Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    By AMAL HAYATI FAUZIJune 17, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’. - GAMBAR HIASAN CANVA

    PEPIJAT merupakan perosak yang sering menimbulkan masalah dalam kediaman sehingga mencetuskan fenomena serangan bed bugs yang dialami rata-rata penduduk di dunia. 

    Serangga kecil ini punca utama ramai tidak tidur lena akibat gigitannya yang gatal. Lebih membimbangkan, pepijat mudah berpindah-randah. 

    Serangga ini boleh menyelinap masuk ke dalam beg pakaian atau melekat pada pakaian individu tanpa sedar, sebelum berpindah ke tilam atau barang di rumah.

    Tanda anda terkena gigitan pepijat

    Pepijat aktif pada waktu malam dan menghisap darah ketika seseorang sedang tidur. Oleh itu, ramai hanya menyedari kehadiran serangga ini apabila bangun pada waktu pagi dengan kesan gigitan pada badan.

    Antara ciri gigitan pepijat termasuk:

    • Kemunculan bintik merah kecil yang mungkin gatal atau tidak gatal
    • Gigitan menyebabkan bengkak berwarna putih, keras atau berdarah.
    • Berbentuk garisan lurus dengan tiga atau empat bintik
    • Kesan gigitan disedari selepas bangun tidur

    Cara merawat gigitan pepijat

    • Memakai pakaian yang menutupi kulit seperti seluar dan baju berlengan panjang
    • Menggunakan semburan serangga yang sesuai serta selamat digunakan
    • Memasang kelambu dengan memastikan tilam dilindungi terlebih dahulu

    Petua hapuskan pepijat

    1. Menjemur di bawah cahaya matahari

    Barangan yang berpotensi menjadi tempat persembunyian pepijat seperti tilam, bantal, cadar dan perabot boleh dijemur di bawah cahaya matahari terik.

    Pendedahan kepada haba dan cahaya matahari boleh melemahkan pepijat serta mengurangkan populasinya.

    1. Rendam dalam air panas

    Semua pakaian, cadar, sarung tilam dan fabrik yang disyaki dijangkiti pepijat boleh direndam dalam air panas melebihi 70 darjah Celsius.

    Kaedah ini membantu membunuh pepijat serta telurnya sehingga menghentikan pembiakannya dari merebak ke tempat lain.

    1. Kulit durian

    Terdapat petua yang menyatakan bahawa bau daripada kulit durian mampu menghalau pepijat.

    Kulit durian boleh diletakkan di bawah katil atau kawasan yang dipercayai menjadi tempat persembunyian serangga tersebut.

    1. Kulit limau nipis

    Kulit limau nipis juga dikatakan boleh digunakan untuk menghalau pepijat. Hirisan kulit limau nipis boleh diletakkan di beberapa lokasi yang disyaki menjadi sarang pepijat. 

    Selain membantu menghalau serangga, kaedah ini juga memberikan aroma yang lebih menyenangkan di dalam rumah.

    1. Batang serai

    Batang serai yang ditumbuk sehingga pecah bagi mengeluarkan aromanya boleh diletakkan di bawah katil, tilam atau perabot.

    Bau serai dipercayai membantu menghalau pepijat daripada terus bersarang di kawasan tersebut.

    1. Tabur gel silika

    Gel silika yang sering ditemui dalam kotak kasut atau bungkusan barangan juga boleh digunakan untuk membantu membunuh pepijat.

    Taburkan gel silika di kawasan yang menjadi sarang pepijat. Serangga tersebut boleh mati akibat dehidrasi apabila kelembapan dan cecair pada badannya diserap oleh gel berkenaan.

    Selepas itu, lakukan proses pembersihan menggunakan vakum berkuasa tinggi pada karpet, rekahan dan kawasan yang berpotensi menjadi tempat persembunyian pepijat.

    Selain itu, penggunaan sarung tilam tahan pepijat (bed bug-proof cover) juga boleh membantu mengurangkan risiko serangga tersebut bersarang di dalam tilam. – RELEVAN

    Previous Article5 makanan buat kita susah tidur malam
    Next Article Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.