Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pernah gagal kertas percubaan, akauntan ini mahu calon SPM tidak berputus asa

    Pernah gagal kertas percubaan, akauntan ini mahu calon SPM tidak berputus asa

    By KU SYAFIQ KU FOZIDecember 7, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MEGAT SOLLEH (dua dari kiri) mencatatkan keputusan cemerlang dalam SPM walaupun sering gagal sebelum itu. - GAMBAR IHSAN ACCA

    PEPERIKSAAN terbesar peringkat sekolah, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berlangsung tak lama lagi. Persediaannya pasti semakin rancak di sekolah-sekolah.

    Mungkin dalam tempoh ini, ramai yang memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar berpotensi cemerlang yang konsisten dalam ujian-ujian sepanjang tahun. Namun, jangan juga dilupa yang lain.

    Bukan tidak pernah kita dengar cerita pelajar yang awalnya tiada harapan, malah gagal dalam ujian tetapi akhirnya membuat pecutan saat akhir sehingga cemerlang dalam SPM.

    MEGAT SOLLEH

    Secara ringkasnya, begitulah rumusan cerita Megat Solleh kira-kira 16 tahun lalu. Masuk kelas aliran perakaunan kerana terpaksa. Sepanjang belajar otaknya beku, tak dapat hadam segala berkaitan subjek Perakaunan. 

    Tetapi hari ini, beliau merupakan akauntan bertauliah, malah memimpin persatuan Young Member Network ACCA sebagai Timbalan Pengerusi.

    “Saya gagal semua ujian perakaunan sepanjang Tingkatan 4. Malah, saya juga gagal kertas Perakaunan dalam peperiksaan percubaan,” imbasnya.

    Cerita Megat, jalan hidupnya berubah melalui satu gerak kecil oleh guru subjek Perakaunannya. Dia diajak berbincang.

    Kata gurunya, dia sebenarnya ada potensi yang dia sendiri tidak sedari dan gurunya sedia membantu kalau dia mahu berjaya. Kata-kata itu melonjakkan semangat dan kepercayaan diri Megat. Dengan usaha keras dalam tempoh singkat, keputusan subjek perakaunannya bertukar gari gagal kepada cemerlang – A1!

    5 Nasihat

    Kisah Megat menginspirasikan. Dari kegagalan dan putus harapan, beliau membina keyakinan untuk mendapatkan keputusan cemerlang.

    Untuk itu, beliau mahu berkongsi lima nasihat buat para pelajar yang akan mengambil SPM tahun ini.

    • Jika mahu sesuatu, berusahalah untuk mendapatkannya

    Perubahan Megat daripada gagal kepada cemerlang bertitik tolak dari kata-kata gurunya yang percaya pada potensinya. Maka, bagi beliau, semua keadaan boleh berubah apabila anda percaya pada diri sendiri dan berusaha sebaik mungkin.

    Dalam hal itu, disiplin diri dan kesungguhan amat membantu.

    • Ketahui apa yang ingin dicapai

    Pesan Megat, jika anda sedang belajar, tetapkan matlamat. Contohnya, cuba letak matlamat untuk menghabiskan satu bab ulang kaji dalam masa satu jam.

    Pastikan anda fokus dan berada dalam landasan yang betul. Ketepikan seketika telefon dan perkara lain yang boleh mengganggu tumpuan.

    • Manfaatkan kaedah yang sesuai

    Ketahui gaya belajar sendiri. Cuba tanya diri sendiri, adakah anda dapat belajar dengan lebih baik apabila bersendirian atau secara berkumpulan? Anda sesuai belajar pada waktu pagi atau lewat malam?

    Jika ada yang anda tak faham, cari seseorang yang dapat membantu. Contohnya rakan yang pandai dalam subjek tersebut.

    Pastikan setiap kali dalam kelas, anda tidak keluar dengan tangan kosong tanpa belajar sesuatu.

    • Jangan putus asa

    Anda boleh ada masa depan yang cerah dalam apa-apa bidang, termasuk perakaunan walaupun keputusan untuk subjek tersebut tidak begitu cemerlang. Ada banyak pilihan pembiayaan dan biasiswa untuk anda melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.

    Yang penting, anda sanggup untuk berusaha bersungguh-sungguh dan ingat bahawa kesilapan dan ketidakcemerlangan bukan penamat dunia.

    Jika anda membetulkan kesilapan, bersyukur dan belajar untuk tidak mengulanginya. Inilah sikap yang membezakan antara orang yang berjaya dengan tidak berjaya.

    • Bijak merancang masa hadapan

    Cari kerjaya yang mempunyai masa hadapan yang luas supaya anda tidak melabur masa dan usaha dalam bidang pendidikan yang bakal luput.

    Megat mengambil contoh perakaunan. Masa hadapannya luas kerana setiap perniagaan memerlukan akauntan dan belajar perakaunan mempersiap anda untuk pilihan kerjaya yang cukup luas.

    Tak kira apa pilihan anda, baik bidang perakaunan, sukan atau menjadi pempengaruh media sosial, pastikan anda menjadi akauntan, atlet dan pempengaruh yang bijak supaya kerjaya dan kehidupan anda boleh diurus sebaiknya. – RELEVAN

    Previous ArticleINTAN-UPM lahir usahawan tani muda
    Next Article 5 tip untuk lebih yakin di tempat kerja

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.