Facebook Twitter
    Trending
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Laila yang qadar: Sejarah, tanda dan galakan menyembunyikan penemuannya

    Laila yang qadar: Sejarah, tanda dan galakan menyembunyikan penemuannya

    By March 31, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LAILATULQADAR merupakan malam yang penuh kemuliaan untuk umat Islam. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    MENUJU penghujung Ramadan, Muslim yang sedar keistimewaan bulan itu akan berusaha sehabis baik memanfaatkan masa yang ada untuk mengutip sebanyak mungkin pahala dari Allah SWT.

    Bukan itu saja, 10 hari terakhir Ramadan juga dikaitkan dengan malam paling istimewa lagi mulia, malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan – lailatulqadar.

    Sesuai dengan namanya – lailah bermaksud malam, qadar bermaksud mulia – lailatulqadar dikaitkan dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Malah, dunia juga dirahmati dengan kedatangan malaikat pada malam itu.

    Antara kelebihan yang dikaitkan dengan malam lailatulqadar ialah keberkatan amalan yang berkali ganda, kemakbulan doa berkat kedatangan malaikat yang turut bersama mengaminkan doa para Muslim serta kurniaan keselamatan dan kebaikan sepanjang malam sehingga terbitnya fajar.

    Sejarah dan latar belakang

    Perihal malam lailatulqadar diceritakan dalam surah al-Qadr. Dalam surah tersebut, Allah SWT berfirman bahawa al-Quran telah diturunkan pada malam yang penuh kemuliaan (al-qadar) dan malam itu adalah lebih baik berbanding 1,000 bulan.

    Mungkin ada yang keliru, sedangkan al-Quran diturunkan pada malam Nuzul al-Quran, iaitu pada 17 Ramadan.

    Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, al-Quran diturunkan secara berperingkat, bermula dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) kemudian dari Baitul Izzah ke bumi (kepada Nabi Muhammad SAW).

    Malam 17 Ramadan ialah permulaan turunnya al-Quran dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad SAW. Malam lailatulqadar pula merupakan malam turunnya al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah secara serentak kesemua 30 juzuk.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 Soalan Ramadan #5:  Nuzul al-Quran, tiang-tiang merah, bulan terhapus dosa, lailatulqadar dan Malam 7 Likur

    Signifikannya malam lailatulqadar adalah kerana turunnya al-Quran pada malam itu. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkata, malam itu dikira sebagai batu asas agama Islam yang menjadi penutup kepada seluruh agama para nabi.

    Al-Quran diibaratkan seperti cahaya pengetahuan Ilahi yang diturunkan ke hati Rasulullah SAW. Cahaya itu pula menjadi petunjuk terulung untuk manusia dengan segala khabar baik atau buruk menjadi panduan manusia ke arah jalan yang lurus.

    Tanda dan waktu

    Umat Islam digalakkan untuk menambah amalannya pada 10 malam terakhir Ramadan kerana satu daripada 10 malam itu merupakan malam lailatulqadar dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

    Walaupun terdapat tanda-tanda malam lailatulqadar, ia tidak bermakna kita perlu menunggu tandanya jelas baru mahu beribadat bersungguh-sungguh. Sedangkan Rasullulah SAW sendiri melipatgandakan amalan pada kesepuluh-sepuluh malam.

    Antara pendapat masyhur tentang waktu berlakunya malam lailatulqadar, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, adalah seperti berikut:

    • Pendapat terkuat mengikut ulama ialah lailatulqadar berlaku pada malam 27 Ramadan. Hujahnya termasuk riwayat Abu Ka’ab, riwayat Muawiyah dan pendapat Ibn Abbas serta riwayat Imam Ahmad. 
    • Pendapat kedua adalah pada malam 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie, Malik, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al-Tahawi berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais.
    • Pendapat ketiga pula pada malam 21 Ramadan. Ini juga pendapat yang dipilih Imam Syafie berdasarkan riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi daripada Ibn Mas’ud.
    • Pendapat keempat adalah pada malam 24 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas.
    • Pendapat terakhir adalah pada malam akhir Ramadan. Ini berdasarkan hadis Muawiyah.

    Untuk huraian yang lebih jelas, boleh tekan di sini.

    Dari segi tanda-tanda berlakunya malam lailatuqadar pula, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan berpendapat sebegini:

    • Tanda yang paling tepat ialah sinaran cahaya matahari pada pagi esoknya tidak begitu kuat.
    • Tanda-tanda lain termasuk rasa air laut menjadi tawar; para malaikat bertawaf di Masjidil Haram di atas kepala manusia; pelepah tamar bersujud; lelaki lumpuh boleh berjalan selepas berdoa; lelaki di Bashrah sembuh daripada bisu; malamnya tenang, tidak panas dan tidak sejuk serta anjing tidak menyalak.

    Galakan menyembunyikan lailatulqadar

    Sekiranya anda yakin telah bertemu tanda-tanda lailatulqadar, adakah ia perlu dihebahkan atau disembunyikan?

    Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, jumhur ulama bersepakat bahawa sunat bagi sesiapa yang melihat lailatulqadar untuk menyembunyikannya.

    Antara hikmah disembunyikan pengetahuan tersebut adalah untuk mengelakkan riak dan memelihara kesucian jiwa.

    Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitab al-Hawi berkata, lailatulqadar adalah kemuliaan dan hendaklah disembunyikan malam lailatulqadar tanpa khilaf antara ahli Tariq (orang yang menemui lailatulqadar) untuk kepentingan jiwa.

    Ini kerana, dibimbangi mereka yang menghebahkannya akan dibuang nikmat, malah lebih teruk jika berlaku riak.

    “Mengikut adabnya pula, janganlah ia sibuk menceritakan nikmat Allah, iaitu penemuan malam lailatulqadar untuk diwar-warkan kepada manusia kerana dibimbangi berlaku hasad dengki,” katanya. – RELEVAN 

    agama featured islam lailatulqadar pendidikan Ramadan
    Artikel Terkini

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025

    Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

    June 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.