Facebook Twitter
    Trending
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pedagogi anak tertindas: Kisah Mukmin Nantang dan pendidikan alternatifnya

    Pedagogi anak tertindas: Kisah Mukmin Nantang dan pendidikan alternatifnya

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 21, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MUKMIN NANTANG

    TEMU bual dan sesi fotografi saya bersama Mukmin Nantang berlangsung pada 24 Mei. Siaran ini terpaksa ditangguh untuk memberi laluan kepada kandungan mustahak lain.

    Cuma yang ingin diberitahu, dalam tempoh 24 Mei itu sehingga artikel ini ditulis, banyak hal berat yang dilalui Mukmin. 

    Awal Jun, rumah Masyarakat Adat Laut di Semporna, Sabah diroboh dan dibakar. Mukmin bersama pasukannya dari Borneo Komrad turun untuk mengumpul fakta, malah memberi sokongan mental dan fizikal kepada komuniti yang terkesan.

    Bertebaran juga video Mukmin bercakap di depan komuniti Bajau Laut tentang pentingnya untuk mereka melawan penindasan yang berlaku. Kata-kata membekasnya tentang penindasan – yang dahulu ada dijadikan poster sewaktu dia dilokap polis – berkumandang lagi.

    “Kalau kita ndak melawan hari ini, esok, esok, esok – ditindas, ditindas, ditindas lagi!” ucapnya dengan sedu suara. Hidungnya merah. Matanya berair.

    Tak lama selepas itu, timbul pula isu penahanan Cikgu Syahfeeq Rondin bersama lapan pelajar Sekolah Alternatif ketika protes mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS), atas dakwaan menggaji pekerja tanpa pas yang sah. 

    Saya tak tahu apa pengalaman hidup yang diproses Mukmin, yang membuatkan dia mampu  menampung segala peristiwa itu di bahunya. Ia berat. 

    Namun, biar apa saja yang terjadi, suara girang dan bersemangat Mukmin yang boleh dirasa dalam rakaman temu bual kami dahulu perlu juga direkod. Perlu dicatat dan diarkib. 

    Pendidikan cara komuniti

    Sesiapa yang mengikuti perkembangan pendidikan alternatif, terutamanya di Sabah, pasti kenal atau sekurang-kurangnya pernah dengar nama Mukmin Nantang dan Borneo Komrad.  

    Hampir sedekad mereka menggerakkan usaha pendidikan alternatif untuk kanak-kanak terpinggir – yang kebanyakannya juga tertindas – dengan cara, gaya dan fahaman tersendiri.

    Hasrat awal Borneo Komrad murni dan mudah: mereka mahu memberikan peluang pendidikan yang asas kepada kanak-kanak tanpa dokumen (stateless). Sejak 2015, mereka masuk ke kampung-kampung untuk mendekati komuniti tanpa dokumen.

    APA-APA projek berkenaan komuniti akan dibincangkan bersama penduduk setempat dalam Mesyuarat Komuniti dan para pelajar diberi peluang membentangkan idea kepada komuniti sendiri. – GAMBAR FACEBOOK SEKOLAH ALTERNATIF

    Hajatnya mahu beri pendidikan kepada kanak-kanak tanpa dokumen yang tidak berpeluang mendapat pendidikan seperti kanak-kanak lain. Namun, mereka tak mahu biarkan usaha tersebut hanya seperti kerja separuh masa; menjadi pelancong yang membuat kebajikan (atau yang disebut orang sebagai voluntourism).

    Jadi, kata Mukmin, dia tak mahu sekolah-sekolah yang dibangunkan hanya beroperasi pada hujung minggu. Ia tidak berbaloi untuk pendidikan kanak-kanak yang disasar dan lebih penting lagi, ia tidak cukup untuk para aktivis memahami komuniti dan membantu komuniti menyelesaikan masalah mereka.

    “Idea saya, kita mesti datang dan tinggal dalam komuniti itu,” kata Mukmin, mengimbas pengalaman awalnya ketika membantu pertubuhan Teach For The Needs (TFTN) membuka sekolah dalam komuniti tanpa dokumen di Semporna.

    Wira memandai-mandai

    Idea itu timbul kerana dia faham, untuk memperjuangkan sesuatu isu, gerakan dan kefahaman terhadap isu tersebut perlu datang dari komuniti sendiri. Bukan strategi paksaan yang diimport dari orang luar yang masuk untuk menjadi wira.

    “Macam mana kita nak beri mereka semangat sedangkan kita tidak jadi sebahagian daripada mereka? Kita tak rasa (pengalaman sebagai komuniti sasaran).

    “Kalau kita tak tinggal bersama komuniti, apabila susah, kita akan marah mereka. Kenapa tak buat itu? Kenapa buat begini?

    “Jadi, kita tak boleh datang, memandai-mandai memperjuangkan mereka. Betulkah mereka mahu diperjuangkan? Cara (yang betul) ialah datang dan tinggal (dengan komuniti) dahulu,” jelasnya.

    Strategi tinggal bersama komuniti boleh melunturkan ego aktivis yang lazimnya akan masuk dalam komuniti terpinggir dengan semangat berkobar untuk menjadi wira. Aktivis sebegini biasanya akan mengimport penyelesaian yang tidak difahami, malah dipersetujui komuniti terpinggir.

    Satu lagi kelebihan strategi tersebut terkait dengan situasi unik setiap komuniti. Sebagai contoh, kongsi Mukmin, banyak kampung yang menempatkan komuniti tanpa dokumen di Sabah dianggap setinggan. Ini bermakna, ia boleh diroboh pada bila-bila masa.

    “Contohnya di Teluk Layang (Kota Kinabalu), sudah tiga kali mahu dirobohkan.

    “Apabila ada aktivis Borneo Komrad dan mahasiswa di situ, tiga-tiga kali tak jadi (dirobohkan). Sebab kami buat blockade, kami lawan, buat memorandum dan sebagainya,” katanya. – RELEVAN

    Previous ArticleMenziarah isteri seorang aktor yang mabuk seni
    Next Article Teater dalam bentuknya yang paling tulen

    Artikel berkaitan

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026
    Artikel Terkini

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.