Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pelajar 16 tahun hasilkan mural terbaik untuk Gardenia QuickBites

    Pelajar 16 tahun hasilkan mural terbaik untuk Gardenia QuickBites

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 13, 2024Updated:June 14, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SHARVIN (kiri) dan Alyaa' Qaisarah (tengah) memegang cek olok hasil kejayaan mereka memenangi Hadiah Utama. - GAMBAR RELEVAN/KU SYAFIQ KU FOZI

    DUA pelajar SMK Seksyen 24 (2), Shah Alam berjaya menghasilkan lukisan mural yang dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Utama Minda Sihat, Cergas Fizikal Bersama QuickBites 2024.

    Sharvin Naidu, 16, dan Puteri Nur Alyaa’ Qaisarah Abdul Rahman, 16, menyiapkan mural tersebut dengan bantuan rakan dan guru sekolahnya selama sembilan hari.

    Alyaa’ Qaisarah berkata, penghasilan mural tersebut memakan banyak tenaga dan masa mereka tetapi hasil akhirnya berbaloi.

    “Idea mural itu cikgu yang beri dan kami melukisnya. Kebanyakan lukisan dibuat oleh saya dan Sharvin, kawan-kawan lain ada bantu (serba sedikit).

    “Idea awalnya ada lori dan sebagainya tapi ada penambahan idea dan akhirnya kami cuba buat apa yang kami boleh,” katanya ketika ditemui dalam majlis Penyampaian Anugerah QuickBites 2024 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur pada 13 Jun.

    SMK Seksyen 24 (2) merangkul hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM5,000 dan sijil penghargaan, menumpaskan SMK Bukit Kepayang, Negeri Sembilan di tempat pertama yang membawa pulang RM3,000 berserta sijil penghargaan.

    MURAL yang dilukis Sharvin, Alyaa’ Qaisarah dan rakan-rakan mereka. – GAMBAR IHSAN GARDENIA

    Empat lagi sekolah yang mendapat tempat ialah SMK Seremban 2, Negeri Sembilan (tempat kedua); SMK Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur (tempat ketiga) serta dua pemenang saguhati, SMK Bandar Puncak Jalil, Selangor dan SMJK Ave Maria Convent, Perak.

    Pertandingan mural tersebut melibatkan lebih 120 buah sekolah dari seluruh Semenanjung Malaysia.

    Pertandingan itu juga membolehkan Gardenia QuickBites menerima pengiktirafan Mural Dinding Terbanyak dalam Satu Kempen Penjenamaan dari The Malaysia Book of Records.

    Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan, Azman Mashuri serta Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Lavinia Anthony.

    Azman dalam ucapannya berkata, pertandingan mural tersebut dapat mendorong murid dan guru sekolah untuk menyerlahkan kreativiti dan bakat mereka di samping memberi tumpuan kepada gaya hidup sihat mental dan fizikal.

    “Ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan, seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, (iaitu) untuk melahirkan generasi holistik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,” katanya.

    LAVINIA (dua dari kiri) dan Azman (tengah) menyampaikan hadiah kepada SMK Seksyen 24 (2). – GAMBAR RELEVAN/KU SYAFIQ KU FOZI

    Jelas Lavinia pula, matlamat program tersebut adalah untuk memperkasakan bakal pemimpin menerusi aktiviti pembudayaan gaya hidup sihat yang merangkumi aspek kesihatan mental dan fizikal secara holistik.

    Kata beliau, QuickBites berharap agar program tersebut dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid sekolah tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dalam kehidupan seharian.

    “Komponen utama program ini merangkumi pertandingan mural antara lebih 120 buah sekolah yang boleh digunakan sebagai saluran untuk murid melepaskan tekanan. 

    “Pada zaman ini, ramai murid yang begitu tertekan untuk meraih keputusan yang cemerlang,” katanya.

    Pertandingan mural tersebut berlangsung selama tiga bulan, bermula Februari hingga Mei lalu.

    Dalam pertandingan tersebut, sekolah yang mengambil bahagian perlu memilih kawasan yang sesuai dan melukis mural tersebut secara berkumpulan dengan pemantauan guru. – RELEVAN

    Previous ArticleTampalan tekak inovatif, bantu bercakap tanpa pita suara
    Next Article Apakah hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri?

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.