Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa itu inflasi?

    Apa itu inflasi?

    By December 11, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SECARA umumnya, inflasi merupakan kenaikan harga yang berlaku bagi barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa tertentu. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    TAHUKAH anda harga roti canai kosong sekarang rata-rata adalah antara RM1.20 sehingga RM1.80 sekeping? Makanan penghubung antara budaya dan bangsa ini pada zaman kanak-kanak kita hanya dijual pada harga di bawah RM0.50 sekeping.

    Fenomena ini dikenali sebagai inflasi, iaitu kenaikan harga yang berlaku pada barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa. 

    Secara umumnya, inflasi merupakan kenaikan harga yang berlaku bagi barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa tertentu. 

    Kadar inflasi lazimnya diukur melalui pengiraan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi perubahan harga item-item dalam bakul tetap barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa. 

    Pemilihan item dalam bakul barangan dan perkhidmatan adalah berasaskan kepada nilai penggunaan yang diperolehi melalui Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah (HES) yang dilaksanakan dua kali dalam tempoh lima tahun. 

    Spesifikasi bagi setiap item barangan dan perkhidmatan akan dikelaskan kepada setiap kelas perbelanjaan dan kemudian disusun mengikut subkumpulan barangan dan perkhidmatan. Subkumpulan ini kemudian dikategorikan kepada kumpulan utama.

    Contohnya boleh dilihat dalam infografik di bawah.

    Wajaran kumpulan

    Daripada 12 kumpulan utama IHP, tiga mempunyai wajaran terbesar. Ini bermakna, perubahan harga dalam tiga kumpulan utama itu yang paling banyak mempengaruhi pengiraan inflasi.

    Tiga kumpulan utama dan subkumpulannya boleh dilihat di bawah.

    Tiga subkumpulan utama yang paling banyak mempengaruhi inflasi
    Tiga subkumpulan utama makanan dan minuman bukan alkohol
    Empat subkumpulan utama perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain
    Tiga subkumpulan utama pengangkutan

    Analogi wajaran

    Untuk memahami aplikasi wajaran tersebut, ia boleh dianalogikan dalam bentuk perbelanjaan seperti dalam infografik di bawah.Ini bermaksud, kira-kira 68 peratus perbelanjaan isi rumah akan digunakan bagi tujuan ketiga-tiga kumpulan di atas manakala selebihnya akan digunakan untuk lain-lain perbelanjaan. 

    Oleh kerana barangan dan perkhidmatan dalam ketiga-tiga kumpulan ini mendominasi keseluruhan perbelanjaan isi rumah, maka ia amat relevan dan signifikan kepada pengguna. 

    Dalam hal ini, sebarang kenaikan harga yang berlaku dalam mana-mana barangan dan perkhidmatan di bawah ketiga-tiga kumpulan ini akan memberikan kesan besar kepada perbelanjaan isi rumah pengguna. 

    Oleh kerana nilai inflasi ini dibentuk daripada 781 item spesifikasi barangan dan perkhidmatan, maka apabila inflasi pada bulan tertentu mencatatkan peningkatan, tidak bermakna keseluruhan barangan serta perkhidmatan turut mengalami kenaikan harga. 

    Hakikatnya, pengguna tidak membeli kesemua item-item dalam kumpulan tersebut, sebaliknya membeli mengikut keperluan individu. 

    Jika kita menjurus kepada item-item spesifik dalam kumpulan berkenaan, kita dapati bukan semua item mencatatkan peningkatan harga. 

    Ini penting untuk difahami supaya pengguna tidak terkeliru bahawa peningkatan inflasi bermakna peningkatan semua harga barang. Inflasi diukur dengan penelitian terhadap harga banyak barang dan perkiraannya memberikan gambaran tentang situasi keseluruhan harga barang di sesebuah negara. – RELEVAN

    *Semua infografik ihsan KPDNHEP

    *Artikel ini merupakan gubahan daripada artikel yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 11 November 2021.

    ekonomi featured inflasi kewangan
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.