SEBANYAK 1,873 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 1,210 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,870,275 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,515 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,810,424 kes. Sebanyak tiga kes kematian dilaporkan semalam dan sifar kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,426 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,748 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 23,425 kes dengan 22,360 kes atau 95.5…
Umi Fatehah
MANUSIA dilahirkan dengan lima deria, iaitu deria penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan sentuhan. Otak akan menghubungkan kelima-lima deria ini untuk membantu kita memahami dan memastikan setiap anggota badan dapat berfungsi dengan baik. Menurut pakar, mata merupakan salah satu nikmat pemberian tuhan yang paling berharga. Manusia bergantung kepada deria penglihatan sehingga 80 peratus. Katakan, sekiranya deria bau tidak dapat berfungsi dengan baik dalam situasi yang mengancam nyawa, kita secara tidak langsung akan bergantung sepenuhnya kepada deria penglihatan untuk melindungi diri daripada bahaya. Oleh itu, penting untuk kita menjaga kesihatan mata bagi menjamin penglihatan yang baik. Tetapi, tahukah anda bahawa melakukan pemeriksaan…
SEMALAM mencatatkan sebanyak 1,210 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 1,712 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,868,402 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,026 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,808,909 kes. Sebanyak enam kes kematian dilaporkan semalam dan lima daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,423 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,748 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 23,070 kes dengan 22,022…
LEDAKAN inflasi terhadap ekonomi dunia bukan suatu berita yang baharu. Malaysia yang juga sebuah negara ekonomi kecil dan terbuka, tidak terkecuali daripada terkena tempias cabaran ekonomi global. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar inflasi Malaysia mencatatkan sebanyak 3.1 peratus setakat Januari hingga Ogos 2022. Seperti apa yang anda dapat perhatikan, harga barangan di pasar raya, minyak petrol dan pembayaran bil-bil semakin meningkat. Tidak dapat dinafikan, inflasi membuatkan kebanyakan daripada kita terbeban dek peningkatan harga barang dan perkhidmatan. Pun begitu, merujuk kepada perkongsian Forbes, ada golongan yang mendapat manfaat daripada inflasi. Siapa yang mendapat manfaat daripada inflasi? Pelabur saham Harga untuk barangan…
PLANET Marikh merupakan planet keempat daripada lapan planet di dalam sistem suria kita. Marikh dilahirkan dengan atmosfera yang sangat nipis, berdebu dan kering bak padang pasir. Debu-debuan yang didapati di Marikh mungkin berpunca daripada letupan gunung berapi pada masa lalu. Gunung berapi yang telah pupus menjadi bukti bahawa ia pernah aktif suatu ketika dahulu. Idea bahawa terdapat potensi manusia untuk hidup di Marikh telah wujud sekian lamanya iaitu sejak abad ke-19. Idea ini muncul apabila ahli astronomi Amerika Syarikat, Percival Lowell membuat spekulasi bahawa saluran yang kelihatan di permukaan Marikh adalah terusan air purba yang dibina oleh makhluk asing. Pada…
SETAKAT hari ini, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6850/6875 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang ditutup pada hari Rabu iaitu 4.6820/6855. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kejatuhan nilai mata wang ringgit dan kebanyakannya adalah di luar kawalan kita kerana ia dipengaruhi oleh kedua-dua faktor global dan domestik. Boleh dikatakan, prospek ekonomi semasa sudah pasti kelihatan suram bagi rakyat Malaysia. Jadi, bagaimana kita perlu terus bertahan di dalam situasi ekonomi hari ini? Meningkatkan pendapatan merupakan salah satu jawapan yang terang lagi bersuluh untuk menangani krisis mata wang semasa dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Menurut iMoney, terdapat beberapa amalan…
KEHIDUPAN ini sebenarnya berlalu dengan pantas. Dan setiap saat menjalani kehidupan, kita mengisi dengan kenangan yang mahu diingati hingga ke akhir hayat. Namun, dengan hanya menerusi pemerhatian dan ingatan mungkin tidak mampu membuatkan momen tersebut kekal hidup dalam memori. Oleh kerana masa tidak dapat diberhentikan untuk menikmati sesuatu peristiwa penting, kita akan mengambil gambar agar dapat dikenang kembali pada masa hadapan. Itulah apa yang dilakukan oleh para jurugambar sedunia. Bagi jurugambar, mereka bukan setakat mengambil gambar sahaja, tetapi merakam memori dan emosi. Menurut Hishamudin Hashim atau lebih dikenali sebagai Abeden, menjadi jurugambar itu tidaklah sukar. Sekiranya sudah memahami konsep pencahayaan,…
PADA semester akan datang ini, semua pelajar sudah dibenarkan untuk pulang ke kampus dan berpeluang untuk menuntut ilmu secara bersemuka. Sama ada pelajar yang sudah menjadi senior atau pelajar yang baru sahaja melangkah masuk ke alam mahasiswa, masing-masing pasti mempunyai semangat dan cita-cita untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Meskipun mahu memperoleh anugerah dekan atau pensijilan ijazah kelas pertama. Anugerah dekan akan diberikan kepada para pelajar yang berjaya mendapatkan keputusan akademik cemerlang yang diukur melalui purata nilaian gred (PNG) iaitu keputusan bagi semester tertentu sahaja dan purata nilaian gred keseluruhan (PNGK) yang dikira secara purata keseluruhan semester. Persoalan yang kerap bermain…
MEMILIKI rumah sendiri merupakan salah satu impian yang setiap daripada kita ingin capai. Segala cabaran dan penat lelah dalam menguruskan pembelian rumah akhirnya berbaloi ketika menerima kunci rumah. Namun, perbelanjaan berkaitan memiliki rumah tidak terhenti pada saat anda menandatangani kontrak gadai janji (mortgage). Bagi yang pertama kali bergelar pemilik rumah, segala kos-kos yang berkaitan dengan pemilikan rumah pasti kelihatan menakutkan dan membebankan. Ya, pinjaman perumahan anda diluluskan, tetapi masih terdapat faktor lain yang perlu dipertimbangkan. Jadi, pemilik rumah perlu bijak merancang bajet dan strategi simpanan selepas membeli rumah supaya boleh terus mengukuhkan keadaan kewangan dan tidak terjerumus ke dalam hutang.…
MENJELANG pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober ini, Relevan mengimbas kembali apa yang telah dibentangkan dalam Bajet 2022 bagi sektor pekerjaan. Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang signifikan kepada pekerjaan dan mata pencarian rakyat. Menurut beliau, kadar pengangguran telah meningkat sehingga 5.3 peratus pada Mei 2020. Ia menurun dengan sederhana pada Ogos 2021 iaitu dengan kadar 4.6 peratus. Kira-kira hampir 750,000 rakyat yang menganggur perlu dibantu pada waktu itu. Melihat kepada data yang terkini, kadar pengangguran menunjukkan penurunan yang berturut-turut selama 12 bulan iaitu kepada 3.7 peratus pada Julai 2022…