Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Artikel kewangan Relevan yang paling popular sepanjang 2023: KWSP, e-Madani jadi perhatian

    Artikel kewangan Relevan yang paling popular sepanjang 2023: KWSP, e-Madani jadi perhatian

    By January 2, 2024Updated:January 2, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEPANJANG 2023, Relevan telah menyajikan pelbagai artikel dan laporan dalam segmen Kewangan. Selain tip dan penjelasan tentang kewangan peribadi, laporan berkenaan dasar kerajaan yang mempengaruhi kewangan rakyat juga ada diterbitkan.

    Artikel-artikel berkenaan dasar kerajaan nampaknya yang paling menarik perhatian pembaca pada tahun lalu.

    Dari panduan permohonan pinjaman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga fakta-fakta penting tentang kredit e-Madani, pembaca Relevan mencari maklumat sahih tentang pelbagai usaha kerajaan yang dapat membantu mereka menjalani kehidupan.

    Berikut merupakan 10 artikel dalam segmen Kewangan Relevan yang mendapat bacaan terbanyak. Anda boleh klik pada tajuk setiap artikel untuk membaca artikel asal.

    • Syarat dan cara memohon pinjaman KWSP 

    Bermula 7 April lalu, ahli KWSP yang memenuhi syarat boleh memohon inisiatif pembiayaan peribadi, Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP atau yang ramai rujuk sebagai pinjaman KWSP.

    FSA2 merupakan kemudahan untuk membantu ahli KWSP memohon pembiayaan peribadi dengan jumlah maksimum RM50,000 menggunakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

    Permohonan untuk fasa satu FSA2 dibuka selama setahun. Maknanya, artikel ini masih relevan untuk dijadikan panduan sehingga 7 April ini.

    • 10 penjelasan tentang pinjaman KWSP

    Satu lagi artikel berkenaan pinjaman KWSP turut mendapat bacaan yang banyak. Dalam artikel ini, beberapa kekeliruan tentang pinjaman tersebut dijelaskan supaya pembaca mendapat maklumat yang tepat.

    Penjelasan-penjelasan yang disenaraikan termasuk tentang pembayaran bulanan, ciri-ciri pinjaman dan pilihan penyelesaian awal.

    • 5 cabaran ekonomi untuk Malaysia pada 2023 menurut Perdana Menteri 

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu dengan menggariskan lima cabaran ekonomi yang telah, sedang dan akan dihadapi negara.

    Cabaran tersebut termasuk beban hutang, kemerosotan pentadbiran, ketidaktentuan ekonomi dunia, pelaburan yang belum pulih dan cabaran buat rakyat. Untuk tahu perinciannya, boleh klik tajuk di atas.

    • Pendapatan bawah RM5,429 dikira B40, T20 atas RM11,820

    Walaupun kerajaan menyatakan hasrat untuk memansuhkan pengkelasan kumpulan pendapatan rakyat melalui kategori B40, M40 dan T20, kemas kini had pendapatan melalui Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 tetap mendapat perhatian.

    Menurut Jabatan Perangkaan, had pendapatan untuk ketiga-tiga kategori tersebut menunjukkan peningkatan pada 2022 berbanding 2019.

    • Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

    Laporan Tahunan Pasaran Hartanah 2022 oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Kebangsaan (NAPIC) mendedahkan terdapat 27,746 unit rumah tidak terjual pada 2022 yang keseluruhannya bernilai RM18.41 bilion.

    Dengan merujuk artikel Curbing Overhang and Vacancy: The Case for a Vacancy Tax in Malaysia oleh Theebalakshmi Kunasekaran dari Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Relevan cuba mencari punca rumah-rumah tersebut sukar dijual.

    • Beli kereta baharu atau kereta terpakai? 

    Keputusan untuk membeli kereta baharu atau terpakai perlu dibuat berdasarkan beberapa faktor. Tanpa pertimbangan yang cukup, kita mungkin tersalah beli dan rugi pada akhirnya.

    Dalam artikel ini, Relevan berkongsi enam faktor yang perlu diambil kira sebelum anda membuat keputusan memilih kerata baharu atau terpakai.

    • 4 kategori pelepasan cukai individu pemastautin untuk tahun taksiran 2022

    Seperti biasa, menjelang berakhir suku pertama setiap tahun, para pembayar cukai akan sibuk dengan urusan pembayaran cukai. Dan seperti biasa juga, antara yang paling menarik perhatian pembayar cukai pastilah tentang pelepasan.

    Artikel ini menyenaraikan empat kategori pelepasan cukai untuk individu pemastautin bagi tahun taksiran 2022. Ini termasuk pelepasan individu; gaya hidup, perubatan dan peralatan berkaitan; pelepasan anak serta caruman, sumbangan dan lain-lain

    •  Segala yang anda perlu tahu tentang e-Madani 

    Bermula 4 Disember lalu, kira-kira 10 juta rakyat Malaysia boleh mula menuntut kredit e-Madani berjumlah RM100 melalui penyedia perkhidmatan e-dompet masing-masing. Program itu merupakan inisiatif kerajaan sebagai kesinambungan kepada kejayaan program e-dompet kerajaan sebelum ini.

    Artikel ini menjelaskan perkara-perkara asas tentang program e-Madani, termasuk tempoh tuntutan, kriteria kelayakan, cara memohon dan transaksi larangan.

    • 7 tanda anda hidup dibelenggu hutang 

    Berhutang itu normal tetapi jika hidup dibelenggu hutang, itu perlu diberi perhatian. Belenggu hutang memberi banyak kesan kepada kehidupan.

    Oleh itu, Relevan tampil berkongsi tanda-tanda yang hidup anda sedang dibelenggu hutang supaya pembaca boleh menilai dan mengambil tindakan untuk membaiki pengurusan kewangan.

    • Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat 

    Satu lagi artikel yang menggunakan rujukan artikel Curbing Overhang and Vacancy: The Case for a Vacancy Tax in Malaysia. Cuma kali ini, tumpuannya adalah pada faktor dan kesan lambakan rumah yang tidak didiami. – RELEVAN

    2023 artikel pilihan featured kewangan
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.