Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    By AMAL HAYATI FAUZIApril 16, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026. - GAMBAR HIASAN FAISAL ORTHO/PEXELS

    KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyenaraikan 10 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2026 baru-baru ini. 

    Pemilihan bandar berkenaan dibuat berdasarkan Indeks Kebahagiaan dari Program Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets).

    Ini adalah 10 bandar paling bahagia di negara ini.

    1. Simpang Renggam, Johor

    Simpang Renggam popular dengan hasil nanas. Di sini terletaknya Ladang Nanas Peninsular yang merupakan ladang nanas terbesar negara.

    Bagi penggemar seni dan fotografi, mural Tiger of Renggam pasti mencuri perhatian. Lukisan pada bangunan lama berusia hampir satu abad itu pernah menerima pengiktirafan antarabangsa menerusi Green Apple Awards for Beautiful Buildings tahun 2019.

    1. Dabong, Kelantan

    Terletak dalam daerah Kuala Krai, Dabong ialah pekan kecil yang kaya dengan keindahan alam semula jadi. Bandar ini popular dengan pengalaman menaiki kereta api dengan pemandangan kehijauan antara Gemas ke Dabong.

    1. Kluang, Johor

    Nama Kluang berasal daripada perkataan “keluang”, iaitu sejenis kelawar buah yang banyak ditemui di kawasan ini satu masa dahulu. Kini Kluang lebih sinonim sebagai destinasi kopi terkenal di Johor.

    Peminat kopi boleh berkunjung ke Kluang Rail Coffee di Stesen KTMB dan Kilang Kopi Kluang. Selain itu, terdapat ladang moden kambing, biri-biri serta tanaman buah-buahan. 

    1. Kuala Terengganu, Terengganu

    Bandaraya Warisan Persisir Pantai ini terkenal dengan gabungan keindahan pantai, budaya dan sejarah yang unik. Ikon utama bandar ini ialah Jambatan Angkat Kuala Terengganu kerana reka bentuknya persis Tower Bridge di London.

    Pengunjung wajib melawat Taman Tamadun Islam menampilkan 21 replika binaan Islam terkenal dunia termasuk Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Istana Alhambra.

    1. Lipis, Pahang

    Lipis pernah menjadi ibu negeri Pahang bermula tahun 1898 sebelum pusat pentadbiran dipindahkan ke Kuantan pada 1955. Bandar ini berkembang pesat hasil aktiviti perdagangan serta perlombongan emas dan bijih timah.

    1. Marang, Terengganu

    Marang terkenal dengan kejernihan air laut serta keindahan pantainya. Kawasan ini menjadi pilihan pelancong yang ingin menikmati suasana pulau dan laut yang mempesona seperti Pantai Pulau Kekabu dan Pulau Kapas.

    Bagi peminat atau pengumpul hasil kraf tangan rotan, boleh kunjungi Kampung Rhu Rendang serta Kampung Rusila.

    1. Mersing, Johor

    Mersing dianggap syurga buat pencinta selam skuba. Daerah ini dikelilingi pulau-pulau cantik seperti Pulau Dayang dan Pulau Tengah.

    Bagi penggemar alam semula jadi, Taman Negara Endau-Rompin dan Gunung Berlumut menawarkan pengalaman menarik.

    1. Bandar Permaisuri, Terengganu

    Sebagai ibu daerah Setiu, Bandar Permaisuri sering digelar permata tersembunyi yang kaya dengan keindahan alam dan budaya tempatan. Antara lokasi ideal bagi aktiviti ekopelancongan dan pemerhatian burung di bandar ini ialah Setiu Wetlands.

    1. Ranau, Sabah

    Ranau terkenal dengan julukan Little New Zealand of Sabah. Ini kerana Ranau mempunyai banyak destinasi menarik seperti Desa Cattle Dairy Farm yang menempatkan baka lembu Holstein Friesian dari Jerman dan Belanda.

    Lokasi lain popular termasuklah Poring Hot Spring, Kundasang War Memorial, Arnab Village Ranau, Sabah Tea Garden dan Adenna Rafflesia Garden.

    1. Raub, Pahang

    Bandar tertua di Pahang ini terkenal dengan sejarah perlombongan emas. Kini, Raub lebih dikenali sebagai destinasi durian premium terutama ketika musim buah.

    Musang King dari Raub mendapat perhatian ramai pencinta durian. Raub Durian Orchard pula memiliki ratusan pokok durian pelbagai jenis selain tanaman manggis, pulasan dan rambutan. – RELEVAN

    Previous ArticleUmur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    Next Article Tanda-tanda anda menghidap buasir

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.