Umi Fatehah

DI kedai kopi, mamak atau warung tepi jalan, sering terdengar mengenai rungutan harga barang naik, gaji tak cukup, jiran beli kereta baru atau kawan dapat rumah mampu milik. Walaupun kelihatan seperti sembang kosong, ‘ekonomi meja kopi’ ini mempunyai kisah mengenai masyarakat dan cara mereka menguruskan wang. Menurut Investopedia, tingkah laku kewangan seseorang banyak dipengaruhi oleh faktor sosial di sekeliling dan bukan keputusan rasional semata-mata. Naratif budaya, identiti sosial dan jangkaan daripada komuniti boleh mendorong seseorang membuat pilihan yang tidak selalunya logik mengikut teori ekonomi. Sebagai contoh, ada individu yang enggan menggunakan ekuiti rumah untuk pelaburan atau keperluan lain kerana melihat…

Read More

DALAM dunia automotif, setiap pemilik kereta ada citarasa sendiri. Ada yang beli kereta dari kilang dan terus memandu dengan rasa puas hati. Bagi sesetengah orang pula, perubahan kecil pada enjin atau aksesori sudah memadai manakala yang lain mahu mencipta sesuatu yang langsung tidak wujud di jalan raya.  Daripada dunia modifikasi ini juga muncul sosok yang kini dianggap legenda, Kazuhiko Nagata atau lebih dikenali sebagai Smokey Nagata. Beliau bukan sekadar mekanik atau pereka kereta biasa. Namanya terpahat dalam dunia automotif kerana keberanian dan kepakarannya mengubahsuai jentera Jepun sehingga mampu memecut di luar jangkaan.  Kehidupan awal Smokey Nagata membesar di Hokkaido, Jepun.…

Read More

BULI di sekolah bukan sekadar gurauan kasar. Ia boleh berlaku dalam bentuk fizikal, lisan, sosial mahupun siber.  Hari ini semakin ramai mangsa buli tampil untuk menceritakan penderitaan mereka. Kes Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah berasrama di Papar, Sabah, menjadi titik hitam yang membuka mata seluruh rakyat negara.  Zara ditemui tidak sedarkan diri berhampiran asramanya pada 16 Julai 2025 dan meninggal dunia keesokannya. Terdapat dakwaan terdapat unsur buli, pengabaian dan gangguan seksual yang pernah diadukan tetapi tidak ditangani sewajarnya.  Tragedi ini menjadi peringatan keras bahawa masalah buli bukan perkara kecil malah boleh meragut nyawa orang tidak berdosa. Ramai…

Read More

KEMERDEKAAN bukan hanya bermakna bebas daripada penjajahan fizikal. Dalam era moden, kemerdekaan juga merangkumi alam digital.  Internet adalah dunia tanpa sempadan yang membolehkan kita berhubung, berkongsi dan menyuarakan pandangan tanpa sekatan. Kehadiran internet dan media sosial membolehkan rakyat Malaysia menzahirkan pendapat tentang isu semasa, politik, ekonomi dan hiburan secara terbuka berbanding era tanpa rangkaian digital itu.  Namun, kebebasan ini datang bersama tanggungjawab. Tiada kemerdekaan atau kebebasan mutlak dalam era digital. Suara rakyat di media sosial Hari ini, hampir semua orang memiliki platform untuk bersuara. Facebook, X (Twitter), TikTok dan Instagram menjadi pentas untuk rakyat menyampaikan suara hati berbanding hanya akhbar…

Read More

SETIAP kali menjelang Ogos, negara menjadi lebih meriah. Kibaran Jalur Gemilang dan pelbagai sambutan kemerdekaan menjadi seperti satu pesta besar yang harus diraikan. Jalur Gemilang berkibar megah di hadapan rumah, pejabat, kenderaan. Bendera yang menjadi kebanggaan kita berada di tangan murid-murid sekolah ketika perarakan.  Namun, masih ada tidak mengetahui mengenai adab dan peraturan penggunaan bendera negara.  Sejak setahun lalu, tular beberapa insiden mengenai penggunaan yang salah Jalur Gemilang sehingga menimbulkan kegusaran masyarakat. Daripada bendera dipasang terbalik, dijadikan hiasan kenderaan secara berlebihan, hinggalah dijahit menjadi pakaian. Semua ini menimbulkan persoalan, sejauh mana kita benar-benar menghormati Jalur Gemilang? Sejarah ringkas Jalur Gemilang…

Read More

KOLESTEROL tinggi bukan masalah yang boleh dipandang ringan. Jika dibiarkan, masalah kolesterol boleh membawa kepada risiko penyakit jantung dan strok – dua punca utama kematian di Malaysia.  Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kadar kolesterol yang tidak terkawal boleh menyebabkan pembentukan plak pada salur darah, menyempitkan aliran darah dan menjejaskan fungsi organ penting. Selain faktor keturunan, tabiat pemakanan memberi pengaruh besar terhadap paras kolesterol. Menurut Healthline, makanan berikut wajar dielakkan atau dikurangkan bagi mengawal tahap kolesterol. Daging merah berlemak Daging lembu, kambing atau rusa sememangnya enak. Namun ia juga mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi. Lemak tepu pula merupakan musuh utama yang…

Read More

“ADAM, markah Matematik awak makin teruk. Cikgu perasan sejak dua ujian lepas. Awak buat ulangkaji atau tidak?” tembak Cikgu Laila sambil memandang tepat ke arah pelajarnya itu. Adam tertunduk. Dalam hati, dia terasa. “Asyik aku sahaja kena tegur. Cikgu memang tak suka aku agaknya.” Perasaan macam ni biasa muncul bila kita ditegur. Kita cepat terasa hati dan fikir cikgu benci atau pilih kasih. Tetapi bukan itu hakikat sebenarnya. Tegur tanda prihatin Sebenarnya, kalau cikgu tidak peduli langsung bila kita buat salah, itu sebenarnya lebih menakutkan. Maksudnya, cikgu sudah tidak kisah dengan apa yang berlaku kepada kita. Sebaliknya, bila cikgu marah…

Read More

SETIAP kali tibanya bulan Ogos, hampir setiap bucu, inci dan pelusuk bandar besar, kecil atau desa akan dihiasi Jalur Gemilang. Sinonim dengan bulan kemerdekaan, menggantung bendera kebangsaan merupakan salah satu cara menzahirkan rasa patriotik kepada negara. Sering didengar orang berpesan, “jaga dan hormat bendera”. Tetapi mungkin ramai yang kurang faham maksud pesanan tersebut. Apa yang perlu dilakukan seseorang untuk menunjukkan tanggungjawab menghormati bendera? Walaupun niat asal murni iaitu mahu menunjukkan kecintakan terhadap negara, ada adab dan pantang larangnya yang mesti dipatuhi dalam mengibarkan Jalur Gemilang yang mungkin tidak diketahui oleh ramai orang. Baru-baru ini, tular rakaman video berdurasi 21 saat…

Read More

KITA bekerja keras setiap bulan tetapi pada masa sama, ramai berdepan masalah kewangan. Kebanyakan kita terikat dengan hutang. Ansuran rumah, hutang kereta, pinjaman peribadi dan kad kredit menambahkan beban kewangan serta memberi tekankan emosi. Masalah hutang melampau yang berlarutan membuatkan ramai gagal keluar daripada kitaran kesusahan ini. Merdeka daripada hutang adalah impian setiap individu. Ia membuka peluang kepada simpanan masa depan, melabur untuk menjana kekayaan dan mencapai semua impian lain.  Apa yang boleh dilakukan untuk bebas daripada hutang melampau? Pakar-pakar kewangan berkongsi tips merdekakan diri daripada bebanan hutang. Fahamkan punca berhutang Langkah pertama – faham bagaimana seseorang boleh terjebak dalam…

Read More

SETIAP kali bulan Ogos tiba, kita sering berbicara tentang kemerdekaan negara, kebebasan daripada penjajahan, kebebasan membuat pilihan dan kebebasan membina masa depan sendiri.  Tetapi dalam dunia korporat moden, ada satu bentuk penjajahan lain yang jarang dibicarakan iaitu beban kerja tidak berpenghujung. Bagi ramai pekerja, hidup mereka berputar di sekitar kerja. Jam 9 pagi hingga 6 petang hanyalah angka di kontrak kerana hakikatnya kerja sering bersambung hingga larut malam.  Emel masuk tak berhenti, tugasan bertimbun dan mesyuarat penting muncul pada saat akhir. Lebih memburukkan keadaan, budaya kerja keras tanpa henti sering dipuji sebagai tanda dedikasi walaupun sebenarnya ia perlahan-lahan mengikis kesihatan…

Read More