BANYAK nasihat kesihatan menggalakkan kita untuk bergerak 10,000 langkah sehari demi meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan keseluruhan tubuh. Namun, bukan semua orang mampu melaksanakannya setiap hari. Mungkin kerana gaya hidup atau tuntutan pekerjaan, sangat sukar untuk sesetengah orang mencapai jumlah 10,000 langkah sehari. Ini menyebabkan sesetengah orang berasa kecewa atau lebih teruk lagi, terus putus asa mahu menambah baik kesihatan. Anda tidak perlu lagi risau kerana ada kajian terbaharu yang membuktikan, kita tidak perlu melangkah sehingga 10,000 kali sehari untuk kekal sihat. Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Kardiologi Pencegahan Eropah itu mendapati, jumlah minimum untuk memperoleh manfaat kesihatan daripada aktiviti berjalan…
KU SYAFIQ KU FOZI
PEMBENTANGAN Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) oleh Jabatan Perangkaan dan Kementerian Ekonomi pada 4 Ogos lalu mendedahkan realiti bayaran gaji dan upah di Malaysia yang masih rendah. Walaupun kerajaan telah melaksanakan Perintah Gaji Minimum dan dalam usaha untuk melaksanakan dasar gaji progresif, masih ramai pekerja di Malaysia yang menerima gaji yang rendah. Lebih mengejutkan, ada peratusan yang agak besar untuk pekerja yang menerima gaji di bawah paras gaji minimum, garis kemiskinan dan pendapatan wajar. Bagi memudahkan anda faham situasi gaji dan upah pekerja Malaysia ketika ini, Relevan menyenaraikan lima perkara penting dalam statistik tersebut yang perlu diambil perhatian seluruh rakyat Malaysia.…
BARU-baru ini, warganet agak teruja dengan bahasa Melayu apabila pelbagai teori berkenaan asal-usul beberapa perkataan dibincangkan dalam media sosial. Antara yang diujakan ialah penggunaan akronim dalam bahasa Melayu. Pelbagai perkataan didakwa berasal daripada akronim, seperti bah (bencana air hujan), sependa (seluar pendek dalam) dan awas (anda waspada anda selamat). Terdapat perkataan yang diketahui dan diakui secara konsensus oleh autoriti bahasa sebagai akronim. Ini termasuk kugiran (kumpulan gitar rancak), pawagam (panggung wayang gambar) dan cerpen (cerita pendek). Namun, perkataan-perkataan seperti bah, sependa mahupun awas tidak dapat dipastikan kesahihannya. Tiada bukti jelas bahawa perkataan-perkataan tersebut dibentuk menggunakan akronim. Sehubungan itu, Relevan cuba merungkai…
PENYANYI rap terkemuka negara, Malique membuat kemunculan semula dengan satu trek istimewa, Sedih Hati yang dilancarkan di platform digital pada 28 Julai lalu. Terlebih dahulu, cakera padat fizikalnya dijual lebih awal bermula Jun. Sedih Hati merupakan single solo pertama Malique sejak album TKO: Pejamkan Mata pada 2017. Ia tentunya mengujakan para peminat memandangkan album keempatnya, Malique IV turut diumumkan bersama lagu tunggal tersebut. Malique IV akan menjadi album pertama Malique selepas trilogi OK, KO: The Mixtape dan TKO: Pejamkan Mata. Tema utama Lagu Sedih Hati berkitar dalam tema ruwaibidah. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa pengertian perkataan ruwaibidah, termasuk…
KADAR pengangguran negara terus mencatatkan penurunan kepada 3.9 peratus pada 2022, kadar terendah sejak negara dilanda pandemik Covid-19 bermula 2020. Penurunan tersebut adalah sebanyak 0.7 mata peratusan berbanding 4.6 peratus pada 2021. Pada 2020, kadar pengangguran adalah pada 4.5 peratus. Dari segi bilangan, terdapat kira-kira 630,400 orang penganggur pada 2022, berkurang sebanyak 14 peratus berbanding kira-kira 733,000 orang pada 2021. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, persekitaran ekonomi yang positif sepanjang 2022 membawa kepada situasi tenaga buruh yang menggalakkan pada tahun tersebut, susulan lebih banyak peluang pekerjaan dari pelbagai industri telah diwujudkan. Kata beliau, pemulihan daripada kemelesetan…
POPULASI penduduk di Malaysia pada 2023 dianggarkan 33.4 juta orang, meningkat 2.1 peratus berbanding 32.7 juta pada 2022. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan tersebut disebabkan oleh pertambahan bilangan penduduk bukan warganegara yang meningkat daripada 2.4 juta pada 2022 kepada 3.0 juta pada 2023. Kata beliau, penduduk warganegara meningkat daripada 30.2 juta pada 2022 kepada 30.4 juta pada 2023 dengan pertumbuhan kecil, iaitu 0.7 peratus. “Tiga negeri, iaitu Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Selangor telah melepasi kadar pertumbuhan nasional 2.1 peratus, masing-masing dengan 5.1 peratus, 2.6 peratus dan 2.2 peratus. “Tiga negeri yang mencatatkan komposisi penduduk…
HAD pendapatan untuk golongan B40, M40 dan T20 dikemas kini melalui Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan. Menurut laporan tersebut, terdapat peningkatan untuk had pendapatan ketiga-tiga kategori isi rumah pada 2022 berbanding 2019. Sebagai contoh, had pendapatan untuk kategori isi rumah B40 meningkat kepada RM5,249 pada 2022 berbanding RM4,849 pada 2019. Begitu juga dengan had pendapatan M40 (2022: RM11,819, 2019: RM10,969) dan T20 (2022: RM11,820 ke atas, 2019: RM10,970 ke atas). Pecahan kategori isi rumah pada 2022 juga menunjukkan terdapat 3.16 juta isi rumah dalam kategori B40, 3.16 juta kategori M40 dan 1.58 juta…
DUA Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan pendapatan kasar isi rumah tertinggi di Malaysia pada 2022 manakala Kelantan dan Kedah merekodkan pendapatan terendah. Menurut Jabatan Perangkaan, warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai penengah pendapatan kasar isi rumah sebanyak RM10,234 dan purata RM13,325 manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan penengah RM10,056 dan purata RM13,473. Pendapatan kasar isi rumah ketiga tertinggi pula merupakan Selangor dengan penengah RM9,983 dan purata RM12,233. Rakyat Kelantan pula mencatatkan pendapatan kasar isi rumah terendah dengan penengah RM3,614 dan purata RM4,885 diikuti Kedah (penengah: RM4,402, purata: RM5,550) serta Perak (penengah: RM4,494, purata: RM5,779). Penengah pendapatan kasar isi rumah…
SUMBANGAN komponen pampasan pekerja (PP) kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) merosot kepada 32.4 peratus pada 2022, berbanding 35.1 peratus pada tahun sebelumnya. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, KDNK Malaysia dari segi nominal pada 2022 mencatatkan nilai sebanyak RM1,791.4 bilion, meningkat 15.7 peratus daripada 9.2 peratus pada tahun sebelumnya. Kata beliau, pertumbuhan tersebut didorong oleh prestasi Lebihan Kendalian Kasar (LKK) yang lebih tinggi daripada PP. “LKK berkembang 23.9 peratus sementara PP meningkat 6.5 peratus. Oleh itu, sumbangan PP terhadap KDNK menurun kepada 32.4 peratus manakala LKK mengukuh kepada 67 peratus. “Komponen selebihnya disumbangkan oleh cukai bersih,…
GAYA hidup sedentari bermaksud gaya hidup yang tidak aktif dan tidak melibatkan banyak pergerakan fizikal. Ini antara musuh kesihatan terbaharu buat manusia kerana ia bukan saja melibatkan aktiviti masa lapang yang tidak aktif (seperti menghabiskan masa berjam-jam menonton televisyen setiap hari), malah sudah memasuki ruang kerja. Cuba tanya datuk nenek kita yang masih sihat pada usia tua, apa kerja yang mereka buat sewaktu muda dahulu? Besar kemungkinan, kerja mereka melibatkan aktiviti fizikal yang berat. Mungkin pesawah atau buruh kasar. Di Amerika Syarikat (AS), kurang 20 peratus pekerjaan yang ada merupakan pekerjaan dengan pergerakan fizikal yang aktif. Selebihnya pekerjaan yang memerlukan kita…