Facebook Twitter
    Trending
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026
    • Kerjaya

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Keburukan cinta pejabat serta segala horor yang menanti pelakunya

    Keburukan cinta pejabat serta segala horor yang menanti pelakunya

    By March 20, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    CINTA pejabat ada cabarannya yang tersendiri. - GAMBAR HIASAN/JACK SPARROW (Pexels)

    KITA manusia. Kita bernafas, kita makan, kita tidur dan kita jatuh cinta. 

    Cinta memang ada dalam diri; ia mengalir dalam urat, bergumpal dalam daging dan berdetak menjadi nadi. Tetapi itu tak bermakna kita boleh jatuh cinta di mana-mana atau pada siapa-siapa.

    Ya, kehendak hati sukar dilawan tapi sebagai manusia rasional, kita perlu jelas dengan risiko-risiko yang timbul apabila akal terlalu mengikut bisik hati. Soal cinta salah satunya, dan ini spesifik tentang romansa cinta yang dijalin di pejabat.

    Ia tidak aneh malah boleh dijangka. Profesor psikologi dan pemasaran di Universiti Texas, Art Markman berkata, dengan masa yang diluang di pejabat, dalam ruang yang rapat, bekerja bersama, berbual mesra – kemungkinan hati jatuh dilamun cinta itu besar.

    Profesor madya psikologi dari Universiti New Haven, Nicole Baker pula berhipotesis: semakin anda kenal dengan seseorang, semakin besar kemungkinan kedua-dua anda jatuh cinta. Siapa lagi manusia yang anda semakin kenal setiap hari kalau bukan rakan sepejabat?

    Mudah kata, peluang untuk terjatuh hati pada rakan sekerja itu wujud, malah kemungkinannya besar. Adakah ia dibolehkan? Bergantung kepada polisi syarikat sebenarnya, sebab ada syarikat yang melarang hubungan cinta antara pekerja bagi mengelakkan konflik kepentingan.

    Namun, kalau syarikat tiada polisi sebegitu, masihkah wajar untuk anda terus mengejar cinta rakan sekerja? Ia terpulang kepada pertimbangan anda selepas mengambil kira risiko yang terlibat.

    Sebab risiko-risikonya bukan kecil. Dari seronok melihat pari-pari cupid berterbangan merai cinta, ia boleh bertukar menjadi hantu yang horor, mengancam anda dengan kesukaran melaksanakan tugas dan kemungkinan hilang kerja.

    Relevan senaraikan lima keburukan dan kesan percintaan pejabat kepada anda.

    • Apabila peribadi dengan profesional bertembung

    Dalam bercinta, tak semuanya indah. Ada masa anda dan pasangan bergaduh dan bermasam muka.

    Bayangkan jika pasangan anda juga rakan sekerja; muka yang dimasamkan tadi, anda jumpa semula dalam pejabat. Adakah anda cukup profesional untuk memastikan situasi itu tidak mengganggu tugas?

    Jika tidak, ada risiko konflik tempat kerja dengan peribadi anda berselirat tak tahu nak beza. Akhirnya, anda sendiri yang kusut dan tertekan. Horor sungguh.

    • Konflik kepentingan

    Bercinta dengan pasangan yang sama pangkat kurang masalahnya. Masing-masing boleh buat kerja masing-masing. Namun, bagaimana kalau salah seorang daripada anda naik pangkat?

    Cakap-cakap tentang keadilan mula merimbun di pejabat. Ada bisik-bisik tentang ketua yang melebihkan pekerjanya kerana sudah disihir cinta. 

    Kalau pun anda yakin mampu berlaku adil, bagaimana pula pasangan anda? Apabila dia dikenakan tindakan oleh anda, masih mampu tersenyum dalam perjalanan pulang?

    Horor kali ini tampil dalam bentuk dilema dan keteguhan integriti. Sanggup menghadapnya?

    • Bawang yang memercik pedih

    Mahu padamkan semua kisah prestasi kerja anda di pejabat? Bercintalah dengan pekerja lain, nescaya semua yang meniti di bibir rakan sepejabat adalah tentang anda dan percintaan anda.

    Dalam keadaan ini, sukar untuk anda merahsiakan percintaan dan cakap-cakap orang juga berpotensi memercik sengketa antara anda dengan pasangan. Ketika ini, daya tahan anda dan pasangan akan diuji.

    Namun, tidak semua akan membawa aura negatif kepada hubungan anda. Ada juga yang akan menyokong atau mengambil langkah untuk tidak mengambil tahu.

    Cuma mulut-mulut bawang yang berbisik-bisik itu, horornya macam mendengar gadis meratap di luar rumah pada waktu sepertiga malam.

    • Tiada ruang berjauhan

    Kalau anda suka berkepit sepanjang masa, cinta pejabat sangat sesuai. Hampir setiap hari anda akan bersua muka, malah hampir sepanjang hari pasangan akan ada bersama.

    Namun, ia bukanlah sepenuhnya baik sebab lama-kelamaan, anda akan mahu sedikit ruang untuk berpisah dengan pasangan. Berjauhan sekali-sekala, beri peluang untuk rindu menghidup.

    Dinamik emosi sebegitu diperlukan dalam perhubungan, terutamanya jika anda belum bersedia meletakkan komitmen sebagai suami isteri. Tanpa dinamik itu, horor datang dalam bentuk was-was terhadap hubungan. Ini bahaya.

    • Susah untuk putus

    Bukanlah mendoakan pengakhiran hubungan tetapi ketika perpisahan satu-satunya jalan yang logik, anda akan berdepan kesukaran.

    Sebab anda akan bertemu setiap hari di pejabat. Kalau perpisahan berlaku dengan tegang, ia boleh mengganggu hubungan sebagai rakan sekerja.

    Lebih buruk lagi kalau sisa marah masih ada dan bekas pasangan sudah mula pasang baharu. Sebab dia rakan sekerja, anda tahu perkembangan hidupnya sedikit-sebanyak.

    Ini mungkin horor yang paling horor – mahu berpisah tapi keadaan menyukarkan. – RELEVAN

    Previous ArticleBeg tangan daripada 99% udara dan 1% kaca, ini fakta tentang Air Swipe Bag
    Next Article Berpuasa mungkin menyebabkan sembelit, ikuti tip ini untuk mengatasinya

    Artikel berkaitan

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026
    Artikel Terkini

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.