Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengenali siling kertas: perintang halimunan yang menyekat bakat pekerja tanpa ijazah

    Mengenali siling kertas: perintang halimunan yang menyekat bakat pekerja tanpa ijazah

    By April 1, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SILING kertas didefinisikan sebagai perintang halimunan yang menyekat perkembangan kerjaya pekerja tanpa ijazah. - GAMBAR HIASAN/KATE SADE (Unsplash)

    SUDAH ditanam dalam fikiran, kalau nak kerja pangkat tinggi, kejarlah ijazah dan kelulusan pendidikan tinggi yang lain.

    Itu fahaman lazim – semakin tinggi kelulusan akademik, semakin tinggi jawatan yang boleh dipohon. Namun, adakah semua jawatan tinggi memerlukan kelulusan akademik yang tinggi?

    Kalau semua jawatan tinggi dikhususkan kepada pekerja dengan kelulusan akademik tinggi, bagaimana dengan pekerja yang menghabiskan berpuluh tahun usia dewasanya di tempat kerja, mengumpul kemahiran dan pengalaman tanpa segulung ijazah? Mereka tiada peluang?

    Itu asas bantahan sekumpulan pekerja yang menggelarkan diri mereka sebagai Opportunity@Work terhadap sistem lantikan pekerjaan yang sangat mementingkan kelulusan akademik.

    Bagi Opportunity@Work, pendidikan tinggi di institut pengajian bukan satu-satunya jalan untuk membina kemahiran pekerja. Terdapat ramai pekerja yang tidak mempunyai sijil tetapi berkemahiran tinggi dan layak memegang jawatan tinggi.

    Untuk itu, sebuah inisiatif digerakkan untuk “mengoyakkan siling kertas” yang mendiskriminasi pekerja tanpa ijazah. 

    Siling kertas

    Opportunity@Work mendefinisikan siling kertas sebagai perintang halimunan yang menyekat perkembangan kerjaya pekerja tanpa ijazah.

    Pakar sumber manusia, William Wiggins pula melihat siling kertas sebagai penghadang bayangan yang menghalang jutaan pekerja berkemahiran dan berkelayakan daripada mencapai aspirasi kerjaya mereka kerana tiada kelulusan akademik.

    Bayangkan anda seorang pekerja berpengalaman di sebuah syarikat. Dalam tempoh puluhan tahun bekerja, anda telah mempelajari pelbagai kemahiran yang melayakkan anda dinaikkan pangkat ke jawatan pengurus. Namun, disebabkan anda tiada sijil, kenaikan itu tersekat.

    Siling kertas meminjam konsep siling kaca yang sudah lama dibincangkan dalam dunia kerjaya. Kalau siling kaca menyekat potensi pekerja kerana jantina, diskriminasi siling kertas berasaskan kelulusan akademik.

    Bagi Opportunity@Work, siling kertas menyebabkan kemajuan pekerja tanpa ijazah tersekat, malah syarikat sendiri mengalami kekurangan bakat untuk mengisi jawatan-jawatan berkemahiran.

    STARs

    Pekerja-pekerja tanpa ijazah yang terkesan dengan siling kertas menggelarkan diri mereka sebagai skilled through alternative routes (STARs). Mereka berkemahiran dan berkelayakan cuma laluannya tidak sama seperti mereka yang memiliki kelulusan akademik.

    Walaupun tidak melalui pendidikan formal seperti pemegang ijazah dan kelulusan lain, STARs membina kemahiran melalui khidmat negara, latihan ketenteraan, kolej komuniti atau yang paling lazim, melalui pengalaman bekerja.

    Di Amerika Syarikat (AS), kira-kira separuh tenaga kerjanya merupakan STARs, dengan jumlah lebih 70 juta orang.

    Di Malaysia, jumlahnya lebih tinggi. Menurut Jabatan Perangkaan, pada 2022, kira-kira 69.8 peratus atau 10.74 juta tenaga kerja di Malaysia mempunyai kelulusan sijil dan ke bawah. 

    Meletakkan siling kertas dalam perkembangan kerjaya pekerja tanpa ijazah mungkin tidak menjadi amalan rasmi di sesebuah negara, khususnya Malaysia. Namun, jika dibiar berterusan, lebih ramai pekerja layak yang dinafikan peluang.

    Ini termasuk juga dalam urusan pengambilan pekerja. Ada jawatan yang tidak memerlukan kemahiran khusus tetapi permohonannnya memerlukan ijazah.

    Koyak saja siling itu

    Opportunity@Work bernostalgia. Tidak lama dulu, kata mereka, pekerja-pekerja STARs dan syarikat saling melengkapi. 

    STARs membariskan bakat berkemahiran untuk digaji syarikat, syarikat pula memberikan mobiliti ekonomi kepada STARs. Dalam hubungan itu, kedua-duanya menang dan memberikan manfaat.

    “Hari ini, STARs dan syarikat-syarikat yang mahukan kemahiran serta pengalaman mereka berada di dua sudut bertentang, di antara mereka terbentang perintang halimunan bernama siling kertas.

    “Mereka dipisahkan tapisan ijazah, algoritma, stereotaip dan rangkaian profesional.

    “Kesannya, mobiliti ekonomi STARs merosot manakala bekalan bakat untuk syarikat berkurang,” katanya.

    Melalui inisiatif ‘mengoyakkan siling kertas’, Opportunity@Work mahu mengembalikan kesaksamaan yang lama, yang membolehkan syarikat dan STARs seiring maju.

    Mereka tidak memusuhi graduan ijazah, jauh sekali mahu menganggap pemegang ijazah sebagai perampas peluang pekerjaan yang lebih baik untuk STARs.

    Namun, Opportunity@Work melihat ijazah yang dahulunya menjadi jambatan untuk memperoleh peluang yang lebih baik kepada pemegang ijazah kini menjadi jambatan angkat (drawbridge) yang memutuskan peluang untuk pekerja tanpa ijazah. – RELEVAN

    featured kerjaya siling kertas
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.