Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Dari sekolah menjadi Universiti Alternatif

    Dari sekolah menjadi Universiti Alternatif

    By June 22, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MUKMIN NANTANG

    SUSUR galur Borneo Komrad sebagai sebuah pertubuhan boleh dijejak sehingga tahun awal Mukmin Nantang di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

    Ketika semangatnya menyala-nyala mahu berorganisasi, Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA) UMS menjadi perumah pertama.

    Sebab itu, gerakan yang dibuat Borneo Komrad ada darah seni yang pekat. Paling jelas, konsep pendidikan yang diterapkan dalam Sekolah Alternatif.

    “Konsep sekolah kami ialah improvisasi. Ilhamnya dari seni teater sebab kami pun ramai yang datang dari latar belakang teater.

    “Apabila datang buat sekolah awalnya, kami tiada konsep atau falsafah pendidikan. Kami datang mahu ajar ABC, itu saja. Awalnya begitu.

    “Tapi bila dah buka sekolah beberapa tahun, saya mula meneliti kawan-kawan dalam lapangan ini. Apa yang mereka buat? Apa yang kita bangunkan sebenarnya?

    “Kami tidak ada idea untuk bangunkan modul sebab kami percaya, setiap tempat harus berbeza modulnya. Cuma kami ada konsep, iaitu improvisasi.

    “Dalam improvisasi, kami percaya bahawa bentuk pendidikan itu tidak selari. Bukan satu hala. Dia boleh jadi spontan, dua hala – dia boleh jadi bermacam-macam cara,” jelasnya.

    Alat perubahan bangsa

    Bagi Mukmin, pendidikan tidak boleh kaku. Mengambil ilham dari pementasan teater, mereka tahu tujuan akhir tapi sepanjang pementasan, mungkin berlaku masalah teknikal yang memerlukan mereka untuk mengimprovisasi.

    Ini tidak cocok dengan sistem pendidikan perdana yang mengutamakan silibus. Walau apa yang terjadi, silibus perlu dihabiskan. Di Sekolah Alternatif, keutamaannya ialah ruang yang selamat untuk kanak-kanak belajar.

    Sekolah Alternatif dibuka bukan dengan semangat pendidikan kebajikan yang diromantiskan – bukan tentang keseronokan mengajar, sukakan kanak-kanak, kasihankan golongan terpinggir atau motivasi-motivasi muluk lain.

    DI Sekolah Alternatif, pelajar yang sudah menguasai kemahiran asas akan mengajar pelajar yang di tahap awal pembelajaran. – GAMBAR FACEBOOK SEKOLAH ALTERNATIF

    “Kami datang untuk melawan,” tegas Mukmin. “Kami nak tunjukkan yang sekolah boleh dibangunkan oleh anak muda dan mahasiswa tanpa bantuan kerajaan. Yang sebenarnya, kalau kerajaan buat, boleh jadi lebih bagus.

    “Kalau mahasiswa boleh ajar ratusan kanak-kanak membaca dan menulis, kenapa kerajaan tak boleh buat?”

    Data tentang ratusan ribu pelajar sekolah kebangsaan tidak mahir membaca melintas dalam kepala.

    “Kalau isunya tentang bajet, kenapa mahasiswa boleh buat?”

    Carta pai belanjawan negara yang bahagiannya terbesarnya selalu dalam sektor pendidikan menyusup dalam fikiran.

    “Jiwanya adalah untuk pembebasan. Sebab itu kami selalu sebut, pendidikan ialah alat perubahan bangsa,” kata Mukmin.

    Dari sekolah jadi universiti

    Dengan segala konsep dan falsafah pendidikan radikal yang dipegang, Sekolah Alternatif bukan sekadar mengajar kemahiran membaca, menulis dan mengira. Mereka tambah satu lagi M yang maha mustahak pada 3M, iaitu kemahiran manusiawi.

    Para pelajar, tanpa mengira umur, akan dirai dalam majlis konvokesyen jika berjaya menguasai kemahiran asas, iaitu menulis, membaca dan mengira. Setakat ini, sudah tiga majlis konvokesyen diadakan.

    Namun, ada yang tidak mahu meninggalkan sekolah selepas konvokesyen. Jadi, mereka direkrut dalam kelas lanjutan dan diajar, apa yang disebut Sekolah Alternatif sebagai pengukuhan literasi.

    “Bukan sekadar boleh membaca dan menulis ayat pendek, kami mahu mereka boleh berlakon, menulis artikel, menulis skrip teater sendiri, menulis lagu.

    “Itu pengukuhan literasi bagi kami. Dia boleh baca dan bedah karya sastera. Dia tonton filem, boleh bedah filem.

    “Pelajar kami ada yang berusia 17 hingga 21 tahun. Mereka masih mahu belajar. Sebab itu, Julai ini, kami akan lancarkan Universiti Alternatif,” kongsi Mukmin, mendedahkan visi besar Borneo Komrad dalam cabang pendidikan mereka.

    Belajar untuk komuniti

    Idea penubuhan universiti tersebut bermula dengan sangat asas. Pelajar-pelajar yang sudah bergraduat dari Sekolah Alternatif – yang masih mahu terus belajar – diajak berbincang tentang maksud universiti dari mata mereka.

    Mukmin dan guru-guru alternatif menyediakan 20 soalan untuk dibincangkan bersama. Semuanya untuk memerah idea daripada pelajar sendiri berkenaan konsep, tujuan dan bentuk universiti yang mahu dibangunkan.

    “Kami dah susun semua idea-idea itu. Julai ini kami akan lancarkan Universiti Alternatif. Fokusnya adalah untuk mereka boleh mendalami ilmu yang lebih luas.

    “Mereka boleh tahu sejarah sendiri, sejarah Bajau Laut. Sejarah hak komuniti mereka. Mereka mahu belajar banyak, tentang politik, undang-undang, bahasa, alam marin, hutan.

    “Universiti ini tidak ada birokrasi sangat tapi lebih kepada nilai universiti sebagai sebuah gedung ilmu. Tempat kita meneroka ilmu yang lebih luas. (Supaya) nanti mereka boleh bangunkan kajian-kajian tentang etnik mereka sendiri, komuniti mereka,” kata Mukmin. – RELEVAN

    Borneo Komrad featured Ikon Relevan pendidikan SABAH sekolah alternatif universiti alternatif
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.