DALAM artikel sebelum ini, Relevan membincangkan bagaimana seni puisi semakin dilupakan dalam masyarakat. Namun, Merahmalam, Pujangga Anakie dan Safwan Suhardy merupakan antara golongan muda yang berusaha mengangkat martabat puisi dengan pendekatan eksperimental, menyuntik elemen segar dan relevan agar sesuai dengan zaman moden. Mereka berpuisi bukan sekadar mengekspresi diri tetapi juga sebagai cerminan harapan dan perjuangan mereka. Dengan pendekatan unik, mereka ingin menghidupkan semula keindahan puisi dan menyampaikan mesej yang lebih mendalam kepada masyarakat. ARTIKEL BERKAITAN: “Kami berpuisi bukan kerana nama” Selain meluah perasaan, puisi menjadi platform untuk anak muda meluahkan segala kegusaran dalam hati, terutamanya yang berkait rapat dengan cabaran hidup…
Zahra Mohamad Zhahir
PUISI merupakan bentuk penulisan yang indah, tersusun dan selalunya mempunyai nilai estetika yang tinggi. Pada suatu masa dahulu, puisi mendapat tempat tinggi di kalangan masyarakat. Ia diagungkan sebagai seni yang menjadi identiti setiap masyarakat. Keindahan bahasa berjaya menusuk naluri pendengar. Bagaimanapun, seni ini perlahan-lahan semakin lenyap daripada ingatan masyarakat. Budaya baru, kehidupan moden dan tuntutan masyarakat yang berubah menghakis keagungan puisi. Bagi mengelak kepupusan seni agung ini, segelintir individu terus memartabatkan seni ini supaya ia terus relevan dalam menyuarakan rasa hati, mencuit jiwa dan menjentik emosi pembaca. Cuba menghidupkan seni puisi dalam kalangan anak muda, tiga jejaka berbeza latar belakang;…
PENGASAS bersama platform rangkaian profesional LinkedIn, Reid Hoffman menjangkakan bahawa model pekerjaan tradisional dari jam 9 pagi hingga 5 petang akan pupus sepenuhnya pada tahun 2034. Menurut Hoffman, perkembangan dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi gig bakal menjadi pemangkin kepada perubahan besar dalam landskap pekerjaan global. Tambahnya, ramai individu mula berminat untuk melakukan pekerjaan bebas (freelancer) atau menyertai ekonomi gig kerana fleksibiliti dan peluang yang ditawarkan. “Revolusi ekonomi gig akan berlaku dan kesannya lebih besar daripada apa yang dijangkakan,” katanya dalam sebuah video di YouTube yang tular di platform media sosial X. Beliau turut meramalkan dalam masa satu dekad,…
MARIA MONTESSORI merupakan seorang pakar perubatan dan pendidik yang berasal dari Ancona, Itali. Beliau dilahirkan pada 31 Ogos 1870. Ayahnya, Alessandro, ialah akauntan yang berkhidmat untuk kerajaan manakala ibunya, Renilde Stoppani, merupakan wanita berpendidikan yang rajin membaca. Keluarga tersebut berpindah ke Rom pada 1875. Di kota tersebutlah, Montessori mendapat pendidikan awal. Sejak kecil, Montessori merupakan seorang yang bijak dan bercita-cita tinggi. Pada usia 13 tahun, beliau belajar di sekolah teknikal – satu perkara yang jarang dilakukan oleh wanita ketika itu – bagi mempersiapkan diri menjadi jurutera. Bagaimanapun, selepas tamat sekolah menengah, Montessori berasa dirinya mampu mengejar cita-cita yang lebih besar.…
MACHO merupakan perkataan Sepanyol dan Portugis yang bermaksud lelaki. Istilah tersebut sering diguna pakai untuk melambangkan seorang lelaki yang dominan, berani dan berkeyakinan tinggi. Disebabkan sejarah Amerika Latin yang penuh dengan peperangan dan penaklukan, lelaki diharapkan untuk menunjukkan keberanian, kekuatan dan sifat-sifat kepimpinan. Dari kecil, kanak-kanak diajar supaya menjadi lelaki maco (ser macho) supaya mereka nampak kuat dan boleh diharap. Macho juga merupakan kata dasar bagi istilah machismo yang bermaksud maskuliniti agresif. Masyarakat beranggapan, lelaki maco perlu sentiasa kuat, tidak boleh berasa takut atau bersedih. Jika tidak, mereka akan dianggap lemah. Bagaimanapun, lelaki maco, atau tepat lagi lelaki yang menganggap…
ADAKAH anda berasa tertekan ketika bekerja? Tidak kiralah apa yang dilakukan, semuanya rasa serba tidak kena. Perasaan letih dan resah ketika bekerja merupakan satu perkara biasa. Namun, jika ia dibiar berlarutan, tekanan tersebut boleh memberi kesan terhadap kesihatan mental dan fizikal kita. Ketika bekerja, kita mudah lupa bahawa kesihatan diri jauh lebih penting daripada kerjaya. Dengan wujudnya budaya kerja keras (hustle culture), semua orang ibarat berlumba-lumba mengejar cita-cita. Manakan tidak, orang yang mempunyai jawatan atau gaji lebih tinggi nampak lebih gah di mata masyarakat. Menurut penulis serta jurulatih kerjaya, Ryan Khan, bukan semua orang mampu meninggalkan kerja masing-masing. Ada yang…
SEBAGAI bukti kerajaan sentiasa menitikberatkan soal pendapatan rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kadar gaji minimum dinaikkan daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 berkuatkuasa 1 Februari, tahun depan. Kenaikan yang diumumkan Anwar dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober merupakan bukti kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan pendapatan rakyat ke tahap lebih bermaruah supaya dapat menjalani hidup lebih selesa. Dalam pada itu, kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan. Beliau berkata, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) juga bakal menerbitkan panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan…
SEBANYAK RM45.3 bilion peruntukan disediakan untuk Kementerian Kesihatan dalam Belanjawan 2025, menjadikannya sebagai penerima kedua terbesar dalam belanjawan tersebut selepas Kementerian Pendidikan. Jumlah tersebut meningkat berbanding RM41.2 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2024. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sistem penjagaan kesihatan yang rumit dan pemaduan badan kesihatan awam dengan swasta sangat diperlukan ketika ini. Berpandukan matlamat tersebut, beberapa langkah telah digariskan dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober. 1. Penyasaran subsidi kesihatan Menurut Anwar, penyasaran subsidi bakal turut melibatkan sektor kesihatan awam. Beliau berkata, golongan berpendapatan tinggi wajar menyumbang kepada perkhidmatan kesihatan lebih baik di hospital kerajaan. Dengan…
SEDEKAH merupakan satu cara untuk berkongsi rezeki dengan orang lain. Apabila bersedekah, kita berniat memberikan sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang tunai semata-mata. Ia juga boleh jadi dalam bentuk makanan, barangan, tenaga atau masa. Melalui sedekah, kita boleh belajar bersyukur dengan apa yang ada. Lagipun, Allah SWT sangat menggalakkan amalan bersedekah, walaupun hanyalah sekadar sebiji kurma. Kita tidak perlu menjadi kaya atau miskin untuk bersedekah. Semua orang boleh bersedekah mengikut kemampuan masing-masing asalkan tidak memudaratkan diri. Bagaimanapun, apakah cara terbaik bagi seorang pelajar untuk bersedekah? Berikut adalah langkah mudah yang anda boleh praktikkan…
BANJIR merupakan bencana alam yang lazim di negara kita. Ketika fenomena monsun melanda – selalunya pada bulan Mei hingga September dan November hingga Mac – beberapa negeri di Malaysia berisiko ditenggelami air. Selain berupaya mengakibatkan kemusnahan dari segi harta benda, banjir juga boleh menjadi medan penyebaran penyakit. Manakan tidak, air banjir boleh bercampur dengan sampah, air longkang dan mungkin juga bahan kimia dari kilang berdekatan. Selepas banjir, air bertakung pula boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk, sekali gus menyebabkan peningkatan dalam kes-kes penyakit bawaan vektor. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 52,977 kes denggi dicatatkan dari Januari hingga November 2022. 37…