Facebook Twitter
    Trending
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » SMART: Rancang kewangan macam orang bijak

    SMART: Rancang kewangan macam orang bijak

    By KU SYAFIQ KU FOZIDecember 13, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SMART merujuk kepada lima ciri, iaitu spesifik (specific), boleh diukur (measurable), boleh dicapai (achievable), realistik (realistic) dan diikat waktu (time-bound). - GAMBAR HIASAN/PIXABAY (Pexels)

    PERANCANGAN kewangan melibatkan strategi, disiplin dan kemahuan yang kuat. Nampak senang tapi bagi yang tak ada tiga perkara ini, biasanya akan gagal.

    Salah satu strategi kewangan yang popular ialah SMART – ciri-ciri matlamat kewangan yang baik dan memudahkan amalan menyimpan.

    SMART merujuk kepada lima ciri, iaitu spesifik (specific), boleh diukur (measurable), boleh dicapai (achievable), realistik (realistic) dan diikat waktu (time-bound).

    Jika matlamat kewangan menepati kelima-lima ciri ini, urusan menyimpan lebih mudah dan jelas. 

    Dengan contoh modul oleh Khan Academy, kita fahami kelima-lima ciri tersebut dengan matlamat permulaan: “Saya mahu menyimpan duit”.

    • Spesifik

    Matlamat yang spesifik menjadikan matlamat anda jelas. Ini bermakna, untuk menyediakan matlamat yang spesifik, anda perlu meneliti semua hal sehingga ke perincian terakhir.

    Cara ini membolehkan anda jelas dengan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat tersebut.

    Sebagai contoh, berbanding hanya menyimpan hasrat untuk menyimpan duit, perincikan matlamatnya. Untuk apa duit itu mahu disimpan? 

    Maknanya, matlamat permulaan tadi akan berkembang menjadi, contohnya, “Saya mahu menyimpan duit untuk tabung kecemasan”.

    Setelah jelas, bolehlah anda bergerak ke langkah seterusnya.

    • Boleh diukur

    Matlamat yang boleh diukur bermakna anda meletakkan nilai yang tepat pada sasaran tersebut. Ini penting supaya anda boleh ukur kemajuan yang telah dicapai.

    Contohnya, berbanding menyimpan membuta-tuli, letakkan sasaran RM1,000. Dalam tempoh beberapa bulan, lihat anda telah menyimpan banyak mana dan berapa baki lagi yang perlu disimpan.

    Begitu juga, matlamat yang boleh diukur dapat menaikkan semangat anda untuk terus menyimpan.

    Ia memberi anda destinasi untuk dituju dan apabila mencapainya, anda boleh raikannya sebagai sebuah kejayaan.

    Maka, matlamat tadi terus berkembang kepada: “Saya mahu menyimpan RM1,000 untuk tabung kecemasan”.

    • Boleh dicapai

    Menentukan matlamat yang boleh dicapai memerlukan anda untuk menilai kemampuan sendiri. Contohnya, untuk menyimpan RM1,000 dalam masa setahun, adakah anda mempunyai sumber mencukupi untuk matlamat tersebut?

    Matlamat yang boleh dicapai menjadikan anda lebih realistik dan mengelakkan kekecewaan akibat meletakkan matlamat yang terlalu tinggi.

    Dengan menambah ciri ini, matlamat anda akan menjadi: “Saya mahu menyimpan RM1,000 untuk tabung kecemasan dengan menabung RM200 setiap bulan”.

    • Realistik

    Ciri ini hampir sama dengan boleh dicapai tetapi dengan menjadi realistik, anda turut mengambil kira had-had yang wujud, berbanding hanya sumber.

    Sebagai contoh, anda mungkin ada sumber untuk menyimpan RM200 sebulan, iaitu daripada gaji. Tetapi, jika sebahagian besar gaji anda sudah digunakan untuk membayar komitmen hutang, membeli keperluan asas dan mendapatkan kehendak lain, mungkin sukar untuk menyimpan jumlah itu.

    Maka, untuk menjadi realistik, matlamat tersebut perlu diubah kepada: “Saya mahu menyimpan RM1,000 untuk tabung kecemasan dengan menabung RM100 setiap sebulan”.

    • Diikat waktu

    Matlamat yang diikat waktu membantu anda merancang tempoh untuk mencapainya. 

    Ciri ini mewujudkan rasa kegesaan dan bertanggungjawab. Mudah kata, ia menjadikan anda lebih berdisiplin.

    Apabila ciri diikat waktu dimasukkan, matlamat anda yang lengkap akan menjadi begini: “Saya mahu menyimpan RM1,000 untuk tabung kecemasan dengan menabung RM100 setiap sebulan, dalam tempoh 10 bulan”. – RELEVAN

    Previous ArticleTYMBA persiapkan akauntan muda dan tawaran biasiswa
    Next Article 4 langkah mulakan simpanan tahun baharu

    Artikel berkaitan

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.