KU SYAFIQ KU FOZI

PERGELUTAN dengan hutang menjadi episod biasa buat ramai orang, terutamanya mereka yang berpendapatan sederhana atau rendah sebab, iyalah, kita mana ada duit nak beli barang tunai. Terpaksalah berhutang. Walaupun berhutang sudah dianggap normal, cara kita menguruskan hutang tetap perlu diberi perhatian. Adakah bayaran bulanan lancar atau ada masa kita culas? Adakah hutang yang diambil bersesuaian dengan kemampuan atau hutang sudah terlalu tinggi untuk diurus dengan baik? Mendapatkan wang yang mencukupi untuk membayar komitmen hutang itu bukan mudah tetapi ada kaedah yang boleh dijadikan panduan dalam usaha kita menuju ke arah bebas hutang. Menurut Khan Academy, terdapat dua kaedah pembayaran hutang…

Read More

SETIAP orang punya personaliti yang tersendiri. Secara psikologi, ada orang yang pendiam, ramah, terbuka, pemarah dan sebagainya. Dalam memahami tindak-tanduk manusia di sekeliling wang, penyelidik juga memperkenalkan personaliti kewangan – jenis-jenis sikap dan tabiat manusia ketika menguruskan wang. Setiap orang mempunyai sikap yang berbeza terhadap wang dan memahami personaliti kewangan sendiri dapat membantu kita menguruskan kewangan dengan lebih baik. Sehubungan itu, Relevan mahu memperkenalkan kepada anda empat personaliti kewangan yang paling utama, berpandukan modul kecelikan kewangan oleh Khan Academy.  Penyimpan Mereka dengan personaliti penyimpan sangat berhati-hati menguruskan wang. Mereka tidak suka berbelanja lebih daripada keperluan dan sentiasa mencari jalan untuk…

Read More

MEMBINA belanjawan merupakan antara langkah penting dalam membentuk disiplin kewangan dalam diri seseorang. Belanjawan membantu seseorang berbelanja dengan lebih terkawal, merancang simpanan dengan berkesan dan mengetahui kemampuan sebenar kewangan sendiri. Ada banyak cara untuk membina belanjawan tetapi Relevan mahu mencadangkan satu teknik khusus, iaitu peraturan 50/30/20. Peraturan itu merupakan antara yang paling kerap diguna dan dicadangkan. Ia melibatkan pemecahan perbelanjaan kepada tiga kategori, iaitu keperluan (50 peratus), kehendak (30 peratus) dan simpanan (20 peratus). Khan Academy menggariskan tujuh langkah untuk membina belanjawan berdasarkan teknik tersebut. Ketahui pendapatan Langkah pertama adalah dengan mengetahui pendapatan sendiri, merujuk kepada wang yang anda pasti terima setiap…

Read More

TAHUN ini bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Memandang ke belakang, 2023 adalah lebih normal berbanding tahun-tahun sebelumnya. Jika dibanding dengan tahun-tahun yang didominasi kisah kematian akibat Covid-19 atau sekatan pergerakan disebabkan virus sama, 2023 lebih damai dan tenang. Sehinggalah kita bertemu Oktober 2023.  Dunia kembali menjadi huru-hara. Berita-berita kematian kembali berkumandang dan pada satu sudut dunia, ada warga yang disekat pergerakan serta kehidupannya. Cuma kali ini, bukan sebab  virus. Mereka mati dan terkurung kerana kejahatan makhluk bernama manusia. Seperti beberapa artikel yang telah dihasilkan, Relevan meletakkan pembantaian warga Palestin di Gaza dan Tebing Barat oleh Israel sebagai tumpuan utama…

Read More

RELEVAN menganggap isu gaji merupakan perkembangan utama yang perlu dilihat dalam segmen kerjaya pada 2023. Alasannya? Pertama, gaji itu sendiri inti penting dalam bidang kerjaya. Selain pengangguran dan guna tenaga, kemajuan kesatuan sekerja serta hak-hak pekerja, gaji memberi kesan besar kepada golongan pekerja dan majikan. Kedua, banyak perkembangan yang berlaku dalam isu gaji di Malaysia pada 2023. Tambah baik dalam hebahan perangkaan membolehkan kita melihat realiti gaji rakyat Malaysia yang rendah.  Dapatan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir separuh pekerja di Malaysia menerima gaji bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Lebih 50 peratus pula menerima gaji di bawah gaji kehidupan wajar.…

Read More

2023 melabuhkan tirainya dengan krisis, penantian dan harapan. Dari mata-mata tajam yang memerhati prestasi kerajaan Malaysia sehingga tangan-tangan kejam yang merampas hidup dari rakyat Palestin – isinya krisis, penantian dan harapan. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim memerintah negara bermula penghujung tahun lalu. Sejak awal, rakyat mengharapkan reformasi. Menanti perubahan yang akan dibawa kerajaan pimpinan ahli politik ‘paling derita’. Namun, tidak seperti yang ramai harapkan, reformasi tidak boleh datang dalam tempoh singkat, terutamanya yang bersifat struktural. Hal itu menjadi perhatian utama di peringkat domestik. Malaysia menantikan reformasi dalam banyak hal – fasiliti kesihatan, dasar ekonomi, kemajuan pendidikan, budaya politik dan…

Read More

PERANCANGAN kewangan melibatkan strategi, disiplin dan kemahuan yang kuat. Nampak senang tapi bagi yang tak ada tiga perkara ini, biasanya akan gagal. Salah satu strategi kewangan yang popular ialah SMART – ciri-ciri matlamat kewangan yang baik dan memudahkan amalan menyimpan. SMART merujuk kepada lima ciri, iaitu spesifik (specific), boleh diukur (measurable), boleh dicapai (achievable), realistik (realistic) dan diikat waktu (time-bound). Jika matlamat kewangan menepati kelima-lima ciri ini, urusan menyimpan lebih mudah dan jelas.  Dengan contoh modul oleh Khan Academy, kita fahami kelima-lima ciri tersebut dengan matlamat permulaan: “Saya mahu menyimpan duit”. Spesifik Matlamat yang spesifik menjadikan matlamat anda jelas. Ini…

Read More

TAHUKAH anda harga roti canai kosong sekarang rata-rata adalah antara RM1.20 sehingga RM1.80 sekeping? Makanan penghubung antara budaya dan bangsa ini pada zaman kanak-kanak kita hanya dijual pada harga di bawah RM0.50 sekeping. Fenomena ini dikenali sebagai inflasi, iaitu kenaikan harga yang berlaku pada barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa.  Secara umumnya, inflasi merupakan kenaikan harga yang berlaku bagi barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa tertentu.  Kadar inflasi lazimnya diukur melalui pengiraan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi perubahan harga item-item dalam bakul tetap barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa.  Pemilihan item dalam bakul barangan dan perkhidmatan adalah…

Read More

KADAR pengangguran Malaysia kekal pada 3.4 peratus pada Oktober, dengan bilangan penganggur mencatatkan penurunan kepada kira-kira 570,900 orang berbanding kira-kira 573,700 orang pada September. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, penganggur aktif atau mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan merangkumi 80.1 peratus daripada jumlah penganggur pada Oktober. Kata beliau, kategori tersebut menurun sebanyak 0.4 peratus, merekodkan kira-kira 457,200 orang. “Dalam kalangan penganggur aktif, mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan meliputi 61.6 peratus sementara mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun adalah 6.2 peratus. “Begitu juga, mereka yang percaya bahawa tiada pekerjaan…

Read More

PEPERIKSAAN terbesar peringkat sekolah, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berlangsung tak lama lagi. Persediaannya pasti semakin rancak di sekolah-sekolah. Mungkin dalam tempoh ini, ramai yang memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar berpotensi cemerlang yang konsisten dalam ujian-ujian sepanjang tahun. Namun, jangan juga dilupa yang lain. Bukan tidak pernah kita dengar cerita pelajar yang awalnya tiada harapan, malah gagal dalam ujian tetapi akhirnya membuat pecutan saat akhir sehingga cemerlang dalam SPM. Secara ringkasnya, begitulah rumusan cerita Megat Solleh kira-kira 16 tahun lalu. Masuk kelas aliran perakaunan kerana terpaksa. Sepanjang belajar otaknya beku, tak dapat hadam segala berkaitan subjek Perakaunan.  Tetapi hari ini, beliau…

Read More