Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

    8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

    By Zubaidah IbrahimNovember 28, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    WALAUPUN mempunyai pasangan sempurna yang cukup pakej di mata Masyarakat, tetapi ia bukan jaminan tidak akan berlaku curang.- Gambar hiasan/azerbaijanstockers/ Freepik

    PERKARA yang paling sakit dan menakutkan dalam sesebuah hubungan adalah curang! Musnah semua kebahagiaan dan kemanisan yang dibina apabila pasangan anda didapati curang.

    Kes curang ini tidak mengira status dan rupa paras. Meskipun sudah mempunyai pasangan sempurna yang cukup pakej di mata Masyarakat, tetapi ia bukan jaminan  tidak akan berlaku curang.

    Bahkan, isu curang ini bukanlah sesuatu yang baharu. Selagi bergelar manusia yang punya kemahuan dan nafsu, maka di situ akan berlakunya curang. Ada yang mengatakan ia adalah takdir.

    Pun begitu, kita dikurniakan akal untuk berfikir baik dan buruknya. Adakah kita sanggup menghancurkan istana yang lama terbina semata-mata mahu membina mahligai baharu?

    Sekiranya anda mengetahui pasangan berlaku curang apa yang anda akan buat?  Di sini Relevan kongsikan lapan tip untuk anda menghadapinya dengan tenang seperti disarankan di sheknows.

    1. Tarik nafas dan biarkan diri anda menangis atau menjerit

    Jangan pendam perasaan. Luangkan masa untuk melepaskan semuanya kemarahan, rasa sakit hati dan benci.

    Menurut ahli psikologi, ahli terapi seks dan perhubungan, Piper S. Grant, kebanyakan orang tidak memberi diri mereka ruang dan masa untuk seketika merasai emosi itu serta melepaskannya.

    “Jika anda perlu menangis, maka menangislah jangan ditahan rasa itu.

    “Ia menyakitkan, tetapi itu adalah bahagian penting untuk sembuh,” katanya.

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’

    1. Sokongan daripada kenalan rapat dan dipercayai

    Pada ketika ini anda memerlukan sokongan padu daripada mereka yang rapat dan dipercayai. Sokongan emosi ini penting supaya anda lebih kuat dan bersemangat menghadapinya.

    Bukan sahaja sokongan emosi, anda juga perlukan buah fikiran mereka untuk membuat keputusan selanjut.

    1. Cuba fahami mengapa atau bagaimana kecurangan itu berlaku

    Pastikan anda mendengar dan tidak membuat andaian.

    Pakar Seks dan Perhubungan, Bethany Ricciardi berkata, walaupun anda mungkin tidak mahu mendengar tentang butiran khusus, tetapi anda perlu cuba memahami sebab pasangan anda berlaku curang.

    Apabila berlakunya kes curang sudah pasti anda berasa teramat marah, tetapi cuba bertenang dan fahami mengapa ia terjadi. Gunakan kewarasan fikiran untuk berhadapan dengannya.

    1. Fahami ia bukan salah anda

    Ia adalah keputusan mereka untuk curang, maka anda tidak boleh meletakkan semua kesalahan itu atas diri anda sahaja.

    Tidak kira apa keadaannya, pasangan anda mempunyai komitmen terhadap anda.

    1. Nilai pilihan anda

    Mungkin sukar untuk membuat keputusan muktamad, tetapi anda perlu mula meletakkan arah tuju hubungan sama ada nak teruskan atau memutuskan.

    Jelas Ricciardi, pada peringkat ini, anda perlu memberi tumpuan kepada kemahiran mengatasi masalah.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 tip berhadapan dengan manusia narsistik

    1. Beri diri anda sekurang-kurangnya 24 jam sebelum membuat sebarang keputusan besar

    “Keputusan besar tidak boleh dibuat dalam masa yang singkat. Sekurang-kurangnya anda memerlukan masa 24 jam untuk membuat keputusan tersebut.

    “Kecurangan adalah masalah besar yang perlu diselesaikan dengan dua pilihan sama ada putuskan atau perbaiki semula hubungan tersebut,” kata Grant.

    1. Nilai semula hubungan

    Kenang kembali suka duka bersama pasangan suatu ketika dahulu. Adakah dia layak untuk dipertahankan atau sebaiknya melepaskan dia pergi.

    “Sekiranya anda boleh memaafkan kesalahan pasangan, maka anda perlu berbincang tentang cara terbaik untuk bergerak ke hadapan.

    “Jika tidak, anda perlu mulakan hidup baharu tanpa dia,”kata Pakar Perhubungan dan Pengasas Cupid’s Pulse, Lori Bizzoco.

    1. Elakkan media sosial

    Walaupun perasaan anda tersangat sakit, elakkan berkongsi segala kebencian itu di media sosial. Sebaiknya masalah peribadi itu disimpan rapat tanpa menyebarkannya kepada orang luar kerana jika ada campur tangan luar akan memburukkan lagi keadaan.

    “Jangan siarkan foto dengan tujuan untuk membuat pasangan anda cemburu atau kononnya anda baik-baik sahaja walaupun keadaan sebaliknya.

    “Simpan perkara peribadi itu untuk diri sendiri dan berikan diri anda sedikit masa untuk memproses segala-gala yang berlaku,” ujar Ricciardi.

    –   RELEVAN

    Previous Article5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama
    Next Article Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.