Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 ciri bos yang teruk

    10 ciri bos yang teruk

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 16, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MASALAH pada ketua akan mempengaruhi motivasi dan prestasi pekerja di bawahnya. - GAMBAR YAN KRUKOV & RODNAE PRODUCTIONS (Pexels)

    RAMAI pekerja yang hidupnya sengsara kerana gajinya kecil, kerjanya banyak. Namun, hidup seorang pekerja akan lebih sengsara jika terpaksa bekerja di bawah ketua yang teruk.

    Ketua yang teruk boleh memberi kesan yang besar kepada syarikat. Jika ada seorang pekerja bermasalah, kita boleh ambil tindakan segera supaya masalahnya tidak menyusahkan pekerja lain, seterusnya mengganggu operasi syarikat.

    Ketua yang teruk pula lebih berbahaya kerana seorang ketua bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerjanya. Masalah pada ketua akan mempengaruhi motivasi dan prestasi pekerja di bawahnya. Peluang untuk operasi syarikat terganggu lebih besar dengan adanya ketua yang teruk.

    Ketua yang teruk ini ada banyak jenis tetapi melalui pemerhatian yang cukup, kita boleh senaraikan ciri-ciri sepunya yang ada pada semua ketua yang teruk. Relevan membawakan kepada anda 10 ciri bos yang teruk menurut ahli Majlis Usahawan Muda (YEC) Forbes. Perhatikan, adakah ketua anda mempunyai ciri-ciri ini atau sebenarnya, anda sendiri seorang ketua yang teruk?

    • Pengurus mikro

    Ya faham, ketua bertanggungjawab atas prestasi dan hasil kerja pekerja di bawahnya. Ya faham juga, ketua mahukan yang terbaik dari pekerja bawahannya. Namun, yang baik tidak hanya datang dari cara yang ditetapkan ketua. Di sini letaknya keburukan pengurusan mikro.

    Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, pekerja perlu diberikan kebebasan dalam menjalankan tugas. Ketua hanya perlu memantau, memberi nasihat dan membimbing pekerja. Hanya dalam keadaan yang di luar kawalan ketua perlu campur tangan dan menetapkan segala proses kerja mengikut kemahuannya.

    • Pukul rata

    Mengurus pekerja bermaksud kita menguruskan manusia. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing selain mempunyai cara kerja yang berbeza. Ketua yang baik akan mengenali pekerjanya dan mengurus, melatih serta berkomunikasi mengikut cara yang sesuai untuk pekerja tersebut.

    Ketua yang teruk pula memukul rata semua pekerjanya sama, seperti mengurus sepasukan robot. Semua pekerja terpaksa mengikut gaya ketuanya yang tidak berminat pun untuk cuba kenal sikap dan sifat pekerjanya.

    • Kepimpinan tanpa teladan

    Ahli YEC Forbes, Scott Levy dari Fuel Online berpendapat, ketua yang baik adalah mereka yang melaksana, bukan hanya mengarah dan tidak tahu apa-apa tentang pelaksanaan kerja di syarikat. Kepimpinan perlu melalui teladan.

    Ketua perlu turun padang, Tidak semestinya perlu buat kerja sama-sama dengan pekerja tetapi ketua perlu selalu berada di lapangan supaya faham proses kerja yang dijalankan. Cara ini penting supaya ketua sendiri dapat mengenal pasti keperluan, kekurangan dan kekuatan pekerjanya. 

    Lebih penting lagi, pekerja akan hormat pada ketua yang memimpin melalui teladan.

    • Kurang empati

    Setiap pekerja mahukan ketua yang memahami, dengar luahan mereka dan memberi arahan dengan baik kepada mereka. Kunci untuk membentuk sifat sebegini sebagai seorang ketua ialah empati.

    Ketua yang penuh empati akan mendengar luahan pekerja jika mereka menghadapi masalah. Ketua sebegini juga tidak akan terus memarahi pekerja jika mereka melakukan kesilapan, sebaliknya mengambil tahu dahulu apa punca kesilapan tersebut.

    Ramai pekerja yang mampu bertugas dengan baik tetapi keluar meninggalkan syarikat apabila berhadapan ketua yang kurang empati. Ia juga mempengaruhi motivasi dan produktiviti pekerja.

    • CD rosak

    Pernah dengar lagu dari cakera padat yang rosak? Bahagian sama diulang berkali-kali kerana ada bahagian yang tercalar. Begitu jugalah ketua yang tidak habis-habis mengulang kesilapan pekerja tanpa memikirkan penyelesaian. Satu silap oleh pekerja boleh jadi modal bual sehingga setahun. Penyelesaiannya tak ada juga.

    Ahli YEC Forbes, Brandon Stapper dari Nonstop Signs berkata, ketua yang baik meminimumkan kerosakan dengan mencari penyelesaian.

    “Pekerja menyalahkan jentera, penyelia menyalahkan pekerja, pengurus menyalahkan penyelia, ketua syarikat menyalahkan pengurus. Dalam rantaian penafian ini, apa salahnya kalau kita tumpukan untuk mencari penyelesaian supaya masalah sama tidak berulang?” katanya.

    • Pekerja dijadikan korban

    Ada ketua yang fikir, segala operasi pasukannya adalah untuk menolak dirinya lebih jauh dalam karier. Kesilapan hanya dianggap kesilapan jika ia memburukkan imej ketua. Kejayaan hanya dianggap kejayaan jika imej ketua menjadi lebih baik. Ketua sebegini tidak mempedulikan kualiti kerja dan moral pekerja. Yang penting, apa manfaat yang dia terima.

    Ketua yang baik akan berusaha demi imej pasukan. Semua ahli diberi ruang untuk memenuhi potensi masing-masing dan kesilapan serta kejayaan dianggap tanggungjawab seluruh pasukan, bukan satu individu.

    Ketua yang baik tidak akan menjadikan pekerja bawahannya sebagai korban untuk dia mendaki tangga karier dengan lebih tinggi.

    • Fokus berterabur

    Seorang ketua boleh jadi baik, bijak, kreatif dan berpengalaman tetapi jika dia tidak mempunyai fokus yang baik, dia tetap seorang ketua yang teruk. Ketua sebegini tidak konsisten dengan matlamatnya dan sering menukar strategi serta keutamaan dalam tempoh masa pendek.

    Fokus yang berterabur menyebabkan pekerja hilang arah dan tidak dapat melaksanakan tugas dengan tersusun. Akhirnya, syarikat juga yang menerima kesan kerana potensi pekerja yang tidak digunakan sepenuhnya.

    • Pencuri kredit

    Jika seorang pekerja mencuri kredit hasil usaha rakan sekerjanya sudah buruk, apatah lagi jika ia dilakukan oleh ketua mereka. Mengambil kredit pekerja bawahan ialah tindakan yang bukan sahaja zalim, malah tidak bijak.

    Pekerja yang tidak diberikan kredit yang sepatutnya kering motivasi, tidak bersemangat untuk memberikan yang terbaik kepada syarikat dan lebih teruk, mungkin cenderung untuk mensabotaj operasi syarikat.

    • Tidak menghormati pekerja

    Hubungan antara ketua dengan pekerja perlu didasari dengan perasaan saling menghormati. Jika pekerja tidak menghormati ketua atau ketua tidak menghormati pekerja, sukar untuk mereka bekerjasama secara efektif dalam sebuah pasukan.

    Terutamanya buat ketua, hormat terhadap pekerja bawahannya perlu dipupuk. Jangan kerana mereka pekerja bawahan, anda fikir mereka boleh dilayan dengan sesuka hati. Elak menggunakan perkataan yang melukakan hati serta sentuhan yang biadap. Terutamanya jika berlainan jantina, hormati batas anda dengan pekerja.

    Seorang pekerja mahu rasa dihormati dan kewujudannya dihargai. Ambil kira pandangan serta input yang mereka berikan dalam operasi syarikat. Jika anda hormati pekerja, pekerja yang baik akan menghormati anda semula.

    • Tidak sedar diri

    Ada ramai ketua yang tidak sedar dengan perlakuan atau percakapan sendiri. Mungkin merasakan mereka berada di atas, mereka boleh lakukan apa sahaja di pejabat. 

    Sebagai ketua, tindak-tanduk dan sikapnya akan menentukan budaya serta etika pejabat. Ahli YEC Forbes, Matthew Capala dari Alphametic berkata, jika seorang ketua hanya tahu suruh-suruh dan mengkritik kerja orang lain tanpa cuba melaksanakan pekerjaan itu sendiri, impaknya akan menjalar sehingga ke nilai teras syarikat.

    Seorang ketua perlu sedar diri.Tahu kelemahan dan kekuatan sendiri, seterusnya cuba manfaatkannya untuk kebaikan syarikat. Untuk hal ini terjadi, ketua perlu selalu bersama pekerja. Sebagai satu pasukan, ketua dan pekerja bersama-sama mengatasi kelemahan yang ada bagi memastikan syarikat terus maju. – RELEVAN

    Previous Article5 cara jana pendapatan pasif, bantu tambah wang sampingan
    Next Article 3,658 kes sembuh Covid-19 semalam

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.