KU SYAFIQ KU FOZI

KEMENTERIAN Sumber Manusia menunda pelaksanaan pindaan Akta Kerja 1955 yang sepatutnya berkuat kuasa 1 September ini kepada 1 Januari tahun hadapan. Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, penangguhan tersebut mendapat persetujuan daripada semua anggota Kabinet dan melalui perbincangan bersama pegawai tertinggi kementerian, ia ditetapkan pada 1 Januari 2023. Jelas beliau, penangguhan selama tiga bulan itu bertujuan memberi ruang kepada industri dan majikan untuk pulih daripada kesan pandemik Covid-19, supaya mereka boleh bersedia untuk melaksanakan pindaan-pindaan yang telah ditetapkan dalam akta tersebut. “Mereka (majikan dan industri) masih menghadapi kekurangan pekerja asing untuk menambah produktiviti. Dalam keadaan seperti ini, jika kita mengurangkan…

Read More

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan salah terhadapnya, 23 Ogos lalu. Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak rayuan Najib terhadap kes penyelewengan RM42 juta dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. Bukan sahaja dihukum penjara dan denda, Najib juga hilang kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Beliau hanya layak bertanding semula lima tahun selepas dibebaskan dari penjara.  Walaupun Najib merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia pertama yang dipenjara kerana kesalahan salah guna kuasa,…

Read More

BAHASA Melayu merupakan elemen penting yang mengisi kemerdekaan negara. Bahasa ini diiktiraf sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara.  Walaupun negara ini didiami pelbagai kaum yang menggunakan pelbagai bahasa, bahasa Melayu merupakan bahasa tunggal yang wajib dipelajari semua warganegara. Mempertahankan martabat bahasa Melayu berdepan pelbagai cabaran. Pada zaman penjajahan, terutamanya oleh British, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa vernakular apabila sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dijadikan sekolah vernakular.  Sekolah utama pada waktu tersebut ialah sekolah Inggeris dengan Penang Free School menjadi sekolah pertama dibuka untuk semua bangsa pada 1816. Dalam era penjajahan, urusan utama kerajaan menggunakan bahasa Inggeris. …

Read More

PRODUKTIVITI buruh di Malaysia bagi suku tahun kedua 2022 meningkat sebanyak 5.5 peratus dengan nilai RM23,322 setiap pekerja, peningkatan yang lebih tinggi berbanding 2.7 peratus pada suku tahun pertama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pertumbuhan produktiviti buruh setiap pekerja bagi suku kedua tersebut lebih tinggi berbanding pencapaian keseluruhan 2021 sebanyak 1.8 peratus. Kata beliau, produktiviti berdasarkan jam bekerja pula mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.3 peratus dengan nilai RM41 setiap jam bekerja. “Pertumbuhan produktiviti buruh ini selaras dengan peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang berkembang sebanyak 8.9 peratus berbanding lima peratus pada suku tahun pertama.…

Read More

SETIAP kali menjelang sambutan kemerdekaan, lagu 31 Ogos yang dinyanyikan Allahyarham Sudirman Haji Arshad akan berkumandang. Lagu tersebut sangat ikonik dan sinonim dengan sambutan kemerdekaan negara. Ada juga lagu patriotik popular lain dinyanyikan Sudirman, antaranya Warisan dan Tegakkan Bendera Kita. Signifikannya lagu Warisan sehingga lirik pembukanya dijadikan tema sambutan kemerdekaan negara pada 2014. Ketiga-tiga lagu yang disebutkan di atas dimuatkan dalam album Abadi yang diterbitkan pada 1982. Dalam persekitaran muzik pada zaman itu, penerbitan album tersebut membuktikan kekuatan semangat kebangsaan Sudirman yang berjaya meyakinkan syarikat rakamannya untuk merakamkan album patriotik. Selepas 40 tahun penerbitan album Abadi, tidak ada lagi penyanyi…

Read More

RAMAI pekerja yang hidupnya sengsara kerana gajinya kecil, kerjanya banyak. Namun, hidup seorang pekerja akan lebih sengsara jika terpaksa bekerja di bawah ketua yang teruk. Ketua yang teruk boleh memberi kesan yang besar kepada syarikat. Jika ada seorang pekerja bermasalah, kita boleh ambil tindakan segera supaya masalahnya tidak menyusahkan pekerja lain, seterusnya mengganggu operasi syarikat. Ketua yang teruk pula lebih berbahaya kerana seorang ketua bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerjanya. Masalah pada ketua akan mempengaruhi motivasi dan prestasi pekerja di bawahnya. Peluang untuk operasi syarikat terganggu lebih besar dengan adanya ketua yang teruk. Ketua yang teruk ini ada banyak jenis tetapi melalui pemerhatian…

Read More

MALAYSIA dijangka berhadapan pelbagai cabaran kesihatan pada masa hadapan dan langkah untuk menanganinya perlu dimulakan dari sekarang.  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negara memerlukan sistem kesihatan yang lebih berdaya tahan serta kalis masa hadapan dan pembangunan Kertas Putih Kesihatan dilihat dapat merealisasikannya. “Selepas lebih dua tahun seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19, satu perancangan komprehensif dan menyeluruh perlu dibentuk supaya kesejahteraan Keluarga Malaysia kekal utuh pada masa hadapan. “Cadangan Kertas Putih Kesihatan ini bertujuan mengukuhkan sistem kesihatan negara secara menyeluruh, agar sejajar dengan keperluan kesihatan rakyat ketika ini selain sentiasa bersedia mendepani cabaran dalam tahun-tahun mendatang. “Kertas putih…

Read More

SEKOLAH-sekolah di kawasan bandar seluruh negara mengalami kekurangan kira-kira 10,000 orang guru, menjadikan isu kekurangan guru di kawasan bandar lebih signifikan berbanding luar bandar dari segi jumlah kekosongan. Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin dalam jawapannya kepada soalan tambahan dalam sidang Dewan Negara, semalam. Menurut Mohamad, jumlah di guru di kawasan bandar ketika ini adalah seramai kira-kira 307,000 orang dan masih kekurangan kira-kira 10,000 orang. Jumlah kekurangan tersebut lebih tinggi berbanding di kawasan luar bandar dengan jumlah kira-kira 110,000 guru dan 4,732 kekosongan. “Antara faktor yang menyumbang kepada kekurangan guru di sekolah termasuk sekolah luar bandar ialah…

Read More

RUMAH ialah hak asasi manusia, tiada perbahasan tentang itu. Setiap manusia berhak ada tempat berteduh. Namun, adakah semua manusia mampu memiliki sebuah rumah dalam situasi ekonomi seperti sekarang? Di Malaysia, isu pemilikan rumah sekian lama menjadi polemik, terutamanya dalam kalangan orang muda. Harga rumah yang tinggi menyukarkan golongan muda membeli rumah menyebabkan lebih ramai yang memilih untuk menyewa. Laporan Pasaran Harta 2021 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan menyatakan, terdapat 37,000 unit kediaman tidak terjual bernilai RM22.79 bilion di seluruh negara pada akhir 2021. Ia merupakan peningkatan 24.7 peratus dari segi unit dan 20.5 peratus dari segi nilai…

Read More

KADAR pengangguran pada Jun menurun kepada 3.8 peratus dengan bilangan penganggur berkurang kepada kira-kira 630,600 orang berbanding 3.9 peratus atau kira-kira 637,700 orang pada Mei. Kadar tersebut merupakan yang terendah sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada Mac 2020. Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kedudukan tenaga buruh lebih stabil pada Jun berikutan peningkatan berterusan dalam bilangan tenaga buruh. Kata beliau, ia melibatkan pertambahan sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan kepada 16.57 juta orang berbanding 16.54 juta orang pada Mei. Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada bulan tersebut pula kekal pada 69.5 peratus. “Negara telah mencapai…

Read More