KU SYAFIQ KU FOZI

PADA 8 Julai lalu, Universiti Alternatif yang dibangunkan khas untuk anak-anak tanpa dokumen di Sabah dilancarkan. Artikel ini mungkin terlewat tapi tetap penting untuk diterbitkan. Ini borak saya dengan Mukmin Nantang, lebih sebulan sebelum pelancaran Universiti Alternatif. Dalam borak kami, Mukmin menjelaskan idea dan falsafah di sebalik penubuhan Universiti Alternatif. RELEVAN: Dalam Sekolah Alternatif, apa silibus yang diguna? Kalau boleh jelaskan falsafah atau mungkin rujukan. Ada sesiapa rujukan yang diambil? MUKMIN NANTANG: Sebenarnya, kami ada konsep. Konsep sekolah kami ialah improvisasi. Ini ilham dari teater? Ya, betul. Sebab kami pun ramai dari latar teater. Waktu kami datang buat sekolah awal-awal,…

Read More

JENAMA Reda Coffee sinonim dengan Shah Alam. Cawangan sulungnya itu cepat popular bukan saja dalam kalangan penggemar kopi, malah peminat muzik dan sastera. Pemiliknya, Mosyuki Borhan memang dikenali dalam ranah sastera negara, khususnya lapangan sastera mandiri. Dia menerajui rumah penerbitan Rumah Ripta selain membina nama sebagai penyajak dan pendeklamasi. Kelibatnya juga ada dalam lapangan muzik. Selain menguruskan kugiran pop alternatif, Lab The Rat, Mosyuki juga terlibat dalam beberapa projek muzik, termasuk sebagai artis undangan dalam lagu kemacahya oleh motherwit dan menulis lirik lagu Rasa Yang Hilang dendangan Heidi Moru. Penglibatan Mosyuki dalam pelbagai lapangan memudahkan Reda Coffee terbentuk menjadi jenama…

Read More

USIA bumi sudah mencecah berbilion tahun. Awal wujudnya, bumi bersendirian tanpa makhluk hidup. Permukaannya panas. Gunung berapi meletus di sana-sini. Selepas ratusan ribu tahun, barulah bulan datang meneman. Bumi mula menyejuk dan jadi sesuai untuk hidupan.  Berbilion tahun bumi menjadi ibu yang menghampar tubuhnya untuk pelbagai jenis makhluk membina kehidupan. Bulan memandang dari jauh, melihat bumi semakin menghijau dan membiru. Manusia sudah lama mendiami bumi tapi, seperti yang diamarankan para malaikat ketika penciptaan Adam, banyak kerosakan pada bumi yang dibuat manusia. Lebih 200 tahun lalu, manusia kenal industri dan merevolusikan industri. Revolusinya berlanjutan sehingga sekarang, hampir memasuki revolusi kelima. Revolusi…

Read More

PADA 25 Jun 2024, tersiar berita yang pihak polis akan memanggil Mukmin Nantang untuk disoal siasat di bawah Akta Hasutan. Ia berikutan ‘hasutan’ Mukmin supaya masyarakat, kerajaan dan negara memberi lebih keadilan kepada Masyarakat Adat Laut di Semporna yang dirobohkan rumahnya. Ini berlaku tak sampai seminggu selepas Cikgu Syahfeeq Rondin dan lapan pelajar Sekolah Alternatif dilepaskan dari reman.  Belum sempat orang kenal wajah Mukmin dengan imej botak – sebab dia bernazar mahu potong rambut kalau pelajarnya dibebaskan – dia sudah ditimpa cabaran baharu. Dia ditahan tak lama, tak sampai dua jam tapi tetaplah sedih melihat orang yang memperjuangkan keadilan ditahan…

Read More

“KENAPA, Fiq?” Macam dah kenal lama. Sedangkan itu baru kali kedua saya ke klinik tersebut. Saya juga pasti, tidak ada apa-apa peristiwa unik berlaku ketika pertama kali saya datang, membuatkan doktor itu ingat pada saya. Berbekalkan maklumat bahawa nama saya Syafiq, dia menegur dengan sangat ramah. Membuatkan saya mendadak selesa untuk duduk dan membuka sejarah kesihatan sendiri. Saya mengadu sakit kepala. Migrain yang mencucuk di kranium kanan dan sensasi tegang di tengkuk, juga sebelah kanan. Doktor itu mengemas sfigmomanometer sebelum dipasang pada lengan kanan saya. Ketika itu juga dia tanya, “biasa tidur pukul berapa?” Saya sudah bertekad untuk berlaku jujur…

Read More

KEBETULAN Mukmin Nantang ada program di Universiti Malaya. Ketika itu, saya sudah ada nama lain yang ingin diwawancara untuk Ikon Pendidikan Relevan tapi peluang yang jarang sampai sebegitu tak boleh dilepas. Kami atur pertemuan dan syukur, dia ada masa untuk diluang bersama Relevan. Mukmin datang dengan baju Bucksore Squad. Mungkin sebuah kolektif, atau jenama baju yang mendanai kolektif – saya tak pasti. Tapi gambarnya keras. Tiga lelaki dengan imej punk, rock, malah ada simbol anarki pada baju salah satu kutu itu. “Mantap!” saya bisik dalam hati sebab memang saya mahu Mukmin datang dengan imejnya yang paling mentah. Tak perlu pakai…

Read More

SUSUR galur Borneo Komrad sebagai sebuah pertubuhan boleh dijejak sehingga tahun awal Mukmin Nantang di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Ketika semangatnya menyala-nyala mahu berorganisasi, Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA) UMS menjadi perumah pertama. Sebab itu, gerakan yang dibuat Borneo Komrad ada darah seni yang pekat. Paling jelas, konsep pendidikan yang diterapkan dalam Sekolah Alternatif. “Konsep sekolah kami ialah improvisasi. Ilhamnya dari seni teater sebab kami pun ramai yang datang dari latar belakang teater. “Apabila datang buat sekolah awalnya, kami tiada konsep atau falsafah pendidikan. Kami datang mahu ajar ABC, itu saja. Awalnya begitu. “Tapi bila dah buka sekolah beberapa tahun, saya…

Read More

TEMU bual dan sesi fotografi saya bersama Mukmin Nantang berlangsung pada 24 Mei. Siaran ini terpaksa ditangguh untuk memberi laluan kepada kandungan mustahak lain. Cuma yang ingin diberitahu, dalam tempoh 24 Mei itu sehingga artikel ini ditulis, banyak hal berat yang dilalui Mukmin.  Awal Jun, rumah Masyarakat Adat Laut di Semporna, Sabah diroboh dan dibakar. Mukmin bersama pasukannya dari Borneo Komrad turun untuk mengumpul fakta, malah memberi sokongan mental dan fizikal kepada komuniti yang terkesan. Bertebaran juga video Mukmin bercakap di depan komuniti Bajau Laut tentang pentingnya untuk mereka melawan penindasan yang berlaku. Kata-kata membekasnya tentang penindasan – yang dahulu…

Read More

KETIBAAN Hari Raya Aidiladha membawa kita mendalami makna pengorbanan dan ketaatan kepada perintah Allah. Sebagaimana taat dan redanya Nabi Ibrahim menjunjung perintah untuk menyembelih anak baginda, Nabi Ismail yang akhirnya diganti kibas, begitulah kita, para hamba Allah, harus menanam rasa taat dan reda terhadap ketentuan-Nya. Selain makna yang mendalam, Aidiladha turut menuntut ibadah-ibadah khusus. Orang ramai kadang kala terkeliru dengan pelaksanaan ibadah tersebut, terutamanya apabila melibatkan situasi yang spesifik. Oleh itu, merujuk Irsyad Hukum Edisi Haji dan Korban oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Relevan cuba merungkai beberapa kekeliruan yang ada. Hukum menyembelih binatang korban pada waktu malam Amalan lazim, ibadah korban dijalankan…

Read More

DUA pelajar SMK Seksyen 24 (2), Shah Alam berjaya menghasilkan lukisan mural yang dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Utama Minda Sihat, Cergas Fizikal Bersama QuickBites 2024. Sharvin Naidu, 16, dan Puteri Nur Alyaa’ Qaisarah Abdul Rahman, 16, menyiapkan mural tersebut dengan bantuan rakan dan guru sekolahnya selama sembilan hari. Alyaa’ Qaisarah berkata, penghasilan mural tersebut memakan banyak tenaga dan masa mereka tetapi hasil akhirnya berbaloi. “Idea mural itu cikgu yang beri dan kami melukisnya. Kebanyakan lukisan dibuat oleh saya dan Sharvin, kawan-kawan lain ada bantu (serba sedikit). “Idea awalnya ada lori dan sebagainya tapi ada penambahan idea dan akhirnya kami cuba…

Read More