KU SYAFIQ KU FOZI

KONSEP asas hutang sangat mudah difahami. Anda meminjam sejumlah wang dan berjanji untuk membayar semula wang tersebut kepada pemberi.  Namun, semakin lama dan semakin besar ‘industri’ hutang, semakin ia menjadi rumit, lebih-lebih lagi untuk orang biasa yang tiada pendidikan khusus dalam bidang kewangan. Untuk faham bentuk hutang yang wujud sekarang, kita perlu tahu jenisnya dahulu. Dua jenis hutang (atau disebut kredit) yang paling lazim ialah kredit pusingan (revolving credit) dan ansuran (installment credit). Kredit pusingan Kredit pusingan merupakan jenis hutang yang mempunyai had jumlah pinjaman tetapi boleh digunakan berulang kali, asalkan anda membayar sedikit daripada jumlah pinjaman setiap bulan. Contoh…

Read More

TOKOH perbankan, Tan Sri Azman Hashim dimasyhurkan sebagai Canselor Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) dalam majlis pemasyhuran yang julung kali diadakan sempena Majlis Konvokesyen kali ke-14 kolej tersebut pada 13 Januari lalu. Pemasyhuran tersebut dibuat selepas pelantikannya diperkenan Seri Paduka Yang di-Pertuan AGong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Menurut UCMI, pelantikan Azman sebagai canselor adalah pilihan tepat berdasarkan pencapaian dan sumbangan beliau dalam industri kewangan. Katanya, kejayaan Azman membangunkan Kumpulan Ambank mengangkat beliau sebagai antara pengasas yang berjaya dan berpengaruh dalam industri kewangan tempatan. “Beliau tidak hanya berjaya dalam bidang perbankan tetapi juga dalam pembangunan ekonomi Malaysia, menjadikan beliau…

Read More

BERAPA buku anda berjaya baca tahun lepas?   Ini bukanlah soalan untuk mengejek atau memperlekeh sebab dalam era ini, memang sukar untuk berjumpa orang yang mampu baca beratus, malah berpuluh buku setahun. Cabarannya berbeza. Buku, khususnya yang fizikal, hanya sebuah objek yang pegun. Mungkin dapat dicantikkan dengan rekaan kulit yang menarik untuk mendapat perhatian kita. Pesaingnya lebih maju dan canggih. Media sosial, permainan video, pelbagai platform video – semua ini perumah untuk teknologi bujukan (persuasive technology) yang wujudnya untuk mencuri perhatian manusia. Namun, sebagai manusia, kita boleh memilih untuk menjadi teguh hati dan melawan bujukan teknologi lalu mengalihkan perhatian pada gudang…

Read More

PERKAHWINAN  melibatkan banyak perubahan dalam rutin harian. Kalau sebelum ini tidur seorang, sekarang dah berdua. Bukan mudah untuk membenarkan seseorang masuk ke ruang intim kita. Ia memerlukan kesediaan penuh, kompromi dan kesabaran. Hal-hal kecil seperti dengkur juga boleh membawa konflik. Bukan tak pernah kita dengar cerita perceraian disebabkan hal yang sesetengah orang anggap remeh. Malah, bercerita tentang dengkur, ia bukan setakat masalah keselesaan tidur. Disebabkan tidur yang tak selesa dan cukup, masalah kesihatan lain boleh datang. Produktiviti kerja terganggu. Sebab itu ia tidak boleh dipandang remeh. Dengkur biasa, dengkur kronik Ada dengkur yang biasa. Bunyinya sayup-sayup, kalau tak diberi perhatian…

Read More

KADAR pengangguran pada November 2023 turun kepada 3.3 peratus, sekali gus mencatatkan kadar yang setara dengan tahap sebelum pandemik. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, prestasi tenaga buruh negara menunjukkan peningkatan pada bulan tersebut, mengisyaratkan pertumbuhan positif ekonomi semasa dengan pertambahan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja. Kata beliau, bilangan tenaga buruh terus mencatatkan peningkatan pada November, naik sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan kepada 17.0 juta orang, berbanding 16.97 juta pada Oktober. Kadar penyertaan tenaga buruh pula kekal pada 70.1 peratus. “Bilangan penduduk bekerja pada November terus meningkat dengan pertambahan sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan, mencecah…

Read More

DI sekeliling kita ada banyak gangguan. Ditambah dengan kemajuan teknologi, gangguan sentiasa wujud selagi telefon pintar ada di sisi. Untuk mengatasi gangguan yang ada bukan senang. Sudah tabiat, selang 10 atau lima minit, tangan akan capai telefon untuk memeriksa mesej atau media sosial. Sebenarnya, kira-kira 40 tahun lalu, penyelesaian untuk isu gangguan ketika belajar atau menyiapkan kerja ini sudah ada. Ia ditemui pakar keberkesanan dan produktiviti, Francesco Cirillo pada dekad 1980-an. Ilhamnya – sebuah pemasa (timer) dapur berbentuk tomato. Teknik untuk memberikan tumpuan penuh tanpa gangguan semasa bekerja atau belajar itu dinamakan sebagai Pomodoro. Mengenali Pomodoro Nama Pomodoro itu, secara…

Read More

SEKIAN lama, cukai dilihat sebagai asas penting ekonomi sesebuah negara. Penulis Rom kuno, Cicero malah mengatakan, cukai adalah urat sebuah negara. Kata-kata itu menggambarkan peranan penting yang dimainkan cukai dalam sebuah negara. Tanpa cukai yang dibayar rakyat, fungsi kerajaan tergendala.  Antara cukai lazim yang dikenakan kepada rakyat ialah cukai pendapatan, cukai kepenggunaan (seperti GST dan SST) serta cukai kepada pemilik hartanah. Di Malaysia, pemilik hartanah perlu bersedia membayar tiga jenis cukai, iaitu cukai tanah, cukai taksiran dan jika melibatkan penjualan hartanah, cukai keuntungan harta tanah. Ketiga-tiga cukai ini mempunyai kepentingan dan fungsinya yang tersendiri. Cukai tanah Menurut PropertyGuru, cukai tanah…

Read More

KEBIASAANNYA, kita tahu kenapa berat badan bertambah. Pemakanan yang tidak dijaga dan kurang bersenam antara punca yang lazim dan jelas. Namun, kadang kala, kita keliru apabila badan semakin ‘naik’ tanpa punca-punca jelas. Ini kerana berat badan boleh bertambah disebabkan punca-punca yang tersembunyi. Berpandukan artikel oleh Heid Godman dari Harvard Health Publishing, Relevan kongsikan punca-punca tersembunyi tersebut untuk anda. Punca berkaitan umur Peningkatan umur membawa bersama perubahan fisiologi yang boleh mempengaruhi berat badan, terutamanya kehilangan jisim otot.  Pada pertengahan umur (sekitar umur 30-an ke 40-an), kita kehilangan kira-kira satu peratus jisim otot setiap tahun. Ini mempengaruhi kekuatan tubuh dan metabolisme (kepantasan…

Read More

KITA boleh berjumpa konflik di mana-mana: di rumah, sekolah, tempat kerja mahupun dalam hubungan persahabatan. Wujudnya konflik sukar dielak tetapi ia tidak boleh dibiar berlarutan, terutamanya konflik di tempat kerja. Seperti luka – perlu cepat-cepat diletak ubat agar tidak terjangkit kuman lain yang membawa penyakit. Konflik yang tidak terlerai bukan sahaja mengeruhkan suasana di tempat kerja, malah melibatkan kerugian kewangan syarikat. Portal Bizfluent pada 2019 menganggarkan kerugian yang ditanggung syarikat-syarikat di Amerika Syarikat akibat kegagalan meleraikan konflik adalah sebanyak AS$359 bilion (RM1.66 trilion) setahun. Sehubungan itu, setiap pemimpin syarikat perlu mengambil berat tentang konflik dan mempelajari strategi penyelesaiannya. Relevan kongsikan lima…

Read More

SEPANJANG 2023, Relevan telah menyajikan pelbagai artikel dan laporan dalam segmen Kewangan. Selain tip dan penjelasan tentang kewangan peribadi, laporan berkenaan dasar kerajaan yang mempengaruhi kewangan rakyat juga ada diterbitkan. Artikel-artikel berkenaan dasar kerajaan nampaknya yang paling menarik perhatian pembaca pada tahun lalu. Dari panduan permohonan pinjaman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga fakta-fakta penting tentang kredit e-Madani, pembaca Relevan mencari maklumat sahih tentang pelbagai usaha kerajaan yang dapat membantu mereka menjalani kehidupan. Berikut merupakan 10 artikel dalam segmen Kewangan Relevan yang mendapat bacaan terbanyak. Anda boleh klik pada tajuk setiap artikel untuk membaca artikel asal. Syarat dan cara memohon…

Read More