Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Punca tersembunyi berat badan bertambah

    Punca tersembunyi berat badan bertambah

    By KU SYAFIQ KU FOZIJanuary 4, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ADA ubatan yang memberi kesan kepada selera makan, menyebabkan berat badan bertambah. - GAMBAR HIASAN/TOWFIQU BARBHUIYA (Pexels)

    KEBIASAANNYA, kita tahu kenapa berat badan bertambah. Pemakanan yang tidak dijaga dan kurang bersenam antara punca yang lazim dan jelas.

    Namun, kadang kala, kita keliru apabila badan semakin ‘naik’ tanpa punca-punca jelas. Ini kerana berat badan boleh bertambah disebabkan punca-punca yang tersembunyi.

    Berpandukan artikel oleh Heid Godman dari Harvard Health Publishing, Relevan kongsikan punca-punca tersembunyi tersebut untuk anda.

    Punca berkaitan umur

    Peningkatan umur membawa bersama perubahan fisiologi yang boleh mempengaruhi berat badan, terutamanya kehilangan jisim otot. 

    Pada pertengahan umur (sekitar umur 30-an ke 40-an), kita kehilangan kira-kira satu peratus jisim otot setiap tahun. Ini mempengaruhi kekuatan tubuh dan metabolisme (kepantasan kita membakar kalori).

    Pakar perubatan obesiti, Dr. Caroline Apovian berkata, otot yang kecil menggunakan kalori yang lebih rendah.

    “Jika diet anda tidak berubah, anda akan menyimpan lebih banyak kalori daripada biasa (kerana otot tidak lagi menggunakan kalori sebanyak sebelumnya). Lebihannya akan disimpan sebagai lemak,” katanya.

    Selain itu, terdapat beberapa lagi perubahan berkaitan umur yang boleh mempengaruhi berat badan, iaitu:

    • Stres kronik

    Jika anda sentiasa berada dalam tekanan, berkemungkinan anda mempunyai tahap hormon kortisol yang tinggi. Antara peranan kortisol ialah membantu tubuh menambah simpanan tenaga.

    Untuk sesetengah orang, ia mungkin secara tidak langsung menambah berat badan, memandangkan tubuh ‘ingat’ ia perlukan lebih tenaga.

    “Namun, lebih penting lagi, tekanan menyebabkan tingkah laku kompulsif seperti makan makanan penyaman (comfort foods), yang kebiasaannya tinggi gula, lemak tak sihat, kalori berlebihan dan garam,” kata Dr. Apovian.

    • Kurang tidur

    Perubahan berkaitan umur mempengaruhi kebolehan kita untuk tidur dengan baik.

    Tidur yang kurang (enam jam ke bawah setiap malam) boleh memberi kesan kepada hormon yang mengawal selera makan.

    “Kurang tidur dikaitkan dengan tahap tinggi hormon yang membuatkan kita lapar, tahap rendah hormon yang memberitahu kita sudah kenyang dan tahap kortisol yang lebih tinggi,” kata Dr. Apovian.

    • Perubahan hormon seksual

    Lelaki dan wanita yang lebih berumur mengalami pengurangan hormon seksual tertentu.

    Untuk wanita, tahap estrogen yang rendah dikaitkan dengan masalah tidur dan peningkatan lemak badan. Untuk lelaki, tahap testosteron yang rendah dikaitkan dengan jisim otot yang rendah.

    Petanda tersembunyi

    Peningkatan berat badan, terutamanya jika baharu, boleh menjadi petanda beberapa keadaan kesihatan.

    Contohnya, seseorang dengan masalah jantung mungkin mengalami peningkatan berat badan akibat pengekalan cecair yang mungkin dapat dilihat seperti bengkak di bahagian tapak kaki, buku lali, kaki atau perut.

    Kata Dr. Apovian, ia berkemungkinan besar disertai dengan simptom seperti keletihan dan nafas pendek.

    Kenaikan berat badan juga boleh jadi petanda keadaan kesihatan seperti berikut:

    • Diabetes
    • Penyakit buah pinggang tertentu
    • Apnea tidur
    • Masalah tiroid

    Kesan sampingan ubat-ubatan

    Pengambilan ubat tertentu secara kerap juga boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Beberapa ubatan seperti prednisone menyebabkan tubuh anda menyimpan cecair dan meningkatkan berat badan.

    Beberapa ubatan juga memberi kesan kepada kimia otak yang mengawal selera makan, menyebabkan anda lebih kerap lapar berbanding biasa. Ini termasuk:

    • Antidepresan seperti paroxetine atau phenelzine
    • Antihistamin yang mengandungi diphenhydramine
    • Antipsikotik seperti clozapine atau olanzapine
    • Penghalang beta seperti atenolol atau metoprolol
    • Ubat tidur yang mengandungi diphenhydramine

    Punca lain

    Beberapa potensi punca kenaikan berat badan belum difahami sepenuhnya dan masih dalam peringkat kajian.

    Salah satunya ialah amalan makan lewat malam. Beberapa bukti, termasuk kajian oleh Harvard pada 2022 mencadangkan makan lewat malam menyebabkan kita lebih lapar pada waktu siang, melambatkan metabolisme dan meningkatkan lemak badan.

    Potensi punca yang lain ialah populasi mikrob dalam usus. Beberapa bukti mencadangkan mikrob usus boleh mempengaruhi selera makan, metabolisme, gula dalam darah dan simpanan lemak.

    Namun, bukti yang paling jelas adalah melalui kajian terhadap binatang. Untuk manusia, ia belum jelas. – RELEVAN

    Previous ArticleKatak lekit tanah rendah spesies rare di Malaysia
    Next Article 6 manfaat insurans perjalanan, perubatan dan kematian antara yang dilindungi

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.