Facebook Twitter
    Trending
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » “Suami dengkur macam mesin basuh, susah nak tidur sekali” – Ini tip untuk pasangan yang ‘bercerai tidur’

    “Suami dengkur macam mesin basuh, susah nak tidur sekali” – Ini tip untuk pasangan yang ‘bercerai tidur’

    By January 10, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DENGKUR yang kronik boleh membawa kepada cerai tidur. - GAMBAR HIASAN/KAMPUS PRODUCTION (Pexels)

    PERKAHWINAN  melibatkan banyak perubahan dalam rutin harian. Kalau sebelum ini tidur seorang, sekarang dah berdua.

    Bukan mudah untuk membenarkan seseorang masuk ke ruang intim kita. Ia memerlukan kesediaan penuh, kompromi dan kesabaran.

    Hal-hal kecil seperti dengkur juga boleh membawa konflik. Bukan tak pernah kita dengar cerita perceraian disebabkan hal yang sesetengah orang anggap remeh.

    Malah, bercerita tentang dengkur, ia bukan setakat masalah keselesaan tidur. Disebabkan tidur yang tak selesa dan cukup, masalah kesihatan lain boleh datang. Produktiviti kerja terganggu. Sebab itu ia tidak boleh dipandang remeh.

    Dengkur biasa, dengkur kronik

    Ada dengkur yang biasa. Bunyinya sayup-sayup, kalau tak diberi perhatian kita susah nak dengar.

    Ada dengkur yang kronik. Kadang-kadang bunyinya tajam dan berfrekuensi tinggi, kadang-kadang keras dan menggetar.

    Waktu tertentu, keluar bunyi mesin basuh separa automatik dalam mod spin. Ada yang mirip mesin peniup daun. Kadang-kadang kita bermimpi berada di tengah laut sebab terdengar bunyi serombong kapal kargo.

    ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki lebih cenderung dapat masalah dengkur

    Dengkur yang kronik boleh mengganggu tidur pasangan dan tidur yang terganggu membawa kemungkinan penyakit, seperti obesiti, diabetes, penyakit jantung dan penurunan kebolehan kognitif.

    Bukan sahaja dengkur, masalah di atas katil pasangan berkahwin ini boleh juga termasuk menyepak tak tentu pasal, bergolek dan berpusing tanpa isyarat dan kedekut selimut (lepas sejam lena, habis selimut ditarik untuk dia seorang).

    Masalah-masalah ini boleh membawa kepada ‘cerai tidur’.

    Cerai tidur

    Ada orang lebih suka guna istilah pisah tidur (sleep separation) atau aturan tidur alternatif (alternative sleep arrangements) berbanding cerai tidur (sleep divorce). Mungkin konotasinya lebih baik.

    Namun, semuanya merujuk kepada keadaan yang sama – pasangan, secara sedar, memilih untuk tidur berasingan. Mungkin asing katil, asing bilik atau apa-apa cara, asalkan mereka tidak tidur di atas satu katil yang sama.

    Ia bukanlah tindakan yang sepenuhnya negatif. Betul, tidur sekali itu boleh meningkatkan keintiman dan kasih sesama pasangan tetapi dalam keadaan tertentu yang mendesak, cerai tidur boleh jadi alternatif yang baik.

    Sebagai contoh, jika kedua-dua pasangan ada tabiat tidur yang berbeza seperti seorang mahu tidur gelap, seorang mahu ada cahaya samar. Kalau tak ada yang boleh berkompromi, cerai tidur adalah pilihan yang boleh diambil.

    Begitu juga masalah tidur seperti yang disebut di atas – dengkur kuat, kuat menyepak waktu tidur – selagi belum dapat diatasi, tidur berasingan bawa lebih banyak kebaikan.

    Sebelum bercerai tidur

    Kalau anda fikir masalah yang ada masih boleh diatasi, cuba selesaikan dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bercerai tidur.

    Adakan perbincangan yang jujur, terbuka dan empatik. Jangan tinggikan suara, menghina atau berdegil, cuba cari penyelesaian yang menang-menang.

    Pakar psikiatri di Hospital McLean, Dr. Stephanie Collier berkata, perbualannya mungkin memalukan kerana kedua-dua pasangan perlu menjadi rapuh dan bersedia berbincang isu sensitif.

    “Jika sukar untuk berbincang sendiri, pertimbangkan sesi kaunseling pasangan dengan pihak ketiga yang objektif untuk memandu anda,” katanya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tentang trauma dan kepercayaan: 11 renungan tentang filem Good Will Hunting

    Selain berbincang, usahakan juga untuk berkompromi. Sebagai contoh, jika pasangan ada masalah dengkur, cuba tidur pakai penyumbat telinga (earplug) atau fon putik (earbud) sambil dengar lagu atau audio siar.

    Bagi pasangan yang berdengkur pula, cuba atasi dengan tidur secara mengiring atau berjumpa doktor untuk menyelesaikan masalah yang ada.

    Cerai tidur cara baik

    Sekiranya cerai tidur adalah satu-satunya pilihan yang ada, lakukannya dengan baik bagi mengelak konflik berpanjangan.

    Berikut merupakan langkah yang boleh diambil, menurut Dr. Collier:

    • Pastikan kedua-duanya selesa

    Jangan disebabkan bercerai tidur, salah seorang perlu tidur di atas sofa setiap malam.

    Pastikan kedua-dua pasangan mendapat tidur yang selesa dan berkualiti selepas bercerai tidur. Sediakan tilam yang selesa dengan persekitaran yang menenangkan.

    • Rancang masa intim

    Tidur bersama menggalakkan hubungan peribadi, aktiviti seksual dan perasaan selesa bersama pasangan.

    Bagi memastikan ia masih dapat dinikmati selepas bercerai tidur, buat perancangan yang teliti.

    Cadang Dr. Collier, jika masa intim anda adalah pada waktu malam, rancang masa bersama sebelum tidur. Isi masa itu dengan hubungan seks, berpelukan, menonton televisyen atau berbual kosong dengan intim. Selesai, bolehlah bergerak ke tempat tidur masing-masing.

    • Cipta rutin waktu malam

    Buat yang sudah tidur bersama lama, mungkin sukar untuk berpisah pada awalnya.

    “Bina rutin sebelum tidur sendiri yang membolehkan anda rasa tenang dan mengantuk seperti membaca atau mendengar audio siar.

    “Jika rindukan belaian dan rasa selamat semasa tidur bersama pasangan, gunakan bantal peluk atau selimut yang tebal.

    “Boleh juga bercakap dengan pasangan melalui telefon atau buat panggilan video sebelum tidur. Dengan cara itu, anda masih bersama walau terpisah jarak,” kata Dr. Collier.

    • Nilai keadaan selalu

    Selalu berbual dengan pasangan tentang keadaan anda. Buat penilaian dan kenal pasti, apa yang baik dan apa yang buruk.

    Kata Dr. Collier, keadaan belum cukup baik jika ia hanya menyenangkan satu pihak.

    “Cuba perbaiki keadaan. Perkara ini melibatkan hubungan dan kesihatan.

    “Cerai tidur boleh bawa manfaat jika kedua-dua pihak gembira dengan keadaannya, kedua-dua pihak boleh tidur dengan baik dan anda boleh terus menghidupkan hubungan,” katanya. – RELEVAN

    cerai tidur dengkur featured hubungan kesihatan psikologi
    Artikel Terkini

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.