Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 45 jam bekerja, 98 hari cuti bersalin ditunda sehingga 1 Januari

    45 jam bekerja, 98 hari cuti bersalin ditunda sehingga 1 Januari

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 26, 2022Updated:August 26, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ISU kekurangan pekerja asing antara faktor kerajaan menangguhkan penguatkuasaan pindaan Akta Kerja 1955. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    KEMENTERIAN Sumber Manusia menunda pelaksanaan pindaan Akta Kerja 1955 yang sepatutnya berkuat kuasa 1 September ini kepada 1 Januari tahun hadapan.

    Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, penangguhan tersebut mendapat persetujuan daripada semua anggota Kabinet dan melalui perbincangan bersama pegawai tertinggi kementerian, ia ditetapkan pada 1 Januari 2023.

    Jelas beliau, penangguhan selama tiga bulan itu bertujuan memberi ruang kepada industri dan majikan untuk pulih daripada kesan pandemik Covid-19, supaya mereka boleh bersedia untuk melaksanakan pindaan-pindaan yang telah ditetapkan dalam akta tersebut.

    M. SARAVANAN

    “Mereka (majikan dan industri) masih menghadapi kekurangan pekerja asing untuk menambah produktiviti. Dalam keadaan seperti ini, jika kita mengurangkan waktu operasi, mungkin ia akan menjejaskan pendapatan mereka.

    “Walaupun 1 Januari ialah tarikh yang diputuskan di peringkat kementerian, jika kita sempat menyelesaikan isu-isu (seperti) pekerja asing, mungkin boleh diawalkan,” katanya.

    Pindaan terhadap Akta Kerja 1955 diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Mac lalu.

    Antara kandungan pindaan tersebut termasuk pengurangan waktu bekerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam, tambahan cuti bersalin daripada 60 hari ke 98 hari dan aturan kerja fleksibel untuk pekerja. 

    Dalam aturan kerja fleksibel, pekerja boleh memohon untuk menggunakan susunan waktu yang anjal termasuk bekerja mengikut kesesuaian tempat, waktu dan hari yang memudahkan pekerja.

    Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim sebelum ini memberitahu Dewan Negara pindaan tersebut akan berkuat kuasa pada 1 September dan ia dilakukan untuk menjaga kebajikan pekerja serta memberi kelonggaran dalam waktu kerja, selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

    Kosmo! semalam melaporkan, ura-ura supaya penguatkuasaan pindaan itu ditangguhkan dibantah oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

    Presidennya, Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata, adalah tidak wajar dan tidak adil kepada pekerja jika pindaan yang memberi manfaat kepada pekerja seperti itu ditangguhkan.

    “Cadangan dan perbincangan pindaan ini telah lama diusahakan. Jika pindaan ditangguhkan sama ada sebahagian atau sepenuhnya, (ini) akan menyebabkan kerajaan terpaksa berhadapan dengan golongan pekerja yang menunggu pindaan ini.

    “Jelas ini tindakan yang merugikan, apatah lagi akta tersebut telah diwartakan oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan. – RELEVAN

    Previous ArticleMengingati kembali kronologi detik kemerdekaan 31 Ogos 1957
    Next Article 3,118 kes baharu Covid-19 semalam

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.