Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » KKM perkenal lima strategi tangani kes Covid-19

    KKM perkenal lima strategi tangani kes Covid-19

    By December 18, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KES Covid-19 meningkat sebanyak 20,696 kes pada Minggu Epidemiologi ke-50.- Gambar hiasan/ Shiddieqiin Zon

    MALAYSIA kini sedang menghadapi peningkatan kes Covid-19 yang mendadak iaitu sebanyak 20,696 kes baharu dicatatkan, meningkat sebanyak 62.2 peratus berbanding jumlah kes yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME 49/2023).

    Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad, Covid-19 di Malaysia masih lagi terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.

    “Oleh itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak perlu dilaksanakan buat masa ini.

    “Kami juga sudah bersiap siaga dengan lima strategi utama untuk berdepan lonjakan kes Covid-19,” katanya pada sidang media khas berhubung Covid-19 di Putrajaya hari ini.

    Lima strategi utama Pelan Pengurusan Covid-19 adalah seperti berikut:

    • Strategi 1: Pengesanan awal kes Covid-19 dan varian SARS-CoV-2.
    • Strategi 2: Pemerkasaan komuniti melalui amalan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform dan Seek).
    • Strategi 3: Pemantauan fasiliti kesihatan, pengurusan dan kawalan kes Covid-19 terutamanya untuk melindungi golongan berisiko tinggi.
    • Strategi 4: Pemerkasaan komuniti melalui komunikasi risiko yang berkesan.
    • Strategi 5: Pendigitalan sistem kesihatan dalam pengurusan pandemik melalui aplikasi MySejahtera.

    Di samping melaksanakan strategi di atas, Kementerian Kesihatan juga menyarankan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

    • Elakkan 3S: Elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat.
    • Amalkan 3W: Wash, Wear dan Warn.
    • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka adalah amat digalakkan.
    • Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi.
    • Bagi yang bergejala, digalakkan melakukan penilaian kendiri tahap kesihatan serta dinasihatkan agar tidak hadir ke mana-mana kawasan yang sesak dan menjadi tumpuan ramai.
    • Segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk.
    • Menggalakkan pengambilan vaksin Covid-19 dos tambahan terutama kepada golongan yang berisiko tinggi.
    • Mendapatkan rawatan antiviral Paxlovid di Klinik Kesihatan atau pengamal perubatan swasta terdekat bagi individu positif Covid-19 dan berisiko tinggi.

    –   RELEVAN

    covid-19 featured kes kesihatan KKM
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.