AMAL HAYATI FAUZI

TAHUKAH anda, tahi mata sebenarnya baik untuk kesihatan mata. Ini kerana tahi mata terbentuk daripada campuran mukus, minyak, sel kulit mati dan sisa kotoran lain yang terkumpul di tepi mata. Ketika berjaga, mata sentiasa berkelip dan diliputi air mata yang berfungsi membersihkan kawasan mata daripada habuk serta kuman. Sebaliknya sewaktu tidur, mata tidak berkelip dan tertutup untuk tempoh yang lama. Keadaan ini menyebabkan sisa kotoran yang biasanya disingkirkan terkumpul dan mengeras di bahagian sudut mata lalu membentuk tahi mata. Manfaat tahi mata Menurut pakar, kewujudan tahi mata dalam kuantiti sedikit adalah normal. Malah ia membantu dari pelbagai aspek termasuk perkara…

Read More

DALAM keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar, ramai memilih untuk berjimat-cermat sehingga terpaksa melupakan perkara asas. Hakikatnya, berjimat juga perlu ada batasnya. Menurut Wealth Wisdom, berikut merupakan lima perkara yang perlu dibelanja untuk teruskan kehidupan walau duit poket menipis. Makanan Jangan berkira jika berkait dengan bab makanan. Mengikat perut ketika kelaparan boleh menjejaskan kesihatan. Jika situasi kewangan anda tidak stabil, beli makanan yang murah dan berkhasiat. Contohnya, sarapan ringkas seperti roti canai berharga dua ringgit bersama secawan air teh panas cukup untuk kenyangkan perut. Perlindungan insurans kesihatan Belanjakan duit untuk insurans kesihatan kerana ia sangat berguna ketika waktu kecemasan…

Read More

HUJUNG tahun sering menjadi masa  membuat refleksi kepada ramai individu. Penutup tirai tahun ini merupakan masa untuk menilai semula perkembangan kerjaya dan personaliti diri. Menurut Talent Labs, perubahan dalam dunia pekerjaan kini memerlukan individu yang serba boleh dalam semua perkara. Justeru, langkah ‘move on’ dari kesilapan atau tindakan pada masa lalu bererti mengambil pengajaran serta meninggalkan perkara yang boleh membantutkan pertumbuhan diri. Lepaskan pekung di dada demi menjadi lebih terbaik Ramai beranggapan melepaskan sesuatu perkara yang lama sebagai tanda kegagalan atau belum berkembang. Hakikatnya ia merupakan satu langkah ke arah kejayaan. Tahun baharu memerlukan anda untuk membina tabiat yang lebih…

Read More

SETIAP kali hujung tahun, sekolah pasti sibuk dengan penganjuran hari kecemerlangan. Ia merupakan majlis tradisi yang diadakan untuk meraikan usaha dan kejayaan pelajar sepanjang tahun. Suasananya meriah dengan kehadiran ahli keluarga, guru dan rakan seperjuangan demi merayakan pelajar yang menerima pengiktirafan. Namun di sebalik sorakan kegirangan menyelubungi majlis, ada wajah-wajah yang mengimpikan perasaan sama apabila dipanggil nama untuk naik ke pentas menerima anugerah. Hakikatnya, bukan semua mempunyai tuah untuk merasai detik emas itu. Bagaimanapun, tiada anugerah bukan bererti gagal buat selamanya.  Bak kata legenda dunia, mendiang Nelson Mandela pernah berkata, “Saya tidak gagal. Saya hanya menang atau belajar”. Kiasan ini…

Read More

ISTILAH “brain rot” merujuk kepada kemerosotan fungsi otak kanak-kanak akibat terdedah terlalu lama pada skrin gajet yang mengandungi kandungan berstimulasi tinggi seperti aplikasi TikTok dan YouTube Shorts.  Kandungan seperti ini memberikan kepuasan kepada kanak-kanak sehingga menyebabkan mereka bergantung sepenuhnya terhadap gajet tanpa interaksi sosial dan fizikal. Lebih teruk sekiranya had penggunaan skrin dikawal, anak-anak kecil ini semakin lasak, sukar fokus dan mudah tantrum. Bagaimana gejala brain rot boleh berlaku Otak kanak-kanak belum matang sepenuhnya. Pada usia ini mereka mula berjinak untuk mengenali kehidupan. Jadi, sekiranya mereka didedahkan terlalu awal kepada kandungan dengan stimulasi berlebihan, paras dopamin dalam otak juga meningkat…

Read More

PENGGUNAAN penyedut minuman atau “straw” adalah kebiasaan di restoran atau kafe. Walaupun dicipta untuk memudahkan pengguna, laporan kesihatan mendapati tabiat minum menggunakan penyedut minuman boleh memudaratkan kesihatan jika tidak diberi perhatian. Menurut Healthline, berikut merupakan perkara yang perlu diambil berat demi kesihatan jangka masa panjang. Perut kembung dan gas berlebihan Apabila minum menggunakan penyedut, udara turut mengikut bersama air minuman. Udara yang disedut ini menyebabkan sistem penghadaman tidak baik kerana mampu mengakibatkan perut kembung dan tidak selesa. Perubahan warna pada gigi Ramai menyangka penggunaan penyedut minuman boleh mengelakkan perubahan warna pada gigi. Hakikatnya, ia masih memberi kesan warna khususnya pada…

Read More

TANGGUNGJAWAB wartawan sebagai pancaindera masyarakat terus diperkukuhkan menerusi program e-Kolokium Kewartawanan kali ke-52 anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Program secara maya tersebut berlangsung di saluran YouTube Journalism Colloquium dengan majoriti penyertaan hampir 1,000 penonton terdiri daripada para pelajar kursus kewartawanan, alumni UiTM dan pengamal media termasuk dari negara jiran, Universiti Budi Luhur, Indonesia. Mengangkat tema “Journalist’s Lens: Unspoken Stories from Community”, program ini memfokuskan realiti kisah dan isu semasa masyarakat yang tidak diberi perhatian sepenuhnya oleh media arus perdana.  Justeru dengan adanya platform sebegini, ia dapat mencelik mata dan hati pelapis wartawan…

Read More

RAMAI hanya tahu mengenai power nap sebagai penyelesaian untuk mengurangkan rasa mengantuk. Bagaimanapun, terdapat lagi satu teknik efektif dinamakan “coffee nap”. Istilah ini menggabungkan pengambilan kafein dan tidur singkat untuk mencegah rasa lemau semasa bekerja atau selepas makan tengah hari. Cara efektif melakukannya Minum secawan kopi seperti biasa Tidur selama 20 sehingga 30 minit Sebaik sahaja bangun dari “coffee nap” anda akan rasa lebih segar Bagaimana teknik ini berkesan ? Kafein mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk mula bertindak Tidur yang singkat membantu mengurangkan rasa mengantuk Bangun daripada tidur, kafein akan mula memberi kesan kepada badan agar lebih segar dan…

Read More

SENGGUGUT kerap dialami wanita setiap kali tiba waktu haid. Kesakitan dialami ketika senggugut boleh menjejaskan emosi dan rutin harian. Selain bergantung kepada ubat-ubatan demi elak dari kesakitan, pemilihan makanan juga memainkan peranan penting.  Menurut Healthline, berikut merupakan makanan yang perlu dielakkan wanita ketika mengalami senggugut. Makanan bergaram Pengambilan garam berlebihan boleh mengakibatkan rasa tidak selesa pada bahagian perut. Ia berpotensi menyebabkan perut menjadi kembung. Sebaik-baiknya, elak tambah garam dalam masakan dan makanan segera berperisa.  Makanan bergula Hari anda pasti tidak lengkap tanpa pencuci mulut selepas makan. Selalunya pencuci mulut mengandungi gula berlebihan yang boleh mengganggu emosi. Oleh itu, kurangkan pengambilan…

Read More

KEBANYAKAN masakan pasti menggunakan bawang. Namun, setiap kali bawang dihiris, mata pasti menjadi mangsa. Rasa pedih dan air mata mengalir hanya kerana sebiji bawang di atas papan pemotong. Bagaimana bawang pedihkan mata ? Bawang mengandungi bahan kimia yang hanya aktif apabila dikupas atau dipotong. Apabila keadaan ini berlaku, ia melepaskan gas lakrimatori iaitu bahan yang membuatkan mata berasa pedih. Menurut pakar, bawang menyimpan komponen berasingan meliputi asid sulfoksida dan enzim aliinase. Apabila bawang dihiris, kedua-dua komponen ini bercampur dan membentuk gas yang memedihkan mata. Sekiranya anda jarang masuk ke dapur dan memotong bawang buat kali pertama, dinasihatkan untuk tidak menggosok…

Read More