PERKHIDMATAN rel dan bas milik Rapid KL akan dilanjutkan pada 30 dan 31 Ogos ini bagi memberi kemudahan kepada orang ramai untuk meraikan sambutan kemerdekaan. Prasarana Malaysia Berhad berkata, pada malam 30 Ogos, perkhidmatan bagi beberapa stesen LRT, MRT dan Monorel terpilih akan dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi. Katanya, jumlah dan kekerapan tren akan dinilai dan diselaras berdasarkan pemantauan dan keperluan oleh pihak operasi. “Jumlah orang ramai di malam ambang kemerdekaan dijangka meningkat, terutama sekali di kawasan sekitar KLCC. “Justeru, para penumpang diminta menggunakan stesen-stesen alternatif yang berhampiran, iaitu stesen LRT/MRT Ampang Park dan stesen Persiaran KLCC untuk mengelak kesesakan,”…
KU SYAFIQ KU FOZI
INFLASI Malaysia mereda kepada 2.0 peratus pada Julai, merupakan pertumbuhan terendah yang dicatatkan sepanjang tahun ini. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan perlahan kadar inflasi tersebut didorong peningkatan lebih rendah bagi kumpulan restoran dan hotel, iaitu sebanyak 5.0 peratus serta makanan dan minuman bukan alkohol sebanyak 4.4 peratus. Ini diikuti kumpulan pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.6 peratus) serta kesihatan dan pendidikan yang masing-masing meningkat 2.0 peratus. Menurut beliau, dalam kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol yang menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP), komponen makanan di rumah merekodkan peningkatan lebih rendah untuk bulan…
PERCAYA tak, anda hanya perlu luang 15 minit saja setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang lebih sihat dan kuat? Dengan gaya hidup sedentari yang semakin lazim, sering kali kita berasa sakit-sakit badan, lenguh dan tegang otot kerana kurang bergerak. Namun, ada tip untuk anda memperkuat tubuh dan otot supaya tidak terlalu mudah rasa sakit. Kuncinya adalah menggerakkan badan pada sela-sela masa terluang setiap hari. Ambil sedikit sahaja masa ketika bekerja atau melakukan aktiviti harian. Tip ini dikongsikan pakar osteopati terkenal dunia, James Davies kepada The Times UK. Mari kita lihat apa aktivitinya. Regangan selepas bangun tidur (1 minit) Sebelum meninggalkan…
PROFESOR Dr. Syed Hussein Alatas menyifatkan Rukun Negara seperti “peta bagi pelaut di tengah gelora”. Dokumennya ringkas tetapi peranannya penting, sebagai panduan kepada seluruh warga Malaysia dalam menjalani kehidupan bernegara. Rukun Negara bukan sekadar hafalan. Ia tiang seri penting yang membentuk identiti sepunya rakyat Malaysia. Menjadi tanggungjawab seluruh warganegara untuk menghayati dan memahami falsafah serta fungsinya. Rukun Negara bukan hanya lima prinsip yang sering kita baca di perhimpunan sekolah. Dokumen lengkapnya juga hadir dengan lima kepercayaan, iaitu cita-cita yang ingin dicapai melalui penghayatan lima prinsipnya. Lima prinsip Rukun Negara wajib dibaca bersama lima kepercayaannya. Sehubungan itu, berpandukan dokumen lengkap Rukun…
SEBAGAI warga sebuah negara berdaulat, kita wajar terlibat dan mengambil tahu hal politik. Kita wajar mengikuti perkembangan politik, memantau kerja ahli politik dan jika cukup tekad, ikut serta dalam perjuangan politik kepartian. Namun, ia tidak bermakna parti politik menjadi keutamaan tertinggi. Sekuat mana pun kita sayang pada sesebuah parti, negara tetap yang wahid. Kemakmuran negara yang paling perdana. Jika jalan menuju kemenangan sebuah parti politik bererti merosakkan kesejahteraan negara, kita perlu berhenti dan berfikir. Berbaloikah sebuah negara hancur demi perjuangan kepartian? Soalan ini perlu ditanya kepada semua penyokong parti politik dan ahli politik yang ada dalam negara ini. Kerana…
BULAN kemerdekaan ialah bulan keraian. Kita meraikan sejarah gemilang negara dengan menghayati pengorbanan pembangunnya dan menghargai kekuatannya. Antara cara untuk meraikan bulan istimewa negara ini adalah melalui muzik. Lagu-lagu patriotik sudah sekian lama menjadi runut bunyi sambutan kemerdekaan kita. Ada lagu yang sangat ikonik, seperti Tanggal 31 Ogos, Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang. Ada juga lagu yang tidak mendapat perhatian yang secukupnya. Di sini Relevan senaraikan tujuh lagu patriotik yang, mungkin, anda tidak tahu pun pernah wujud. Keranamu Hatiku Malaysia – Manis https://www.youtube.com/watch?v=mI0lP4W5XIU&list=PLv_in27x_TD7xbVsKEajASOHyscCQo9zw&index=3 Lagu yang comel dan manis ini dihasilkan untuk pertandingan Lagu 1Malaysia Kita oleh stesen radio Hot FM pada…
BERCINTA itu mahal, lebih-lebih lagi dalam zaman media sosial sekarang. Seringkali pasangan bercinta, terutamanya yang muda, tewas dengan tekanan sosial dan menganggap setiap temu janji perlu melibatkan belanja yang banyak. Sebenarnya kita tak perlu sampai kering dompet pun apabila bercinta. Pertama, baru bercinta, belum berbaloi lagi nak korbankan kesihatan kewangan sekarang. Kahwin nanti lagi banyak nak pakai duit. Kedua, ada helahnya untuk bercinta gaya murah tanpa menjatuhkan air muka. Cuma perlu rajin dan kreatif sedikit. Untuk pasangan bercinta yang mahu jimat wang, ikuti perkongsian Relevan kali ini. Ini rahsia untuk anda jaga poket dan dalam masa sama memelihara aib serta membela…
SERAMAI 604 pelajar diploma ambilan Ogos 2023 mendaftar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 13 Ogos lalu, sekali gus menjadi keluarga baharu untuk universiti pendidikan tunggal negara itu. Pendaftaran pelajar yang diadakan di Dewan Kolej Ungku Omar, Kampus Sultan Azlan Shah turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Norkhalid Salimin dan Timbalan Pendaftar Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Maskana Ahmad. Menurut Norkhalid, semua pelajar yang mendaftar pada hari itu dialu-alukan kehadirannya sebagai keluarga baharu untuk UPSI. “Saya berharap semua pelajar baharu diploma akan sama-sama melonjakkan nama UPSI sebagai universiti pendidikan nombor satu di…
BUAT mereka yang meminati muzik berasaskan kugiran dan lahir pada awal 1990-an pasti tahu tentang rancangan Versus di TV9. Rancangan pertandingan antara kugiran itu bertahan selama dua musim, disiarkan pada 2011 dan 2012. Konsepnya tertumpu kepada kemampuan kugiran untuk menyadur lagu-lagu lama, dengan susunan yang kreatif dan terkini. Salah seorang juri dalam rancangan itu ialah Khairil Ridzwan Annuar atau Loque, pengasas Butterfingers dan Monoloque. Rancangan itu menjadi tempat Loque mencungkil kreativiti dalam kalangan kugiran tempatan melalui saduran-saduran lagu dan ia tidak asing untuk Loque. Sebab melalui kugirannya, Monoloque sudah menyadur beberapa lagu ketika itu. Antaranya ialah Tiada Kata Secantik Bahasa…
DUNIA melahirkan golongan pekerja yang ramai bermula pada Revolusi Perindustrian pertama dalam abad ke-18, apabila perusahaan-perusahaan didirikan untuk memenuhi permintaan industri. Kesedaran solidariti sesama pekerja juga timbul pada abad itu yang seterusnya mewujudkan kesatuan sekerja. Asas kesatuan sekerja ialah solidariti dan penyatuan para pekerja. Pada abad-abad seterusnya, konsep kesatuan sekerja semakin kukuh dan berkembang, terutamanya selepas Karl Marx menerbitkan adikaryanya, Communist Manifesto yang membincangkan isu pekerja secara lebih intensif. Di Malaysia, gerakan pekerja yang tersusun bermula lama sebelum merdeka, ketika pekerja dalam sektor awam dan swasta bergabung membentuk Kesatuan Sekerja Am (General Labour Unions – GLU) pada dekad 1920-an. Kesatuan…