Zubaidah Ibrahim

SEBELUM ini Relevan kongsikan kepentingan magnesium kepada kesihatan keseluruhan kita. Baik dari segi fizikal dan mental Magnesium terlibat dalam beratus-ratus tindak balas kimia dalam badan dan membantu kita mengekalkan kesihatan yang baik, tetapi ramai orang tidak mencapai Nilai Harian (DV) sebanyak 420 miligram (mg) magnesium. Namun usah risau, kita boleh memenuhi keperluan harian dengan mudah dengan mengambil pemakanan yang tinggi kandungan magnesium. Sehubungan itu, berikut tujuh makanan sihat yang tinggi kandungan magnesium seperti disarankan di healthline. Coklat gelap Coklat gelap sangat kaya dengan magnesium, dengan 65 miligram (mg) dalam hidangan atau 28 gram (g) iaitu kira-kira 15 peratus (%) daripada…

Read More

MAGNESIUM adalah mineral utama yang digunakan oleh tubuh untuk menyokong fungsi kesihatan. Ia juga mineral keempat paling banyak dalam badan anda. Tahap magnesium yang rendah telah dikaitkan dengan kesan negatif kesihatan termasuk kelemahan, kemurungan, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Sehubungan itu, pada kali ini Relevan mengulas fungsi magnesium yang sangat penting untuk kesihatan fizikal dan mental seperti dikongsikan di healthlin. Mengekalkan fungsi otak yang sihat Magnesium memainkan peranan penting dalam menyampaikan isyarat antara otak dan badan anda. Ia bertindak sebagai penjaga pintu untuk reseptor N-methyl-D-aspartate (NMDA) yang terdapat pada sel saraf anda dan membantu perkembangan otak, ingatan dan pembelajaran.…

Read More

PEMAIN utama dalam ekosistem bakat di Malaysia iaitu Talentbank telah menganjurkan Anugerah Pilihan Graduan (GCA) ke-6 baru-baru ini. Acara itu diserikan oleh tokoh terkemuka dari pelbagai universiti dan institusi di Malaysia bagi memberi penghormatan kepada majikan terbaik di negara ini. Seramai 30 naib canselor telah hadir ke majlis tersebut di mana mereka memainkan peranan aktif dalam mengiktiraf majikan yang terbaik. Untuk tahun yang ke-6 berturut-turut, GCA telah diangkat sebagai anugerah penjenamaan majikan graduan paling berwibawa di rantau Asia Pasifik. Tahun ini, GCA berjaya memecah rekod setelah mencatatkan 464,220 undian terkumpul daripada pelajar universiti yang menandakan penyertaan tertinggi sejak anugerah itu…

Read More

MALAYSIA kini sedang menghadapi peningkatan kes Covid-19 yang mendadak iaitu sebanyak 20,696 kes baharu dicatatkan, meningkat sebanyak 62.2 peratus berbanding jumlah kes yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME 49/2023). Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad, Covid-19 di Malaysia masih lagi terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada. “Oleh itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak perlu dilaksanakan buat masa ini. “Kami juga sudah bersiap siaga dengan lima strategi utama untuk berdepan lonjakan kes Covid-19,” katanya pada sidang media khas berhubung Covid-19 di Putrajaya hari ini. Lima strategi utama Pelan Pengurusan Covid-19 adalah seperti berikut: Strategi 1: Pengesanan awal…

Read More

MENIKMATI air manis berlebihan dan tidak suka minum air putih menyebabkan seorang wanita berusia 20 tahun di Taiwan terpaksa dibedah untuk mengeluarkan 300 batu karang dari buah pinggang kanannya. Wanita yang dikenali sebagai Xiao Yu itu dimasukkan ke Hospital Chi Mei, Tainan awal bulan ini, selepas mengadu sakit teruk di bahagian bawah punggungnya. Dia juga mengalami demam dan ujian darah menunjukkan jumlah sel darah putih yang luar biasa tinggi. Doktor melakukan imbasan ultrasound dan mendapati buah pinggang kanannya penuh dengan cecair dan hampir penuh dengan batu karang. Langkah pertama yang dilakukan ialah dengan memberikannya antibiotik, kemudian mengalirkan cecair dari buah…

Read More

SUDAH berapa banyak anda berjaya menyimpan sepanjang tahun 2023? Jika berjaya mencapai target simpanan, tahniah diucapkan. Kepada yang tidak berjaya, jangan risau anda boleh teruskan untuk tahun 2024. Jadikan pengalaman lepas sebagai pengajaran untuk menjadi lebih celik kewangan dan tanam azam pada tahun baharu. Anda pasti berjaya menyimpan sejumlah wang seperti yang diimpikan. Sebagai panduan menguruskan wang dan membuat simpanan, Relevan kongsikan empat langkah mudah ini, jika dibuat bersunguh-sungguh anda pasti berjaya! 1. Belanjawan Tiada cara lain untuk menguruskan kewangan selain menyediakan belanjawan. Ini sangat penting sebagai panduan kepada anda dan dari situ anda boleh melihat hala tuju kewangan. Dengan…

Read More

PELAJAR tingkatan 4 dan 5, khususnya Bumiputera berpeluang mengikuti pembelajaran bersama TYMBA yang merangkumi Cabaran Kuiz Perakaunan Kebangsaan-nya (NAQC). Pusat Kecemerlangan Perakaunan Profesional Global itu memberi peluang kepada para pelajar untuk mempamerkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan perakaunan serta berpeluang memenangi biasiswa perakaunan yang eksklusif. NAQC amat diperlukan memandangkan tekanan kawal selia yang kian meningkat dan masalah pengambilan pekerja telah mengakibatkan kekurangan akauntan profesional dalam negara. Sejajar dengan objektif Ekonomi MADANI untuk memacu negara ke arah status berpendapatan tinggi, inisiatif ini memainkan peranan penting dalam mencapai sasaran 60,000 Akauntan Bertauliah menjelang 2030 memandangkan ekonomi Malaysia memerlukan lebih ramai akauntan bertauliah…

Read More

TAUGE enak dihidangkan dalam pelbagai cara sama ada digoreng, dijadikan ulam mahupun diletakkan di dalam sup. Ia banyak di jual di kedai dan harga juga tidak terlalu mahal, tetapi khasiatnya sangat super! Walaupun mempunyai khasiat yang luar biasa, tidak semua orang gemar makan tauge sehingga ada yang sanggup mengasingkan satu persatu supaya tidak bercampur dengan makanan. Teruskan membaca kerana anda pasti tidak akan menolak tauge selepas ini. Tidak perlu sayur mahal atau suplemen mahal yang penting anda bijak memilih pemakanan sihat tanpa kos tinggi. Berikut Relevan kongsikan lima manfaat tauge untuk kesihatan menurut WebMD: Sokongan tekanan darah Tauge boleh membantu…

Read More

KEHIDUPAN wanita pada hari ini bukan sahaja menggalas tanggungjawab di rumah tetapi juga sebagai wanita bekerjaya dan turut memegang peranan penting dalam institusi kemasyarakatan lantas mereka perlu berada dalam keadaan sihat, tenang, bertenaga dan gembira. Namun, gangguan hormon merupakan musuh utama kepada wanita kerana ia mengganggu keseluruhan kehidupan baik dari segi emosi, kesejahteraan dan kesihatan. Wanita mempunyai banyak suis hormon berbanding lelaki yang hanya satu sahaja gangguan hormon iaitu testosteron. Maka, wanita lebih kompleks tetapi unik dan istimewa dengan cara mereka tersendiri. Menurut Doktor Hormon, Dr. Linda Mat Hassin, dalam tubuh manusia terdapat lebih 50 jenis hormon dan ia perlu…

Read More

PROGRAM Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) melalui Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) telah memberi impak positif dalam kehidupan sekumpulan golongan muda B40 yang menyertai INTAN usahawan tani di bawah kendalian Universiti Putra Malaysia (UPM). Para peserta yang menyertai latihan Program Kecemerlangan Industri Pertanian selama setahun di UPM telah didedahkan dengan kemahiran pertanian moden dari segi teori dan juga praktikal. Salah seorang peserta, Nur Razam Hamid, 25, berkata, peluang yang ditawarkan ini tidak disia-siakan olehnya kerana bidang pertanian sangat meluas dan memerlukan latihan profesional dengan bantuan infrastruktur pertanian yang sukar untuk diperolehi. “Sejak dari zaman sekolah lagi saya berminat dalam bidang pertanian kerana…

Read More