Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Serangan antibodi cederakan otak, ini simptom dan puncanya

    Serangan antibodi cederakan otak, ini simptom dan puncanya

    By December 6, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    AUTOIMMUNE Encephalitis (AE) sering tersalah diagnosis apabila pesakit hadir dengan simptom penyakit mental seperti halusinasi, paranoid, berkhayal serta perubahan personaliti atau tingkah laku.- Gambar hiasan/Andrea Piacquadio/Pexels

    BAGAIMANA kalau sistem pertahanan tubuh (antibodi) menyerang badan kita? Salah satu penyakit yang disebabkan oleh keadaan itu dikenali sebagai Autoimmune Encephalitis (AE).

    AE boleh didefinisikan sebagai kumpulan penyakit di mana sistem antibodi menyerang otak dan menyebabkan simptom progresif atau bertambah teruk dan boleh berlaku dalam pelbagai sub-jenis.

    Jika dibiarkan tidak dirawat, penyakit ini boleh menyebabkan kecederaan otak kekal dan dalam kes yang lebih teruk boleh menyebabkan kematian.

    Menurut Pakar Perunding Neurologi dan Pakar Perubatan Dalaman, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr. Ellie Kok Huey Tean, AE merupakan satu spektrum penyakit yang boleh menjejaskan fungsi kognitif individu dan seterusnya menyebabkan gangguan pertimbangan atau hilang kewarasan pesakit tersebut.

    “AE sering tersalah diagnosis apabila pesakit hadir dengan simptom penyakit mental seperti halusinasi, paranoid, berkhayal serta perubahan personaliti atau tingkah laku.

    “Oleh itu, AE kadangkala boleh dikelirukan dengan penyakit mental,” katanya.

    Jelas beliau, penyakit ini terjadi disebabkan oleh serangan antibodi badan dan boleh dialami oleh pesakit dari pelbagai lapisan umur tanpa menunjukkan sebarang kaitan dengan sejarah keluarga.

    Simptom dan punca

    Simptom AE merangkumi pelbagai gejala lain termasuk sakit kepala, perubahan personaliti dan tingkah laku, gangguan fungsi kognitif, sawan, gangguan pergerakan, dan halusinasi atau berkhayal.

    Terdapat pelbagai punca AE, antaranya terdedah kepada jangkitan virus tertentu seperti virus herpes simplex atau apabila pesakit mengalami kanser.

    Kajian menunjukkan bahawa AE kebanyakannya memberi kesan kepada individu seawal usia remaja hingga berumur 50 tahun. Wanita lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding lelaki.

    Ellie berkata, terdapat jenis-jenis AE spesifik yang mungkin menunjukkan kelaziman yang lebih tinggi untuk berlaku dalam kumpulan umur atau jantina tertentu.

    “Sebagai contoh, N-methyl-D-aspartate receptor (NMDAR) encephalitis lebih cenderung dialami oleh golongan remaja dan dewasa.

    “Selain itu, bagi NMDAR encephalitis, terdapat kecenderungan bagi penyakit ini berlaku dalam kalangan wanita muda, terutamanya bagi individu yang mempunyai tumor khususnya Teratoma Gonodal yang merupakan tumor yang terletak di dalam organ pembiakan.

    “Teratoma ovari adalah jenis tumor serius yang boleh menjejaskan sel-sel otak dan berkemungkinan membawa kematian kepada wanita muda,” jelasnya.

    Antibodi menyerang otak

    Bagi warga tua pula, terdapat jenis AE yang berbeza dan dikenali sebagai paraneoplastic encephalitis yang selalunya terjadi apabila seseorang warga emas itu menghidap kanser tersembunyi (kanser yang sebelum ini tidak diketahui pesakit).

    Sel kanser yang tidak normal ini boleh menyebabkan sistem imuniti tubuh menghasilkan antibodi khusus yang menyerang otak, lalu menyebabkan simptom AE berlaku sebelum simptom kanser dapat dilihat dengan ketara.

    “Apabila gejala neuropsikiatri berlaku kepada pesakit tua, pakar neurologi boleh mengenal pasti tumor kanser melalui ujian pengimejan.

    “Selalunya, tumor ini berasal dari paru-paru manakala untuk pesakit wanita, ia boleh berpunca daripada ovari atau payudara.

    “Oleh itu, pengesanan dan rawatan awal dapat meningkatkan peluang pesakit untuk sembuh sepenuhnya,” tutur Ellie.

    Ujian diagnostik dan proses pemulihan

    Pakar perubatan perlu mengikut kriteria khusus untuk mendiagnosis AE dan ini termasuklah membezakan simptom penyakit mental dan penyakit neurologi.

    Penilaian AE merangkumi menilai jika pesakit mengalami kehilangan ingatan jangka pendek (short-term memory loss) dan gejala pesakit mental yang lain dalam tempoh masa tiga bulan.

    Penilaian tambahan termasuk menilai jika pesakit ada mengalami gangguan pergerakan atau sawan. Untuk membantu pakar neurologi mendiagnosis penyakit ini, terdapat ujian khusus yang perlu dijalankan ke atas pesakit seperti ujian electroencephalogram (EEG), analisia cecair serebrospina serta pengimejan resonans magnetik (MRI) otak.

    Ellie turut menegaskan bahawa orang ramai perlu mendapatkan pendapat nasihat pakar neurologi jika mereka atau orang di sekeliling mengalami gejala pesakit mental secara akut (secara tiba-tiba).

    Rawatan untuk AE juga disasarkan untuk menghapuskan antibodi auto yang dikesan dalam badan dan rawatan imunoterapi ini akan diberikan melalui cecair IVIG, pertukaran plasma atau agen imunosupresi.

    Walaubagaimanapun, AE mungkin boleh berulang kembali dalam tempoh lima tahun bagi sebilangan pesakit. 

    Sehubungan itu, amatlah penting untuk pesakit menjalani rawatan susulan bagi mencegah atau mengesan sebarang kemungkinan untuk AE terjadi semula di dalam badan.- RELEVAN

    antibodi featured kanser otak
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.