7 tip ini untuk anda, nombor 5 paling menarik

    By Zubaidah IbrahimNovember 24, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BANYAK faktor yang menyebabkan seseorang itu menjadi malas bekerja dan tidak ada motivasi untuk melakukan tugas di tempat kerja.- Foto Miriam Alonso/ Pexels

    KALAULAH wang boleh dapat dengan mudah tanpa perlu membuat apa-apa pasti seronok, tetapi hakikatnya hidup ini memerlukan kita bekerja keras siang dan malam untuk mencari duit.

    Sebagai pekerja, pasti ada masanya membuatkan anda berasa malas hendak mengerjakan sesuatu tugasan disebabkan pelbagai faktor seperti tekanan dan toksik di tempat kerja.

    Jika anda sedang bergelut dengan kemalasan, artikel ini untuk anda. Relevan kongsikan 7 tip untuk mengatasi rasa malas dan pastinya membuat anda kembali semangat bekerja!

    1. Utamakan tugas paling penting

    Dalam sehari banyak kerja yang hendak disiapkan, maka anda perlu kenal pasti mana yang lebih penting untuk disiapkan dahulu seperti tarikh akhir penyerahan tugasan.

    Kaedah ini boleh membantu anda menyelesaikan tugasan dengan cepat pada masanya dan membuatkan anda berasa lebih bermotivasi selepas menyelesaikan tugasan yang lebih penting atau mencabar.

    ARTIKEL BERKAITAN:  5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

    1. Kenal pasti gangguan

    Perhatikan gangguan biasa yang anda hadapi dan berusaha untuk menjauh daripadanya. Langkah ini sangat penting terutamanya jika anda bekerja dari rumah.

    Satu lagi gangguan biasa ialah telefon pintar yang mana banyak orang menjadi leka apabila membuka pelbagai platform jualan online dan juga media sosial.

    Alihkan telepon itu pada pandangan anda atau pastikannya dalam mod senyap sementara anda fokus menyiapkan kerja.

    1. Dengar muzik untuk lebih fokus

    Muzik boleh menjadi alat yang hebat untuk meningkatkan produktiviti dan tumpuan semasa bekerja. Walaupun setiap orang menyukai jenis muzik yang berbeza tetapi elakkan muzik dengan lirik atau bunyi yang kompleks.

    Jenis muzik yang boleh meningkatkan produktiviti di tempat kerja ialah seperti muzik klasik, alam semula jadi atau runut bunyi ambien.

    Walaupun begitu, jika anda merasakan muzik mengganggu kerja, maka bekerja dalam senyap mungkin pilihan terbaik untuk anda.

    1. Pertimbangkan matlamat anda

    Luangkan sedikit masa untuk memikirkan matlamat jangka panjang dan jangka pendek anda. Kemudian rancang bagaimana untuk anda mencapainya.

    Tulis visi dan letak di tempat yang anda boleh melihatnya dengan kerap. Sebagai contoh, di atas meja kerja anda.

    Ini boleh membantu anda menggambarkan tahap kejayaan yang sedang anda usahakan dan mendorong anda untuk terus berada di landasan yang betul.

    ARTIKEL BERKAITAN: 8 tanda kritikal anda sudah terlebih bekerja

    1. Tetapkan rutin sebelum kerja

    Mempunyai rutin pra-kerja boleh membantu mempersiapkan fizikal dan mental anda untuk hari yang positif serta produktif.

    Luangkan 15 hingga 30 minit setiap hari pada waktu pagi untuk memulakan hari dengan sesuatu yang anda gemari seperti mendengar podcast atau membuat sarapan kegemaran.

    Cuba elakkan tergesa-gesa menjalani rutin pagi supaya anda tidak memulakan hari anda dengan tekanan.

    1. Ganjaran pencapaian

    Memberi ganjaran kepada pencapaian boleh membantu anda mengekalkan motivasi. Sebelum anda memulakan tugas yang mencabar, tentukan ganjaran kecil yang boleh diberikan kepada diri sebaik sahaja anda mencapainya. Contohnya, secawan kopi kegemaran.

    1. Renungkan hari anda

    Pada penghujung hari kerja anda, ambil masa untuk merenung tentang apa yang anda capai atau tidak capai pada hari itu.

    Anda boleh menulisnya di dalam jurnal atau membuat nota. Senaraikan tugasan yang anda capai dan perkara yang anda rancang untuk diperbaiki pada hari berikutnya.

    Ini boleh membantu anda memperbaiki kelemahan dan menjadi lebih produktif.

    –   RELEVAN

    Previous ArticleAlergi makanan boleh bawa maut, kenali punca dan gejala  
    Next Article 7 cara memperkuat ingatan 

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.