Facebook Twitter
    Trending
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » “Nak…mak teringin nak pakai baju Choii hari raya nanti”

    “Nak…mak teringin nak pakai baju Choii hari raya nanti”

    By KU SYAFIQ KU FOZIApril 2, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SALAHKAH kalau ibu saya mahu pakai baju Choii di pagi raya? - GAMBAR HIASAN/KU SYAFIQ KU FOZI (Relevan)

    LEBIH seminggu lagi nak raya, sudah ada yang gaduh-gaduh tentang baju raya. Ada yang cuba jaga pagar: hari raya perlu pakai sekian-sekian baju sahaja, baju lain tak boleh.

    Antara yang banyak dikongsi, pesanan supaya semua orang Melayu memakai baju Melayu, bukan kurta atau jubah pada pagi hari raya. Alasannya: kurta dan jubah budaya Arab, bukan Melayu.

    Dalam dunia yang sudah ada polis diraja, polis trafik, polis jujur, polis korup, polis pervert dan polis moral, kita tak perlukan polis fesyen hari raya. Saya fikir begitu.

    Kalau ditakdirkan ibu saya bangun tidur dan kata dia mahu pakai baju Choii pada pagi raya nanti, saya tak perlukan polis fesyen datang membantah. Saya dan ibu manusia merdeka, kami boleh buat keputusan sendiri.

    Namun, isu yang berbangkit ini boleh menjadi peluang belajar yang baik. Sebenarnya kita perlu pakai baju yang bagaimana pada pagi raya?

    Kalau mampu, pakai yang baharu

    Satu yang pasti: kita disunatkan menyarung pakaian baharu pada pagi Aidilfitri. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:

    “Umar mengambil jubah dari sutera tebal yang dijual di pasar. Beliau mengambilnya dan memberikan jubah tersebut kepada Rasulullah SAW dan mengatakan, “Wahai Rasulullah, belilah jubah ini, berhias dengannya untuk hari raya dan menerima kunjungan tetamu”. Maka Rasulullah mengatakan kepada Umar: “Sesungguhnya ini adalah pakaian yang tidak dapat bahagian (di akhirat)”.”

    Dalam huraian oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menurut Abu al-Hasan al-Sindi, hadis tersebut menyatakan bahawa berhias semasa hari raya termasuk kebiasaan yang sudah lama wujud dalam kalangan para sahabat dan Rasulullah SAW juga tidak mengingkarinya.

    Maka, di sisi agama, kita disunatkan memakai pakaian baharu dan jika tak mampu, disunatkan memakai pakaian yang hampir dengan yang baharu, iaitu yang kemas, cantik dan bersih.

    Tidak ada ketetapan baju apa atau bagaimana. Sunat hukumnya memakai baju baharu.

    Namun, hukum berpakaian asas yang lain juga terpakai. Maknanya, dalam memilih pakaian yang baharu itu, perlulah ia sopan dan menutup aurat. 

    Begitu juga, kita dilarang berlebih-lebihan dalam berpakaian sehingga menampakkan kemewahan yang melampau kerana tidak mahu menimbulkan sikap riak, takbur dan sombong.

    Setakat ini, belum ada larangan untuk ibu saya pakai baju Choii di pagi raya asalkan ia digayakan dengan sopan dan menutup aurat.

    Berdondon sayang

    Selain hukum agama dan adat bangsa, tradisi berpakaian kita juga sedikit-sebanyak diikat amalan moden. Contohnya, berpakaian sedondon sekeluarga.

    Tak semua orang buat, amalannya juga tidak berakar lama tetapi ia boleh dianggap amalan yang popular.

    Ditambah dengan kehidupan kini yang dilingkari media sosial; segala yang dibuat perlu dikemas kini untuk pengetahuan rakan-rakan maya, maka gambar-gambar perlu selalu cantik dan menarik. Berpakaian sedondon pada hari raya sudah jadi mustahak.

    Khabarnya tahun ini warna oren bata yang paling popular. Hari raya pertama nanti, pasti garis masa media sosial kita dibanjiri warna tersebut. Tak apa, asal boleh buat orang gembira.

    Trend itu ada masalah tetapi sedikit saja, tak besar mana. Masalahnya, ia beri tekanan kepada ahli keluarga yang tidak mampu nak beli baju warna baharu setiap tahun.

    Masalah ini boleh selesai dengan mudah, iaitu jangan paksa sesiapa ikut. 

    Dalam satu keluarga, boleh ada seorang ‘pengawas baju raya’ yang menetapkan tema setiap tahun tapi jangan beri sebarang punca kuasa kepada dia untuk mewajibkan cadangannya.

    Yang mampu, silakan mengikut tetapi untuk yang tidak mampu, tak apa. Pakai saja apa baju yang ada. Janji awak bangun awal, pergi sembahyang raya.

    Berdifikri di Aidilfitri

    Memasuki penghujung artikel, saya belum jumpa hujah untuk halang ibu saya pakai baju Choii pada pagi raya. Sebab saya seorang manusia demokratik. Saya percaya kepentingan berdifikri (berdiri di atas fikiran sendiri).

    Kalau ibu saya yakin baju Choii boleh menyerlahkan personalitinya pada pagi raya, saya setuju saja. 

    Begitulah seharusnya kita berfungsi dalam masyarakat yang beraneka cara fikir ini. Ada orang mahu pakai kurta, biarlah dia pakai kurta. Ada orang mahu sarung baju Melayu dengan epolet berambu, kita angguk saja.

    Sebab yang mengeluarkan duit itu dia, tubuh yang mahu disarung baju itu tubuh dia. Paling teruk pun kita perlu tahan meluat saja, bukan susah mana. Entah-entah sudah ada beribu orang lain meluat dengan kita, cuma ditahan untuk jaga hati kita. Kenapa kita tak boleh buat benda sama?

    Batas pilihan baju raya hanya ada pada agama, iaitu mengelakkan pakaian mencolok mata dan berlebih-lebihan. Itu saja.

    Begitulah berakhirnya artikel paling aneh pernah saya tulis di Relevan. Semoga ada manfaatnya. – RELEVAN

    Previous Article5 perkara wajib yang perlu dilakukan sebelum balik kampung
    Next Article Kisah unik disebalik jenama To’ak, coklat termahal di dunia

    Artikel berkaitan

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026
    Artikel Terkini

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.