Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 gejala kekurangan vitamin B12, boleh kacau mood

    5 gejala kekurangan vitamin B12, boleh kacau mood

    By December 4, 2023Updated:December 4, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    VITAMIN B12 memainkan peranan penting dalam menghasilkan sel darah merah, asid deoksiribonukleik (DNA) dan memastikan sistem saraf berfungsi dengan betul.- Foto Jcomp/Freepik

    TUBUH kita memerlukan pelbagai vitamin untuk kekal sihat dan cergas. Salah satu vitamin penting ialah B12.

    Vitamin B12 juga dikenali sebagai kobalamin iaitu vitamin larut air yang penting kepada tubuh.

    Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, vitamin B12 memainkan peranan penting dalam menghasilkan sel darah merah, asid deoksiribonukleik (DNA) dan memastikan sistem saraf berfungsi dengan betul.

    “Vitamin ini secara semula jadinya boleh diperoleh daripada sumber makanan seperti daging, ikan, telur dan produk tenusu.

    “Bagaimanapun, masalah kekurangan vitamin B12 adalah perkara biasa terutama dalam kalangan warga emas.

    “Golongan muda juga berisiko mengalami masalah ini, sekiranya tidak mendapatkan khasiat vitamin itu yang mencukupi daripada diet pemakanan harian,” kata beliau menerusi perkongsian di Facebook miliknya.

    Tambahnya, gejala kekurangan vitamin B12 ini mengambil masa bertahun-tahun sebelum muncul dan usaha mendiagnosisnya boleh menjadi rumit.

    ARTIKEL BERKAITAN:  ‘Superbanana’ atasi kekurangan zat makanan dan vitamin

    Zubaidi kongsikan lima gejala kekurangan vitamin B12 sebagai panduan seperti berikut:

    1.   Pucat dan kulit kekuningan

    Individu yang mengalami kekurangan vitamin B12 sering kelihatan pucat atau sedikit kekuningan pada kulit dan mata putih.

    Keadaan ini terjadi kerana kekurangan vitamin B12 yang menyebabkan badan sukar untuk menghasilkan sel darah merah.

    Vitamin B12 memainkan peranan penting dalam penghasilan DNA yang diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah.

    1.   Keletihan dan lemah

    Ini adalah gejala biasa dialami individu yang kekurangan vitamin B12. Ia berlaku apabila tubuh tidak mempunyai vitamin B12 mencukupi untuk menghasilkan sel darah merah yang berperanan membawa oksigen ke seluruh badan.

    Warga emas yang mengalami anemia kerana kekurangan vitamin B12, sering disebabkan keadaan autoimun yang dikenali sebagai ‘pernisius anemia’.

    Individu dalam keadaan pernisius anemia ini, tidak dapat menghasilkan protein penting mencukupi dikenali faktor intrinsik.

    Faktor intrinsik adalah penting untuk mencegah kekurangan vitamin B12.

    1.   Perubahan mobiliti

    Masalah kekurangan vitamin B12 yang tidak dirawat boleh merosakkan sistem saraf, akhirnya menyebabkan perubahan pergerakan dan berjalan.

    Seterusnya menjejaskan keseimbangan badan dan menyebabkan individu cenderung jatuh semasa berdiri atau berjalan.

    Ia sering terjadi pada warga emas kerana mereka tidak merawat gejala kekurangan vitamin berkenaan.

    ARTIKEL BERKAITAN:  6 makanan ini ‘perisai’ kepada sinaran radiasi

    1.   Glositis dan ulser mulut

    Glositis ialah keradangan lidah yang boleh menyebabkan organ ini berubah bentuk dan warna selain membuatkan penghidapnya menanggung kesakitan.

    Ia juga boleh mengakibatkan individu mengalami perubahan cara makan dan bercakap.

    Sebilangan pesakit pula melalui pengalaman gejala kekurangan vitamin B12 yang berbeza iaitu bisul pada mulut dan merasakan lidah panas seperti terbakar.

    1.   Perubahan mood

    Individu yang kekurangan vitamin B12 sering dilaporkan mengalami perubahan mood.

    Tahap vitamin B12 yang rendah dikaitkan dengan gangguan mood dan otak seperti kemurungan serta dementia.

    Beberapa kajian menunjukkan individu tertentu yang kekurangan vitamin B12, jika mengambil makanan tambahan dapat mengurangkan gejala berkenaan. 

    –   RELEVAN

    B12 featured kesihatan saraf vitamin
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.