KU SYAFIQ KU FOZI

KITA meluangkan banyak masa di tempat kerja. Ada yang kerja lapan jam sehari, lima hari seminggu. Ada yang lebih, sehingga 10 jam sehari, enam hari seminggu. Dengan jumlah masa yang banyak sebegini, tempat kerja memberi pengaruh yang besar kepada kehidupan kita. Tiada siapa yang mahu mengumpul tekanan dari tempat kerja. Muhiddin Ishak dan Dr. Saiful Effendi Syafruddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meletakkan masalah hubungan di tempat kerja sebagai salah satu punca tekanan di tempat kerja. Manusia-manusia yang toksik akan sentiasa ada. Apa yang kita boleh buat ialah membina hubungan yang baik dengan rakan sekerja seboleh mungkin, selagi ia tidak memberi…

Read More

TREND muflis dalam  kalangan rakyat Malaysia menurun sejak 2016 walaupun dalam tempoh tersebut berlaku kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), iaitu pada 2018. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, jumlah golongan belia (berumur kurang 35 tahun) yang muflis juga menunjukkan trend penurunan yang sama,  mencakupi 14 peratus daripada jumlah kes muflis antara Januari hingga Mei 2022. Purata dari 2017 hingga 2019 adalah pada 24.9 peratus. “Untuk mengisytiharkan seseorang sebagai muflis bukanlah perkara mudah. Banyak prosedur yang perlu dipatuhi oleh institusi kewangan atau pemiutang lain. “Tindakan kebankrapan adalah jalan terakhir oleh institusi kewangan setelah segala usaha…

Read More

APABILA semakan keputusan permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) diumumkan, tidak semua pemohon akan menyambutnya dengan kegembiraan. Resam rezeki, ada yang berpihak pada kita dan ada yang tidak. Namun, jangan berputus asa dahulu. Buat mereka yang gagal dalam permohonan UPU, anda masih ada peluang kedua melalui rayuan. Permohonan rayuan akan dibuka selama 10 hari selepas keputusan permohonan kemasukan diumumkan. Untuk membuat rayuan, anda perlu lebih berhati-hati kerana ini peluang terakhir anda untuk diterima dalam kemasukan kali ini. Jika gagal, pilihan yang ada ialah membuat permohonan ke institut pengajian tinggi (IPT) swasta atau menunggu kemasukan seterusnya dibuka. Ada juga beberapa institusi dan…

Read More

MASA untuk para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melangkah ke menara gading semakin hampir tiba. Pada 16 Julai ini, semakan keputusan permohonan ke institusi pengajian tinggi (IPT) melalui Unit Pusat Universiti (UPU) untuk lepasan SPM/setaraf boleh disemak bermula pukul 12 tengah hari.  Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui pemohon sebelum menyemak keputusan UPU mereka. Ini supaya apa-apa keputusan nanti boleh diterima dan difahami dengan lebih baik oleh pemohon. Relevan sebelum ini telah menerbitkan artikel panduan untuk pemohon sebelum membuat permohonan UPU. Artikel ini pula akan memandu anda untuk memahami cara Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA), Jabatan Pengajian Tinggi (JPT)…

Read More

MUZIK metal sering dikaitkan dengan unsur-unsur negatif seperti pemujaan, kelakuan membinasa diri dan kerosakan akhlak. Walau bagaimanapun, genre muzik ini masih bertahan dan popular sehingga kini. Peminat dan penggiatnya juga berada dalam lingkungan sosial yang berbeza. Ada yang berjaya dalam kerjaya malah menjadi ahli akademik tersohor. Presiden Indonesia, Joko Widodo juga dikenali sebagai peminat metal tegar. Sehubungan itu, memukul rata bahawa muzik metal memberi kesan negatif kepada pendengarnya tidaklah adil. Tidak semua yang mendengar metal akan tersesat akhlak, membinasakan diri dan membahayakan nyawa (seperti tuduhan muzik metal menggalakkan pembunuhan menggunakan senjata api di Amerika Syarikat suatu masa dahulu). Kajian berkenaan…

Read More

6 JULAI lalu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.25 peratus. Ketika negara berhadapan inflasi dengan kenaikan harga pelbagai barang keperluan, kenaikan OPR sedikit-sebanyak menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat. Lepas satu, satu perkara yang naik, siapa tidak risau? Namun, penting untuk kita faham terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan OPR. Dengan memahami maksud dan mekanisme OPR, baru penilaian yang lebih adil dan rasional dapat dilakukan, sama ada kenaikannya akan memberi kesan kepada kewangan kita atau tidak. Apa itu OPR? Menurut Investopedia, kadar semalaman (overnight…

Read More

PADA 10 Julai ini, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Sambutan pada setiap 10 Zulhijjah kalendar Hijrah itu biasanya disusuli dengan ibadah korban yang sunat dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadah ini dilaksanakan untuk umat Islam mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Sehingga ke hari ini, umat Islam akan mengorbankan binatang sembelihan seperti lembu, kambing atau unta pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Siri 5 Soalan Haji dan Korban kali ini akan mengutarakan lima persoalan berkenaan ibadah korban bagi…

Read More

SUDAH hampir seminggu kita memasuki bulan Zulhijjah. Bulan ini pastilah mengingatkan kita kepada dua amalan besar untuk umat Islam, iaitu haji dan korban. Pada Ahad ini, umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Jemaah haji kita juga ada yang sudah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Seperti yang dilakukan pada Ramadan lalu, Relevan akan sekali lagi berkongsi jawapan untuk persoalan-persoalan berkaitan ibadah ini. Mengambil rujukan dari Irsyad al-Fatwa Haji dan Korban Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Relevan berkongsi jawapan untuk 5 soalan berkenaan ibadah haji dalam siri yang pertama ini. Hukum kanak-kanak menunaikan haji…

Read More

BEBERAPA bulan ini, berita tentang ancaman stagflasi berkumandang kuat di seluruh dunia, terutamanya Amerika Syarikat (AS), negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom (UK). Peningkatan inflasi dan kenaikan kadar faedah membimbangkan warga negara-negara itu selepas lebih dua tahun menghadapi krisis akibat pandemik Covid-19. Mei lalu, kadar inflasi tahunan AS meningkat kepada 8.6 peratus, tertinggi sejak Disember 1981. Namun, kadar pengangguran negara itu berada dalam keadaan baik – kekal pada 3.6 peratus sejak Mac hingga Mei dan ia merupakan kadar terbaik sejak Februari 2020. Yang turut berlaku ketika ini ialah kenaikan kadar faedah di AS, EU dan UK. Kenaikan kadar faedah…

Read More

PERISTIWA kemunculan semula pahlawan Pahang, Mat Kilau pada 26 Disember 1969 ternyata menggegarkan negara. Tiada siapa yang menyangka pahlawan itu masih hidup pada usia 122 tahun, malah mendedahkan dirinya sendiri selepas lebih tujuh dekad menyembunyikan diri. Peristiwa itu juga mendapat perhatian pemimpin negara dan pakar sejarah juga akademik. Kerajaan negeri Pahang ketika itu menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat kesahihan berita kemunculan semula pahlawan itu. Menteri Besar Pahang, Tan Sri Yahya Mohd. Seh dan beberapa ahli sejarah juga mengunjungi beliau dan bertanya 20 soalan berkenaan sejarah negeri Pahang. Kesemua soalan itu dapat dijawab oleh Mat Kilau, menurut laporan Utusan Malaysia yang…

Read More