ZAKAT fitrah merupakan zakat diri yang difardukan ke atas setiap individu Muslim yang berkemampuan. Muslim yang memenuhi syarat wajib mengeluarkan zakat fitrah berdasarkan kadar yang ditetapkan pihak berkuasa agama Islam masing-masing. Menurut Lembaga Zakat Selangor, empat golongan Muslim yang diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah kepada diri, keluarga dan tanggungannya ialah: Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan. Secara…
KU SYAFIQ KU FOZI
LEBIH seminggu lagi nak raya, sudah ada yang gaduh-gaduh tentang baju raya. Ada yang cuba jaga pagar: hari raya perlu pakai sekian-sekian baju sahaja, baju lain tak boleh. Antara yang banyak dikongsi, pesanan supaya semua orang Melayu memakai baju Melayu, bukan kurta atau jubah pada pagi hari raya. Alasannya: kurta dan jubah budaya Arab, bukan Melayu. Dalam dunia yang sudah ada polis diraja, polis trafik, polis jujur, polis korup, polis pervert dan polis moral, kita tak perlukan polis fesyen hari raya. Saya fikir begitu. Kalau ditakdirkan ibu saya bangun tidur dan kata dia mahu pakai baju Choii pada pagi raya…
SUDAH ditanam dalam fikiran, kalau nak kerja pangkat tinggi, kejarlah ijazah dan kelulusan pendidikan tinggi yang lain. Itu fahaman lazim – semakin tinggi kelulusan akademik, semakin tinggi jawatan yang boleh dipohon. Namun, adakah semua jawatan tinggi memerlukan kelulusan akademik yang tinggi? Kalau semua jawatan tinggi dikhususkan kepada pekerja dengan kelulusan akademik tinggi, bagaimana dengan pekerja yang menghabiskan berpuluh tahun usia dewasanya di tempat kerja, mengumpul kemahiran dan pengalaman tanpa segulung ijazah? Mereka tiada peluang? Itu asas bantahan sekumpulan pekerja yang menggelarkan diri mereka sebagai Opportunity@Work terhadap sistem lantikan pekerjaan yang sangat mementingkan kelulusan akademik. Bagi Opportunity@Work, pendidikan tinggi di institut pengajian…
MENUJU penghujung Ramadan, Muslim yang sedar keistimewaan bulan itu akan berusaha sehabis baik memanfaatkan masa yang ada untuk mengutip sebanyak mungkin pahala dari Allah SWT. Bukan itu saja, 10 hari terakhir Ramadan juga dikaitkan dengan malam paling istimewa lagi mulia, malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan – lailatulqadar. Sesuai dengan namanya – lailah bermaksud malam, qadar bermaksud mulia – lailatulqadar dikaitkan dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Malah, dunia juga dirahmati dengan kedatangan malaikat pada malam itu. Antara kelebihan yang dikaitkan dengan malam lailatulqadar ialah keberkatan amalan yang berkali ganda, kemakbulan doa berkat kedatangan malaikat yang turut bersama…
PELUANG bertemu dengan pengasas KiraUntung, Amirul Mu’min Saharul Badri saya manfaatkan sebaik mungkin untuk meneroka pemikiran seorang niagawan. Secara teknikalnya, bidang keusahawanan dengan kewangan peribadi ada jurang. Ia bukan bidang yang sama walaupun mempunyai sasaran yang sama, iaitu pengumpulan dan pengurusan wang. Tapi saya mahu tahu, bagaimana seorang usahawan yang otaknya dipenuhi kira-kira wang sepanjang hari menguruskan kewangan peribadi sendiri? Adakah keusahawanan membentuk pengurusan kewangan peribadi mereka? Dunia niaga yang penuh desakan melabur dan mengambil risiko itu, sesuaikah mahu diterap untuk individu? Sehubungan itu, selepas selesai mengorek rahsia dia dengan KiraUntung, saya mahu korek rahsia lain pula. ARTIKEL BERKAITAN: KiraUntung:…
PERNIAGAAN membuka ruang rezeki yang luas untuk manusia, dengan syarat ia diusahakan secara bijak dan berstrategi. Untuk menjadi bijak dan berstrategi dalam perniagaan, banyak ilmu dan pengalaman perlu dikumpul. Namun, tak semua usahawan mempunyai peluang dan kesempatan untuk menimba ilmu serta pengalaman secukupnya, terutamanya dalam fasa awal perniagaan. Jaringan keselamatan kewangan yang nipis pula mengehadkan usaha cuba-jaya mereka sebab satu kegagalan boleh menjadi penamat riwayat perniagaan. Belum sempat nak fasih dalam hal ehwal perniagaan sudah terpaksa gulung tikar. Usahawan di peringkat permulaan memerlukan banyak sokongan dan ia tidak terhad kepada bantuan modal semata-mata. Sama penting juga, asas-asas pemasaran perniagaan seperti…
INFLASI Malaysia pada Februari lalu meningkat 1.8 peratus kepada 132.1 mata indeks berbanding 129.8 pada bulan sama tahun sebelumnya. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan tersebut didorong pertumbuhan kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (2.7 peratus); rekreasi, sukan dan kebudayaan (1.6 peratus) serta pengangkutan (1.2 peratus). Kumpulan utama lain pula merekodkan peningkatan lebih perlahan, iaitu restoran dan perkhidmatan penginapan (2.9 peratus); kesihatan (2.2 peratus); makanan dan minuman (1.9 peratus) serta pendidikan (1.5 peratus). “Peningkatan 2.7 peratus bagi perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain disumbangkan oleh subkumpulan utama bekalan air dan pelbagai…
INDEKS Pelopor (IP) yang digunakan untuk meramal arah aliran ekonomi negara secara purata empat hingga enam bulan ke hadapan mencatatkan pertumbuhan 3.2 peratus kepada 112.0 mata pada Januari 2024. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan tersebut dipacu terutamanya oleh kenaikan kukuh dalam bilangan syarikat baru didaftar (38.1 peratus) serta import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus lain (31.4 peratus). Kata beliau, merujuk prestasi bulanan, IP mencatatkan 1.6 peratus pada bulan rujukan berbanding 0.3 peratus pada bulan sebelumnya susulan prestasi memberangsangkan dalam import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus lain (0.7 peratus). “Dari…
BERCERITA tentang kewartawanan, saya ada pandangan yang agak pesimis. Sebab kita boleh dengar pelbagai kritikan dan cemuhan daripada orang awam tentang keburukan dan kelemahan media tetapi apabila media menyajikan laporan berkualiti dan penting, jarang ia mendapat perhatian dan penghargaan. Jadi, dalam fikiran saya, kritikan terhadap media bukanlah sepenuhnya untuk lapangan kewartawanan negara ditambah baik, ia lebih kepada luahan kekecewaan masyarakat terhadap media yang, bagi mereka, sudah berpuluh tahun mengecewakan. Sebab itu usaha membawa pembaharuan dan kebaikan oleh media jarang diberi perhatian kerana masyarakat, secara amnya, sudah putus asa dengan media. Begitu juga halnya dengan kewartawanan muzik. Laporan-laporan bersifat hiburan dan…
KITA manusia. Kita bernafas, kita makan, kita tidur dan kita jatuh cinta. Cinta memang ada dalam diri; ia mengalir dalam urat, bergumpal dalam daging dan berdetak menjadi nadi. Tetapi itu tak bermakna kita boleh jatuh cinta di mana-mana atau pada siapa-siapa. Ya, kehendak hati sukar dilawan tapi sebagai manusia rasional, kita perlu jelas dengan risiko-risiko yang timbul apabila akal terlalu mengikut bisik hati. Soal cinta salah satunya, dan ini spesifik tentang romansa cinta yang dijalin di pejabat. Ia tidak aneh malah boleh dijangka. Profesor psikologi dan pemasaran di Universiti Texas, Art Markman berkata, dengan masa yang diluang di pejabat, dalam ruang…