Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Peningkatan populasi tua, penyakit tak berjangkit antara cabaran kesihatan di Malaysia

    Peningkatan populasi tua, penyakit tak berjangkit antara cabaran kesihatan di Malaysia

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 15, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ISMAIL SABRI (kanan) berbincang sesuatu dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ketika Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. - GAMBAR UTUSAN/AMIR KHALID

    MALAYSIA dijangka berhadapan pelbagai cabaran kesihatan pada masa hadapan dan langkah untuk menanganinya perlu dimulakan dari sekarang. 

    Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negara memerlukan sistem kesihatan yang lebih berdaya tahan serta kalis masa hadapan dan pembangunan Kertas Putih Kesihatan dilihat dapat merealisasikannya.

    “Selepas lebih dua tahun seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19, satu perancangan komprehensif dan menyeluruh perlu dibentuk supaya kesejahteraan Keluarga Malaysia kekal utuh pada masa hadapan.

    “Cadangan Kertas Putih Kesihatan ini bertujuan mengukuhkan sistem kesihatan negara secara menyeluruh, agar sejajar dengan keperluan kesihatan rakyat ketika ini selain sentiasa bersedia mendepani cabaran dalam tahun-tahun mendatang.

    “Kertas putih ini bukan sahaja menumpukan kepada transformasi perkhidmatan kesihatan tetapi juga meneliti aspek-aspek lain yang membawa impak kepada kesihatan Keluarga Malaysia,” katanya ketika merasmikan Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 hari ini.

    Menurut Ismail Sabri, antara cabaran yang akan dihadapi sistem kesihatan Malaysia ialah peningkatan populasi tua dan penyakit tidak berjangkit. Kata beliau, 74 peratus daripada jumlah kematian Covid-19 adalah dalam kalangan rakyat Malaysia berusia 60 tahun ke atas.

    “Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang 2030 apabila meningkatnya rakyat berumur 60 tahun ke atas, iaitu lebih 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk. Kadar prevalen penyakit dan permintaan penjagaan kesihatan pastinya meningkat kerana kos penjagaan kesihatan rakyat berumur 60 tahun ke atas dianggarkan dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding orang dewasa yang lebih muda,” katanya.

    Selain itu, Ismail Sabri turut bimbang dengan peningkatan kadar penyakit tidak berjangkit apabila seorang daripada lima orang dewasa di negara ini menghidapi penyakit kencing manis dan seorang daripada tiga orang dewasa mengalami penyakit darah tinggi.

    Jelas beliau, berdasarkan statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019, angka-angka tersebut sangat membimbangkan kerana kebanyakan penghidap tidak sedar mereka menghidapinya, seterusnya mengundang risiko kematian.

    “Contohnya, sebanyak 87 peratus pesakit Covid-19 yang maut merupakan mereka yang menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit kronik seperti kencing manis atau darah tinggi.

    “Masalah kesihatan mental juga semakin meningkat apabila 2.3 peratus golongan dewasa mengalami kemurungan dan 7.9 peratus kanak-kanak berusia antara lima hingga 15 tahun berdepan kesihatan mental. Angka ini dijangka akan meningkat,” jelasnya.

    Sehubungan itu, Ismail Sabri berkongsi tiga harapannya dalam usaha untuk mencorakkan semula sistem kesihatan negara.

    Harapan pertama, katanya, adalah supaya sistem kesihatan negara menyokong dan membantu rakyat Malaysia kekal sihat dan bukan lagi menumpukan kepada rawatan serta intervensi setelah berpenyakit.

    “Kedua, sistem kesihatan negara mampu memenuhi rawatan Keluarga Malaysia secara mampan dan berdaya tahan daripada semua cabaran termasuk dalam situasi pandemik global.

    “Ketiga, sistem kesihatan negara menjadi kebanggaan Keluarga Malaysia kerana merasakan mereka adalah sebahagian daripadanya dan juga menghargai peranannya,” katanya. – RELEVAN

    Previous Article4,735,546 kumulatif kes Covid-19 di Malaysia
    Next Article Bina menara daripada pencungkil gigi? Ini tujuannya

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.