Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ekonomi Malaysia dijangka menggalakkan, Indeks Pelopor tumbuh 3.2% pada Januari

    Ekonomi Malaysia dijangka menggalakkan, Indeks Pelopor tumbuh 3.2% pada Januari

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 25, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    INDEKS Pelopor meramalkan arah aliran ekonomi sesebuah negara. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    INDEKS Pelopor (IP) yang digunakan untuk meramal arah aliran ekonomi negara secara purata empat hingga enam bulan ke hadapan mencatatkan pertumbuhan 3.2 peratus kepada 112.0 mata pada Januari 2024.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan tersebut dipacu terutamanya oleh kenaikan kukuh dalam bilangan syarikat baru didaftar (38.1 peratus) serta import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus lain (31.4 peratus).

    Kata beliau, merujuk prestasi bulanan, IP mencatatkan 1.6 peratus pada bulan rujukan berbanding 0.3 peratus pada bulan sebelumnya susulan prestasi memberangsangkan dalam import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus lain (0.7 peratus).

    “Dari segi arah aliran jangka panjang terlicin pada Januari 2024, IP kekal di bawah trend 100.0 mata. 

    “Meskipun masih berada di bawah trend, lonjakan dalam prestasi IP menjangkakan pertumbuhan ekonomi yang lebih menggalakkan dalam tempoh terdekat susulan pemulihan dalam perdagangan luar,” katanya dalam kenyataan pada 25 Mac.

    Sementara itu, berhubung keadaan ekonomi semasa, Indeks Serentak (IS) mengekalkan pertumbuhan positifnya sejak September 2021 dengan mencatatkan 124.1 mata, meningkatkan 3.2 peratus berbanding 120.2 mata pada bulan sama tahun sebelumnya.

    Jelas Mohd. Uzir, peningkatan itu disumbangkan prestasi baik bagi semua komponen.

    “Prestasi bulanan IS pulih semula kepada 0.2 peratus berbanding -0.2 peratus pada bulan sebelumnya.

    “Ini didorong oleh Indeks Pengeluaran Perindustrian dan Kapasiti Penggunaan dalam Pembuatan, masing-masing menyumbang 0.3 peratus,” katanya. – RELEVAN

    Previous ArticleLaporan ACCA: Kebimbangan pekerja dan isu di tempat kerja
    Next Article Inflasi meningkat 1.8% pada Februari

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.