Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kadar pengangguran menurun kepada 3.8% pada Jun

    Kadar pengangguran menurun kepada 3.8% pada Jun

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 9, 2022Updated:August 9, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KADAR pengangguran pada Februari kekal 3.3 peratus sementara bilangan penganggur terus mencatatkan penurunan kepada kira-kira 567,000 orang. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    KADAR pengangguran pada Jun menurun kepada 3.8 peratus dengan bilangan penganggur berkurang kepada kira-kira 630,600 orang berbanding 3.9 peratus atau kira-kira 637,700 orang pada Mei.

    Kadar tersebut merupakan yang terendah sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada Mac 2020.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kedudukan tenaga buruh lebih stabil pada Jun berikutan peningkatan berterusan dalam bilangan tenaga buruh.

    Kata beliau, ia melibatkan pertambahan sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan kepada 16.57 juta orang berbanding 16.54 juta orang pada Mei. Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada bulan tersebut pula kekal pada 69.5 peratus.

    INFOGRAFIK Tenaga Buruh Malaysia, Suku Tahun Kedua 2022 oleh Jabatan Perangkaan.

    “Negara telah mencapai guna tenaga penuh sejak April 2022, iaitu kadar pengangguran di bawah empat peratus berdasarkan definisi yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

    “Pencapaian pasaran buruh pada Jun adalah selaras dengan aktiviti ekonomi semasa yang lebih kukuh susulan peralihan ke fasa endemik di seluruh negara.

    “Permintaan terhadap buruh telah meningkat, sekali gus ini membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam pasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurut Mustapa, beberapa petunjuk utama ekonomi negara juga menunjukkan prestasi yang menggalakkan pada Jun.

    Ini termasuk jumlah perdagangan yang meningkat sebanyak 43.4 peratus kepada nilai tertinggi baharu, iaitu RM270.4 bilion dengan eksport mencatat peningkatan sebanyak 38.8 peratus kepada RM146.2 bilion.

    Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) juga meningkat 12.1 peratus pada Jun, tertinggi sejak Mei 2021 dengan semua komponen mencatat pertumbuhan positif. Sektor pembuatan, elektrik dan perlombongan masing-masing mencatatkan peningkatan 14.5 peratus, 14.1 peratus dan 2.1 peratus.

    INFOGRAFIK Tenaga Buruh Malaysia Suku Tahun Kedua 2022 oleh Jabatan Perangkaan.

    Satu lagi petunjuk yang menunjukkan prestasi menggalakkan ialah nilai jualan sektor pembuatan yang meningkat sebanyak 23.4 peratus kepada RM153.5 bilion, iaitu yang tertinggi sejak Mei 2021. Pencapaian tersebut dipacu terutamanya oleh subsektor peralatan elektrik dan elektronik yang meningkat sebanyak 25.4 peratus.

    Sementara itu, Mustapa berkata, bilangan penduduk bekerja meningkat sebanyak 0.2 peratus pada Jun kepada 15.94 juta orang berbanding 15.90 juta orang pada Mei. 

    Kata beliau, bilangan penduduk bekerja bagi semua sektor ekonomi terus mengukuh pada bulan tersebut kecuali bagi sektor perlombongan dan pengkuarian.

    “Ekonomi negara dijangka terus berkembang tahun ini pada kadar disasarkan, iaitu di antara 5.3 peratus dengan 6.3 peratus. Trend jangka panjang kadar pengangguran adalah kira-kira 3.4 peratus (purata bagi tempoh 2011 hingga 2021).

    “Dengan mengambil kira pelbagai petunjuk ekonomi utama yang menggambarkan momentum pemulihan yang lebih baik dan jangkaan lebih banyak peluang pekerjaan akan diwujudkan, kadar pengangguran dijangka akan bergerak ke trend jangka panjang,” jelasnya. – RELEVAN

    Previous Article2,863 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article Proses sebelum menghasilkan koleksi rekaan fesyen

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.