Facebook Twitter
    Trending
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    • Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini
    • Kenali punca mata kering
    • Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas
    • Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian
    • Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026

      Kenali punca mata kering

      June 2, 2026

      ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

      May 28, 2026

      Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

      May 27, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026
    • Kerjaya

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bagaimana dengan senyap, darah tinggi merosakkan buah pinggang

    Bagaimana dengan senyap, darah tinggi merosakkan buah pinggang

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 28, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SELALULAH periksa tekanan darah anda. - GAMBAR HIASAN/MUFID MAJNUN (Unsplash)

    “KENAPA, Fiq?”

    Macam dah kenal lama. Sedangkan itu baru kali kedua saya ke klinik tersebut. Saya juga pasti, tidak ada apa-apa peristiwa unik berlaku ketika pertama kali saya datang, membuatkan doktor itu ingat pada saya.

    Berbekalkan maklumat bahawa nama saya Syafiq, dia menegur dengan sangat ramah. Membuatkan saya mendadak selesa untuk duduk dan membuka sejarah kesihatan sendiri.

    Saya mengadu sakit kepala. Migrain yang mencucuk di kranium kanan dan sensasi tegang di tengkuk, juga sebelah kanan.

    Doktor itu mengemas sfigmomanometer sebelum dipasang pada lengan kanan saya. Ketika itu juga dia tanya, “biasa tidur pukul berapa?”

    Saya sudah bertekad untuk berlaku jujur dan terbuka demi mendapatkan diagnosis paling tepat. Beberapa kejadian strok yang menimpa rakan sepejabat menggerunkan.

    Saya kata, pukul 1 atau 2 pagi. Doktor itu tersenyum dan jari telunjuknya lurus ke arah mata saya.

    “Kena tidur awal. Mata itu pun dah hitam,” katanya dengan telor Sabah yang tidak begitu pekat tapi boleh diperasan.

    Pembuluh dan darah

    Bacaan tekanan darah saya lebih tinggi dari biasa. Tidak terlalu tinggi tapi cukup untuk mengesahkan, tekanan dan bebanan kerja dalam tempoh sebulan ini beri kesan kepada tubuh. Saya perlu uruskan kerja dengan lebih baik demi kesihatan.

    “Darah tinggi ini puncanya genetik,” kata doktor itu sambil menconteng sesuatu pada kertas. Tipikal seorang doktor, tulisannya hanya dia dan staf klinik yang boleh faham.

    Dia sambung bercerita tentang darah tinggi dengan menggunakan wayar pada sfigmomanometer sebagai contoh.

    “Pembuluh darah kita sepatutnya fleksibel. Apabila darah banyak, ia mengembang. Apabila tak banyak, ia mengecut.

    “Tapi ada genetik yang membuatkan pembuluh darah lebih rigid. Ia tidak mengembang dengan baik, menyebabkan tekanan darah jadi tinggi,” katanya lembut.

    Kata doktor, warisan genetik sebegitu tak boleh dielak. Ia hanya menanti masa untuk aktif. Selepas aktif, kita bersenam atau jaga makan bagaimanapun, risiko darah tinggi tetap ada.

    Namun, itu tidak bermakna kita perlu pasrah dengan takdir. Menurut Healthline, gaya hidup yang sihat boleh mengurangkan risiko darah tinggi, walaupun dengan warisan genetik.

    Gaya hidup yang sihat merujuk, terutamanya, kepada kawalan berat badan, aktif secara fizikal serta mengelakkan pengambilan alkohol dan rokok.

    Kita juga digalakkan menjaga pemakanan dan mendapatkan tidur yang cukup.

    Urat kecil dawai mentol

    Darah tinggi digelar pembunuh senyap. Doktor itu kata, darah tinggi pembunuh nombor satu di Malaysia.

    Kita mungkin dengar ramai yang meninggal dunia kerana strok atau serangan jantung tetapi yang biasa kita abaikan, apa yang menyebabkan strok dan serangan jantung itu?

    “Kita dengar cerita, orang jatuh di bilik air, kepalanya terhantuk kemudian kena strok. Sebenarnya dia kena strok dulu baru terjatuh.

    “Strok boleh berlaku kerana darah tinggi. Begitu juga serangan jantung.

    “Ini satu lagi…” tangannya menaip sesuatu pada papan kekunci. Dia mengalihkan skrin komputer ke arah saya. Terpampang gambar organ kecil dengan gelungan urat di tengahnya — seperti mentol.

    “Dalam buah pinggang kita, yang menapis darah itu namanya gromerulus. Bentuknya macam dawai dalam mentol.

    “Gromerulus ini macam urat, macam yang di tangan kita ini. Tapi ia tidak sekuat urat di tangan.

    “Apabila tekanan darah tinggi, gromerulus boleh pecah. Ia akan tinggalkan parut. Tapi ia kecil, jadi kita tidak rasa apa-apa,” kata doktor. Saya mengangguk sambil cuba menghadam fakta perubatan yang tak pernah saya ketahui itu.

    Sambung doktor itu, buah pinggang kita sebenarnya hebat. Walaupun salah satunya sudah tidak berfungsi, yang satu lagi cukup kuat untuk menjalankan fungsi menapis kotoran dalam darah.

    “Tapi lama-kelamaan, kalau makin banyak gromerulus pecah, buah pinggang tidak boleh berfungsi dengan baik lagi.

    “Bayangkan hanya suku buah pinggang kita yang berfungsi, darah akan jadi kotor. Kita mula rasa lemah, muka pucat, susah nak bernafas.

    “Akhirnya, terpaksa dialisis. Kalau dialisis, kita tak boleh lagi hidup macam biasa. Nak keluar selalu tak boleh, takkan nak bawa mesin dialisis ke mana-mana?

    “Kalau ada banyak duit tak apa, boleh pergi China pasang buah pinggang baharu. Tapi siapa yang nak derma buah pinggang pada awak?” katanya, sinis walaupun nadanya lembut.

    Tahu-tahu

    Data pada 2019, 6.4 juta orang dewasa di Malaysia menghidap darah tinggi. Lebih 30 peratus. Kalau kira cincai-cincai, setiap seorang daripada tiga orang dewasa di Malaysia ada darah tinggi.

    Kira-kira 14 peratus orang dewasa di Malaysia juga menghidap penyakit buah pinggang kronik. Lebih kurang satu daripada tujuh orang dewasa. 

    Pada tahap negara dan masyarakat, jumlah tersebut merisaukan kerana masyarakat yang majoriti anggotanya punya masalah kesihatan kronik sukar untuk memenuhi potensi sewajarnya. Sumber juga banyak diarahkan pada usaha merawat.

    Pada tahap peribadi, darah tinggi dan kesan-kesan hilirannya pada kesihatan menakutkan kerana ia berlaku tanpa amaran. Tahu-tahu buah pinggang dah tak boleh berfungsi; tahu-tahu darah tak mahu mengalir ke otak.

    Penyakit sebegini juga membuatkan kita perlu bergantung kepada ubat.

    “Orang tak mahu periksa tekanan darah sebab takut nanti ‘terpaksa’ makan ubat sampai bila-bila,” kata doktor itu, ada riak kecewa. “Awak bukan ‘terpaksa’, awak ‘perlu’ makan sampai bila-bila”.

    Sekali lagi dia pegang wayar sfigmomanometer. “Ubat itu bantu pembuluh darah awak jadi lembut dan fleksibel. Kalau tak makan, ia keras dan tekanan darah akan naik,” katanya.

    Sebelum pulang, saya dibekalkan ubat tahan sakit dan kendur urat. Doktor itu juga cadangkan saya beli ubat tablet jenama tertentu di farmasi.

    Saya pulang dari klinik dengan ubat, cuti sakit, pengetahuan dan kesedaran. Mungkin itu RM60 paling berbaloi pernah saya bayar di klinik swasta. – RELEVAN

    Previous ArticlePekerja di Malaysia antara yang paling tak seimbang hidup dan kerjanya
    Next Article Calon gagal UPU diberi masa 10 hari buat rayuan, ikuti langkah ini

    Artikel berkaitan

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026

    Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

    June 3, 2026

    Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

    June 3, 2026

    Kenali punca mata kering

    June 2, 2026

    Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

    June 1, 2026
    Artikel Terkini

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026

    Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

    June 3, 2026

    Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

    June 3, 2026

    Kenali punca mata kering

    June 2, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.