Facebook Twitter
    Trending
    • Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit
    • 5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman
    • 5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa
    • 5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  
    • Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya
    • Rancang perbelanjaan persekolahan, Ramadan dan Aidilfitri
    • 7 fakta langka tentang P. Ramlee
    • Bagaimana proses melihat anak bulan?
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  

      March 23, 2023

      Pesakit jantung boleh berpuasa?

      March 20, 2023

      10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat

      March 16, 2023

      Adakah bebenang kelabu pada penglihatan petanda masalah mata?

      March 14, 2023

      Sifar kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      March 12, 2023
    • Kewangan

      Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya

      March 23, 2023

      Rancang perbelanjaan persekolahan, Ramadan dan Aidilfitri

      March 23, 2023

      Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran

      March 16, 2023

      Menabung runcit-runcit untuk kecemasan kecil

      March 9, 2023

      3 jenis pemilikan hartanah dan ciri-cirinya

      March 7, 2023
    • Pendidikan

      Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit

      March 24, 2023

      5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa

      March 23, 2023

      7 fakta langka tentang P. Ramlee

      March 22, 2023

      Bagaimana proses melihat anak bulan?

      March 22, 2023

      7 puisi buat anda di hari puisi

      March 21, 2023
    • Kerjaya

      5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman

      March 24, 2023

      Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?

      March 21, 2023

      5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga

      March 15, 2023

      Cara menulis dan contoh cover letter terbaik menurut Universiti Harvard

      March 10, 2023

      Cara menulis dan contoh resume terbaik menurut Universiti Harvard

      March 8, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rumah mahal: Lebih baik beli atau menyewa?

    Rumah mahal: Lebih baik beli atau menyewa?

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 10, 2022Updated:August 11, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    HARGA rumah yang tinggi menyukarkan golongan muda membeli rumah menyebabkan lebih ramai yang memilih untuk menyewa. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    RUMAH ialah hak asasi manusia, tiada perbahasan tentang itu. Setiap manusia berhak ada tempat berteduh. Namun, adakah semua manusia mampu memiliki sebuah rumah dalam situasi ekonomi seperti sekarang?

    Di Malaysia, isu pemilikan rumah sekian lama menjadi polemik, terutamanya dalam kalangan orang muda. Harga rumah yang tinggi menyukarkan golongan muda membeli rumah menyebabkan lebih ramai yang memilih untuk menyewa.

    Laporan Pasaran Harta 2021 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan menyatakan, terdapat 37,000 unit kediaman tidak terjual bernilai RM22.79 bilion di seluruh negara pada akhir 2021. Ia merupakan peningkatan 24.7 peratus dari segi unit dan 20.5 peratus dari segi nilai berbanding tahun sebelumnya.

    Daripada 37,000 unit tersebut, majoritinya merupakan rumah dalam lingkungan harga RM300,000 dan ke bawah sebanyak 11,610 unit (31.5 peratus) diikuti dengan RM500,001 hingga RM1 juta (11,139 unit – 30.2 peratus), RM300,001 hingga RM500,001 (9,461 unit – 25.7 peratus) serta melebihi RM1 juta (4,653 unit – 12.6 peratus).

    Pendapatan yang tidak bertambah

    Menurut laporan Bank Dunia pada 2019, kadar pertumbuhan gaji untuk pekerja bergaji rendah dan muda di Malaysia semakin perlahan, dengan pertumbuhan tahunan kira-kira 2.4 peratus. Malah, gaji permulaan untuk graduan baharu di Malaysia juga semakin rendah sejak 2010 selepas disesuaikan dengan inflasi.

    Pertumbuhan gaji yang rendah ini diburukkan dengan harga rumah yang sentiasa meningkat tahun ke tahun. Dapatan The Centre menunjukkan, sejak 2002 hingga 2019, jurang antara median harga rumah dengan median pendapatan isi rumah meningkat sehingga tiga kali ganda.

    Ini menyebabkan semakin ramai yang tidak mampu untuk membeli rumah, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan baru memulakan pekerjaan. 

    Pilihan terbaik

    Bagi pasangan Abdullah Azhman, 23, dan Diyana Shahira, 27, pilihan terbaik untuk mereka ialah menyewa rumah. Mereka yang dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga akhir tahun ini melihat mereka tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membeli rumah sebaik memulakan keluarga.

    “Kalau lihat pada harga sewa dengan bayaran bulanan jika membeli pun, lebih kurang sahaja. Tetapi jika membeli lebih banyak urusan perlu diselesaikan, termasuk untuk dapatkan pinjaman, kos lebih untuk ubah suai,” kata Diyana. 

    Hal sama turut dibangkitkan Abdullah yang melihat, dengan kemampuan kewangan mereka sekarang, rumah yang mampu dibeli mungkin terletak jauh dari kawasan bandar dan tempat kerja mereka.

    “Mungkin kami perlu masa lima hingga enam tahun untuk stabil dari segi kewangan. Saya sendiri jangka 10 tahun selepas berkahwin baru kami akan buat perancangan untuk membeli rumah sendiri,” katanya.

    Mereka berpandangan, pemilikan rumah tetap perlu diusahakan, terutamanya sebagai sebahagian daripada perancangan persaraan.

    “Takkan nanti selepas bersara kami masih perlu bayar sewa lagi. Tambahan lagi, rumah ini juga boleh dikira sebagai aset untuk kami secara jangka masa panjang,” terang Diyana.

    Lebih ramai sanggup menyewa

    Pendapat Abdullah dan Diyana selari dengan dapatan Laporan Pasaran Hartanah Malaysia oleh PropertyGuru untuk suku pertama tahun ini yang menyaksikan peningkatan mendadak dalam Indeks Permintaan Sewaan (RDI). Indeks tersebut yang menggambarkan keinginan pengguna untuk menyewa berdasarkan data dari laman web PropertyGuru.com.my meningkat 30.53 peratus suku ke suku dan 57.91 peratus tahun ke tahun.

    PropertyGuru juga menjangkakan indeks tersebut akan terus meningkat apabila pengguna beralih tumpuan daripada membeli kepada menyewa. Pengurus Negara PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my, Shylendra Nathan berkata, peralihan tumpuan itu disebabkan kesukaran pengguna mendapatkan pinjaman perumahan apabila bank terus bersikap konservatif terhadap kelulusan pinjaman.

    Peralihan tumpuan itu juga dapat dilihat apabila Indeks Permintaan Jualan (SDI) turun 36.56 peratus suku ke suku dan 7.7 peratus tahun ke tahun.

    Fikri Fisal, Ooi Kok Hin dan Nelleita Omar berkata, walaupun permintaan untuk sewaan kian meningkat, kerajaan terus mengutamakan dasar yang menggalakkan pemilikan rumah. Ini menyebabkan kurang perhatian diberikan kepada dasar-dasar yang mengawal selia pasaran sewaan.

    Dengan perubahan persekitaran dan masalah-masalah asas seperti harga rumah yang tinggi serta pertumbuhan pendapatan yang masih perlahan, pemilikan rumah mungkin tidak lagi menjadi pilihan untuk generasi akan datang.

    Sebagai pilihan yang lebih baik, lebih banyak perhatian perlu diberikan kerajaan kepada pasaran sewaan rumah. Bukan tidak pernah kita dengar kisah-kisah penyewa-penyewa yang dieksploitasi pemilik rumah dengan harga sewa yang mahal dan tidak masuk akal. Lebih banyak polisi yang perlu digubal bagi melindungi hak penyewa dan pemilik rumah supaya sewaan boleh menjadi alternatif yang relevan untuk golongan muda. – RELEVAN

    featured harga rumah kewangan
    Artikel Terkini

    Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit

    March 24, 2023

    5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman

    March 24, 2023

    5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa

    March 23, 2023

    5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  

    March 23, 2023

    Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya

    March 23, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.