Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

    Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

    By Jah HaniniMarch 19, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    HARI Raya Aidilfitri memang sinonim dengan pelbagai hidangan yang menyelerakan. Daripada rendang, lemang, ketupat, hinggalah kuih raya yang manis dan berlemak.

    Tambahan pula, apabila kita jarang pulang ke kampung dan menghadiri rumah terbuka, ramai antara kita makan lebih banyak daripada biasa.

    Tidak hairanlah selepas beberapa hari beraya, ada yang mula mengalami masalah penghadaman seperti perut kembung, pedih ulu hati (heartburn), sembelit atau cirit-birit.

    Sebagai seorang Ahli Farmasi di Alpro Pharmacy, saya sering menerima soalan daripada pelanggan yang mengatakan:

    “Kenapa perut rasa tidak selesa selepas makan walaupun sikit sahaja ketika beraya?”

    Sebenarnya, perubahan corak pemakanan secara mendadak boleh memberi tekanan kepada sistem penghadaman kita. Namun, setiap jenis masalah penghadaman mempunyai cara pengurusan yang berbeza.

    1. Perut kembung dan banyak angin

    Makanan di hari raya yang tinggi lemak, bersantan dan gula boleh menyebabkan penghasilan gas berlebihan dalam perut. Ini boleh membuatkan perut terasa tegang, penuh atau kembung, terutamanya selepas makan banyak dalam satu masa.

    Tip dari farmasi:

    • Dapatkan ubat angin (anti-flatulence) yang membantu memecahkan gas dalam perut.
    • Cuba makan dalam saiz hidangan yang kecil tetapi lebih kerap ketika beraya.
    • Elakkan minuman bergas ketika menghadiri rumah terbuka.

    2. Pedih ulu hati (heartburn) selepas makan

    Hidangan seperti rendang, sambal dan makanan berempah boleh merangsang penghasilan asid dalam perut. Ini boleh menyebabkan rasa pedih di dada atau tekak selepas makan. Saiz hidangan yang lebih dari apa yang perut boleh tamping juga turut menjadi penyumbang utama.

    Tip farmasi:

    • Ubat anti-asid boleh membantu meneutralkan asid dalam perut dengan cepat.
    • Elakkan terus baring selepas makan, cuba duduk tegak atau berjalan ringan.
    • Kurangkan makanan yang terlalu masam ,pedas atau berlemak jika anda mudah mengalami pedih ulu hati.

    3. Senak perut

    Kadangkala kita tidak sedar sudah makan terlalu banyak kerana ingin merasa setiap juadah yang dihidangkan. Ia boleh menyebabkan perut terasa berat dan tidak selesa. Ini adalah antara perkara yang selalu dipandang remeh oleh kebanyakkan orang.

    Tip farmasi:

    Ambil digestive aid atau ubat penghadaman yang membantu perut memproses makanan dengan lebih selesa. Contoh enzim penghadaman yang terdapat di farmasi ialah GKB PROBIZYMES.

    • Berjalan ringan selama 10 hingga 15 minit selepas makan untuk merangsang pergerakan usus.
    • Berhenti makan sebelum perut terlalu kenyang .

    4. Sembelit semasa balik kampung

    Perubahan rutin harian seperti kurang minum air dan pengambilan makanan yang rendah serat semasa raya boleh menyebabkan kesukaran membuang air besar atau sembelit.

    Tip farmasi:

    • Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari.
    • Tambahkan serat daripada buah-buahan atau suplemen serat.
    • Jika perlu, ahli farmasi boleh mencadangkan laxative (ubat pelembut najis) atau probiotik untuk membantu melancarkan pergerakan usus.

    5. Cirit-birit atau keracunan makanan

    Kenal pasti makanan yang mencetuskan simptom cirit-birit terlebih dahulu. Dapatkan nasihat ahli farmasi mengenai rawatan dan ubat yang sesuai untuk cirit-birit. Pastikan diri anda kekal terhidrat. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan garam rehidrasi oral (ORS).

    Menikmati makanan bersama keluarga dan sahabat adalah suatu perkara yang lazim semasa musim perayaan tetapi menjaga kesihatan penghadaman juga penting supaya kita dapat terus menikmati kemeriahan tanpa rasa tidak selesa.

    Jika anda mengalami perut kembung, pedih ulu hati, sembelit atau cirit-birit yang berpanjangan, jangan abaikan simptom tersebut.

    Jika ada sebarang masalah penghadaman atau ingin mendapatkan nasihat berkenaan ubat, sila berunding dengan Alpro ePharmacy hari ini.

    Ahli farmasi kami sedia membantu anda memilih rawatan yang sesuai supaya anda dapat terus menikmati raya dengan selesa. – RELEVAN

    Previous Article3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka
    Next Article Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.