Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hormon ganggu emosi wanita, ini penjelasan pakar dan cara atasinya

    Hormon ganggu emosi wanita, ini penjelasan pakar dan cara atasinya

    By Zubaidah IbrahimDecember 8, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    GANGGUAN hormon merupakan musuh utama kepada wanita kerana ia mengganggu keseluruhan kehidupan baik dari segi emosi, kesejahteraan dan kesihatan.- Gambar hiasan/Liza Summer/Pexels

    KEHIDUPAN wanita pada hari ini bukan sahaja menggalas tanggungjawab di rumah tetapi juga sebagai wanita bekerjaya dan turut memegang peranan penting dalam institusi kemasyarakatan lantas mereka perlu berada dalam keadaan sihat, tenang, bertenaga dan gembira.

    Namun, gangguan hormon merupakan musuh utama kepada wanita kerana ia mengganggu keseluruhan kehidupan baik dari segi emosi, kesejahteraan dan kesihatan.

    Wanita mempunyai banyak suis hormon berbanding lelaki yang hanya satu sahaja gangguan hormon iaitu testosteron. Maka, wanita lebih kompleks tetapi unik dan istimewa dengan cara mereka tersendiri.

    Menurut Doktor Hormon, Dr. Linda Mat Hassin, dalam tubuh manusia terdapat lebih 50 jenis hormon dan ia perlu dioptimumkan (tidak terlebih ataupun terkurang).

    DR. LINDA

    “Wanita lebih banyak terdedah kepada stres berbanding lelaki kerana gangguan hormon yang banyak.

    “Oleh itu, hormon wanita perlu seimbang (optimum) supaya kesihatan mental, fizikal dan kesejahteraan secara keseluruhan berada dalam keadaan baik.

    “Apabila hormon wanita seimbang, maka mereka boleh membuat keputusan yang penting dengan tenang tanpa rasa takut,” kata Pengasas Skyhill Clinic.

    Tambahnya, wanita sekarang memegang peranan yang besar dalam bidang pekerjaan, maka gangguan hormon perlu diberi perhatian agar tidak mudah emosi, cepat marah dan menimbulkan pelbagai masalah kepada staf di bawahnya.

    Terang beliau, wanita bekerjaya perlu optimumkan dua hormon iaitu estrogen dan progesterone supaya emosi stabil, tidak mudah stress dan lebih fokus dalam kerja.

    “Sebagai contoh, progesteron membantu wanita untuk membuat keputusan yang bijak dan tenang sama ada urusan di pejabat mahupun di rumah.

    “Hormon yang optimum juga membantu wanita tidak cepat letih meskipun melakukan pelbagai tugasan di rumah dan pejabat,” ujar ibu kepada dua orang cahaya mata itu

    Lebih membimbangkan, apabila berumur 30 tahun ke atas hormon akan menurun (menjunam) dan wanita lebih cepat mengalami krisis hormon itu berbanding lelaki.

    Sehubungan itu, Dr. Linda menyarankan wanita yang mengalami simptom gangguan hormon agar membuat pemeriksaan di klinik yang menyediakan perubatan hormon.

    “Pesakit akan menjalani dua jenis ujian lazim iaitu pengambilan darah ataupun rambut bagi mengenal pasti gangguan hormon.

    “Berdasarkan keputusan ujian darah itu, doktor akan memberikan pil dan krim yang diformulasikan khas untuk merawat gangguan hormon tersebut yang dikenali sebagai Bioidentical hormone therapy (BHRT) dan setiap orang tidak sama.

    “Di Malaysia bidang ini masih baharu dan masyarakat belum membuka mata akan kepentingan rawatan hormon berbanding perubatan konvensional,” kata Ikon Wanita Pulau Pinang itu.

    Dalam pada itu, Dr. Linda turut kongsikan lima tip untuk seimbangkan hormon wanita seperti berikut:

    1.   Diet

    Amalkan pemakanan yang baik dan sihat kerana perut adalah rumah penyakit. Oleh itu, pastikan apa yang kita makan adalah berkhasiat untuk tubuh badan.

    Sebagai contoh, ambil makanan yang mengandungi lemak baik seperti santan, avokado dan omega-3. Ia sangat baik untuk membantu seimbangkan hormon wanita.

    1. Perhubungan

    Jaga perhubungan yang baik sesama manusia dan juga pencipta. Perkara ini banyak disarankan oleh pakar motivasi dan para doktor kerana sudah ada kajian mengenainya.

    1. Senaman

    Jangan abaikan senaman walaupun melakukan pergerakan ringan kerana ia sangat baik untuk kesihatan fizikal dan mental. Malah, ada kajian mendapati berjalan 10 minit boleh memanjangkan umur.

    1. Tidur

    Pastikan anda mendapatkan tidur yang secukupnya dan paling lewat tidur ialah pada pukul 12 tengah malam.

    Hormon awet muda  atau human growth hormone (HGH) dirembeskan pada pukul 12 tengah malam hingga 1 pagi.

    1. Senyum dan syukur

    Kawalan stres sangat penting untuk hidup yang lebih tenang dan bahagia. Oleh itu, dikongsikan dua S yang boleh kita praktikkan iaitu senyum dan syukur.

    Tahukah anda, ketika senyum kita merembeskan empat hormon gembira? Iaitu oxytocin, dopamine, serotonin dan endorphin.

    Empat hormon gembira ini penting untuk memastikan wanita kekal sihat dan ceria.

    Seterusnya, jangan lupa bersyukur. Kajian daripada Dr. Joe Dispenza mendapati apabila kita menghadirkan syukur akan menggantikan rasa takut dalam hidup.

    Islam juga mengajar kita untuk sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan nikmat.- RELEVAN

    Previous Article5 tip untuk lebih yakin di tempat kerja
    Next Article Kadar pengangguran kekal 3.4%, bilangan penganggur berkurang pada Oktober

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.